Tuesday 8 July 2014

Singapore - Day 2 : Marina Bay Sands

Dari Orchard Road, kami ke Marina Bay Sands - bangunan tiga serangkai, landmark baru Singapore sejak dibuka pada April 2010. Marina Bay Sands ialah integrated resort yang paling mahal di dunia iaitu USD5.7 billion (termasuk harga tanah). 

Ketiga-tiga bangunan itu ialah bangunan hotel, yang macam sampan kat atas bangunan tu ialah Sands Skypark - ada observation deck, restoran, nightclubs dan juga vanishing edge swimming pool..yang lain-lain seperti convention centre, muzium, restoran, theatre dan retail outlets di tingkat bawah..

Turun di Bayfront station..follow the crowd..sampai di area ni..the Shoppes @ Marina Bay...



Dah dikatakan bangunan termahal di dunia, sudah tentulah kedai-kedai yang ada yang world famous, jual branded/luxury items..berapalah agaknya sewa kedai di sini ye...kami ada juga beli barang kat sini..beli air dan biskut di 7-E je..hehe..itu saja yang mampu..ada juga canal ni..tapi taklah teruja sangat sebab di the Mines Shopping Fair pun ada...


Just jalan-jalan di tepi canal and then menuju ke Tower 3 untuk beli tiket ke Skypark observation deck..

retail area lagi
di GF Tower 3
Untuk membeli tiket ke Skypark, kena keluar dari Tower 3 dan menuju ke basement floor.

the entrance to the lift to KuDeTa
*selingan* KuDeta ni ialah nightclub. Tapi perkataan ni dah banyak kali dengar, selalunya berkaitan dengan peristiwa di Mesir, tentang As-Sisi..rupa-rupanya berasal dari perkataan Perancis..coupd'etat - pukulan atau serangan pada negara (Bahasa Indonesia)..rampasan kuasa..mcm tulah lebih kurang..

OK, keluar ikut glass door tu, turun ke bawah dan beli tiket..untuk dewasa $23.00..



Sebelum naik lif, tiba-tiba kena panggil, suruh berdiri belakang canvas putih, rupa-rupanya nak ambil gambar..siap tanya, free ke? cuak jugak, photographer tu cakap free, for our visitors..ambik gambar tu memang le free...tapi buka saja pintu lif di tingkat 56, surprise! surprise! gambar dah siap dengan background bangunan tiga serangkai tu, harga gambar..$50..perghh....bengang jugak...buat tak layan je...malas nak beli..nak buat bisnes, carilah idea lain..kami ni takdelah 'wow' sangat dengan bangunan ni..setakat 'been there, done that'..

Forget about that, let's enjoy the view at Level 56 on this observation deck...



Gardens by the Bay
info mengenai landmarks yang boleh nampak dari sini

Oh..patutlah Singapore city ni sentiasa ada suasana kehijauan.."to transform Singapore from a 'Garden City' to a 'City in a Garden' by enhancing greenery and flora in the city."  Garden city concept...belajar masa subjek 'urban planning' dulu-dulu..more info on 'City in a Garden' by Singaporean government, click here.


one of the restaurants - Sky on 57
Masa ni dah nak dekat pukul 4 petang, matahari masih lagi memancor-mancor..suasana sangat terik..dahlah tak apply sun-block, nanti bertambah 'tanned' lagi..hehe..dah puas ronda-ronda, snap-snap gambar..jomlah turun..

Press 1 for way out...no,no..for hotel lobby...perasan jadi hotel guests..hehe..

Hajat hati nak pergi ke the Gardens by the Bay, tapi dengan cuaca yang sangat panas, tak jadi...terus ke MRT station untuk destinasi seterusnya..

24 comments:

  1. Banyak nyer kapal di perairan mereka kan... cantik... menara tinjau tu biasa jerr... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang byk..menara tinjau tu agak scary jg sebab open air..

      Delete
  2. Salam singgah.
    Dah bertahun xpegi spore..mesti da bnyak berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...saya pun last pergi awal tahun 90an..

      mcm KL juga.. city kena sentiasa ada perubahan..progressive..tak boleh statik..supaya lebih livelihood..

      Delete
  3. perancangan bandarnya hebat tapi sedut pasir dr kota tinggi utk tambak buat land dia ... ermmm .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut maklumat..pasir yg disedut tu bukanlah free of charge..tapi dijual..siapakah yg menjualnya dan yg mendapat hasilnya...huhu....jwpannya mudah saja..

      Delete
  4. Saya cuma sampai di Merlion park je...nampaknya lain kali kena ke sini pulak...

    Gila mahal foto tu... lebih mahal dari entrance fee...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah pergi ke observation deck dan Gardens by the Bay..yang lain tu, biasa saja..

      kalau convert to RM lagilah mahal...seratus lebih....gambar pulak mcm photoshoot kat kedai je..tak real...snap view bangunan tu dkt Merlion Park lagi lively...

      Delete
  5. cantik juga singapore ni. biasa tgk gambar org g USS je.

    ReplyDelete
  6. Amboi sayup2 jer pemandangan dari atas... cantik bangunan2 tu... memang nampak kehijauannya pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapal2 pun nampak kecik je..ada elemen air membuatkn pemandangan nmpk cantik...nak jd city in a garden..kena byk pokok..

      Delete
  7. kekayaan mampu mengubah negeri kecil menjadi besar n teknologi mengindahkan lagi spore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...walaupun merdeka lebih kurang sama, tapi ekonomi mereka lebih maju..

      Delete
  8. wahhh..cantik betul view..tak boleh jadi nih..nak kena pegi lagi nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat je..weekend pun boleh pergi..hihi..

      Delete
  9. Siap berlunjur kaki atas deck tu

    ReplyDelete
  10. alamak.. cantiknya view kat sands bay ni..
    memang dasyat senibina dia
    cantik view dia... tambah dkat taman dia..mcm taman avatar pun ada juga :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. view memang cantik...ada unsur2 futuristik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!