Sunday 13 July 2014

Singapore - Day 3 : The Trailblazer - into the Green

Assalamualaikum..

Hari ketiga di Singapore. Hari Ahad. Hari untuk bersenam..haha..dah dua hari ronda-ronda kota batu, hari ni mari kita jungle-trekking pula di tengah-tengah kota Singa, 'city in a garden' ni..

Banyak park sebenarnya di Singapore ni..tapi yang famous ialah yang tiga serangkai yang dipanggil the Southern Ridges..iaitu Mount Faber Park, Telok Blangah Hill Park dan Kent Ridge Park. Di antara dua park, ada pula HortPark, yang ni bukan hutan semulajadi, tapi lebihkurang macam nursery pokok-pokok..

Lokasi the Southern Ridges - Kent Ridge Park selepas the HortPark

From Wikipedia:
The Southern Ridges is a 9-kilometre (5.6 miles) trail that connects parks along the southern ridge of Singapore. Some of the attractions along this trail include its greenery and the connecting bridges

Boleh start dari Harbourfront stn, naik cable-car ke Jewel Box di Mount Faber Park atau ikut Marang trail, sambung dengan Faber trail. Tapi kami ambik shortcut, terus ke Henderson Road. Dari Aljunied ke Tiong Baru stn, ambik bas, turun di bus stop depan Masjid Al-Amin.


Mengikut maklumat, boleh masuk ke Mount Faber Park, dari belakang masjid ni..so, pergilah tengok, tapi macam tak berapa menyakinkan, tinggi juga nak kena panjat..tak jadi. 

signboard ke trail belakang Masjid Al-Amin


Balik semula ke bus stop tadi, tengok ramai pula makcik-makcik berpakaian sama ala-ala kumpulan marhaban, sedang duduk2 di bus stop. Tanya kat sorang makcik tu, dia cakap naik bas, turun depan sikit. 

Alhamdulillah, dah sampai, ni signboardnya. Tujuan utama ke sini ialah nak pergi ke Henderson Waves...dah nampak, yang melintang kat belakang tu..

Henderson Waves
From Wikipedia:
Henderson Waves is a 274-metre (899 ft)[4] long pedestrian bridge. At 36 metres (118 ft) above Henderson Road, it is the highest pedestrian bridge in Singapore. It connects Mount Faber Park and Telok Blangah Hill Park. It was designed by IJP Corporation, London, and RSP Architects Planners and Engineers (PTE) Ltd Singapore.

The bridge has a wave-form made up of seven undulating curved steel ribs that alternately rise over and under its deck. The curved ribs form alcoves that function as shelters with seats within. Slats of yellow balau wood, an all-weather timber found in Southeast Asia, are used in the decking. The wave-forms are lit with LED lamps at night from 7pm to 2am daily.

Jom kita mendaki bersama nyonya ni dan anaknya. Dah sampai atas, nyonya tu rileks je, yang kami berdua ni dah termengah-mengah, minum air, rehat dulu, ambik nafas, bagi stable..nyonya tu tegur kami, dia kata dia lebih tua, rambut dah putih beruban tapi takdelah letih sangat,..rupa-rupanya setiap hari dia exercise kat situ...tak leh jadi ni..motivasi, motivasi...
 
menuju puncak


 
 


 Tak berapa nampak waves nya...gambar bawah ni baru nampak jelas..

source: designboom

Bila melintas jambatan ni, dah masuk ke Telok Blangah Hill Park. Apa yang menarik disini ialah the forest walk.

Forest Walk is a 1.3-kilometre (0.81 mi) long walkway that cuts through about 50 metres (160 ft) through the secondary forest in Telok Blangah Hill Park and connects to Alexandra Arch. The raised walkway with heights ranging from 3 metres (9.8 ft) to 18 metres (59 ft) brushes the canopy of trees and offers a bird's-eye view of the forest.

Jom berjalan di celah-celah dedaunan sambil mendengar burung-burung berkicau riang..


bunga-bunga hutan
maklumat tentang pokok
 

 
bangunan kondo
Dah sampai di Alexandra Arch, maknanya dah di penghujung Teluk Blangah Hill Park...
 
Alexandra Arch

Alexandra Arch is an 80-metre (260 ft) long bridge that features a curved deck and tilted arch like an opened leaf, connecting Alexandra Road and Hyderabad Road. It was designed by Buro Happold with LOOK Architects. Like the Henderson Waves bridge, Alexandra Arch will be lit with colour-changing LED lamps



Dah sampai bawah, rehat sekejap di bawah tangga.. sambung perjalanan ke HortPark melalui Flora Walk..

Flora Walk

HortPark
HortPark is a 23-hectare park located in the South-Western part of Singapore. It is the first one-stop gardening lifestyle hub in Asia that integrates a plethora of activities together under one roof in a park setting.

Masuk adalah percuma, jom kita tengok man-made garden pulak.




 

glass houses
Sampai di sini saja, dah tak larat nak ke Kent Ridge Park, lagipun hari dah pukul 12 lebih, cuaca panas sungguh..decided nak balik hotel dulu, naik bas. Seperti biasa, mudah nak tentukan bas mana nak naik, refer pada info kat bus stop.

View dari atas bas..balik ke hutan batu..tapi kehijauan tetap ada..



bangunan Maybank
 ~ Bersambung sesi petang pula ~

16 comments:

  1. Saya suka Henderson waves tu...cantik juga...ada masa nak ke sana...Panas tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sampai dah pukul 9 lebih..panas juga..kalau pergi mlm from 7pm, lagi cantik, lighted with LED..

      Delete
  2. dah macam orang sana, srmua buat. hendersen waves tu menarik, tapi rasa tak bole make it macam nohas kut hah hah mengah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main purpose nak pergi Henderson waves dan Alexandra arch..sekali sekala buat aktiviti mcm ni mmng penat..sbb jarang exercise..x brp physically fit..

      Delete
  3. Wah aktiviti yang menyehatkan ni... boleh kurangkan banyak kolesterol... :)

    ReplyDelete
  4. Waaaahhhh di tengah2 kesibukan kota masih ada juga hutan yang tersimpan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mrka masih mengekalkan hutan di tgh2 kota ...dijadikan tmpt rekreasi..

      Delete
  5. waaau unik jugak pokok2 dan bunga2 kat situ, susunan tandan buah pisang tu pun uniklah, bridge tu pulak mmg obviously unique... and monkeys? monyet kat situ baik2 ke nakal2? heheh ---> penah kena kejar dengan monyet suatu ketika dulu (">___<)~

    ReplyDelete
    Replies
    1. susunan tandan pisang tu memang unik, pelik sikit..tak teringat nak pi check nama pokok pisang ni...dua2 bridge tu memang direka sebegitu..main attraction kat sini..

      sepanjang forest walk tu, Alhamdulillah, tak jumpa monyet...takut jg monyet liar ni..hehe..

      Delete
  6. cantiknya bandar besar yg dikelilingan taman2 hijau nan indah...tah bila dpt pi sana..klik dove..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutan2 ni penting utk keseimbangan ekologi..taman2 hijau ni meredupkan suasana..InsyaAllah, one fine day..tq

      Delete
  7. salute la negara dorang nie kan... walaupun kecil tapi masih boleh simpan sedikit hutan untuk generasi seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, bukan saja utk generasi seterusnya tapi jg untuk keseimbangan ekologi..

      Delete
  8. cantiknya senibinanya melentik2 berombak rasanya bila tgok.. ish2..
    sekali pandang kinopi walk tu dah mcm kat sedim kedah.. top of tree rupanya..
    cuma dlm versi singapore dia pnya design lg cool la :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senibina yg berombak2..waves lah katakan...yg kat sedim tu tak pernah pergi lagi..ya, betul..top of the trees..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!