Friday 28 August 2015

Northern Thai: From Chiang Mai to Chiang Rai

Assalamualaikum..sawadikap..

Alhamdulillah, selamat kembali ke tanahair dari Chiang Mai pada hari Selasa, 25/8. Berkelana selama 6 hari 5 malam. Seperti biasa, travel dengan my sis, naik AirAsia..

Perjalanan ke Chiang Mai, bermula pada malam 19/8, tido kat airport, flight pukul 6.55pagi. Malam tu siap masak nasi, dinner kat rumah dulu, lebihan nasi/lauk-pauk, packing semua, buat bekal untuk breakfast pula. Cheapskate..huhu..mahal makan kat airport. Naik bas dari KL Sentral ke KLIA2.

Dah sampai di L1-transportation hub, cari port untuk landing. Nampak Capsule Hotel ni, cam menarik..tido dalam kabin. Ni kalau dapat tilam/bantal empuk, kang terlajak pulak..

 Capsule hotel - tido dlm kabin

Tidur je sambil duduk atas bangku..terkebil-kebil, tengok orang, alang-alang takleh tido..jom pekena kopi 'O' panas..terus segar bijik mata..

 black coffee at 3am

Naik L2, tengok ramai lak yg tido kat sini. Tidur secara berjemaah. Ada yang terbaring, meniarap, mengiring..mcm2 gaya ada..


Pukul 4.00 pagi, makan bekalan, kemudian bergerak ke L3 untuk check-in and bag drop.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, smooth rides, sampai di Chiang Mai International Airport, pukul 8.40 pagi. Waktu di Chiang Mai, lambat sejam dari Malaysia. Flight 2 jam 40 minit.

Itinerari pertama di Chiang Mai ialah beli tiket bas express ke Chiang Rai. Chiang Rai ni 200km ke utara Chiang Mai. Kebanyakan pelancong duduk di Chiang Mai saja, kemudian ambil one-day tour package ke Chiang Rai (perjalanan selama 15jam, dari 7pagi ke 9 malam), tapi bagi kami, itu sangat memenatkan, maklumlah dah tua..hehe..so, shoot ke Chiang Rai, stay 2 malam dan bergerak dari sana je..

Nak ke Chiang Rai, kena beli tiket bas di Arcade Bus Station. Barang diingat, di Ciang Mai ada dua stesen bas, satu untuk intercity dan satu lagi untuk local bus (Chang Puek bas station). Nak naik teksi direct dari airport pun boleh..hangus 3,000 - 3,500 baht..banyak tuu..

Airport Chiang Mai ni kecik je, nak masuk ke dalam bangunan ikut pintu lain, nak keluar bangunan ikut pintu lain. Kalau dah keluar dari bangunan, takleh sesuka hati masuk pintu yg sama, kena pulak pusing cari pintu masuk..

Masa nak cari teksi ke stesen bas, nampak one lady pegang signboard '40baht to town'..murah tu..terus keluar ikut pintu sebelah kanan..rupa-rupanya naik airport shuttle bus ni..

airport shuttle bus

Tapi kena tunggu sampai cukup korum 8 orang, baru jalan..yang tinggal kami berdua je...rasanya kena tunggu flight lain landing, baru cukup kot..malas nak menunggu, rasa mcm lama lagi je nak penuh, kami pun cari teksi..dapat teksi  Avanza, THB200 ke Arcade..'on' je, sebab memang rate macam tu..

Sampai di Arcade, beli tiket Greenbus, dapat bas A-class, pukul 10.30 pagi, harga THB169, lebih kurang RM17 je. Alhamdulillah. Majoriti yang naik bas ni ialah pelancong.

 kaunter tiket Greenbus

ini basnya

Yang best bas ni, siap bagi air botol, bun dan wet tissue

edar air botol
 
edar bun with chicken floss, ambik je, simpan, 
bagi kat receptionist hotel
pakcik sebelah kanan tu tourist dari Jepun
siap buka scrap book, tunjuk peta kat bini dia disebelah

GHB kat Thailand..huhu..kaler oren jg..hehe..

Tiga jam perjalanan dari Chiang Mai ke Chiang Rai dipenuhi dgn aktiviti tidur beberapa lapse. Qada' tido malam tadi. Jalan raya bengkang-bengkok, naik bukit..

Barang diingat di Chiang Rai juga ada dua stesen bas, yang baru dan lama. Bas akan berhenti di stesen bas baru dulu, di selatan bandar Chiang Rai, kemudian ke stesen bas lama, betul-betul di tengah bandar Chiang Rai. OK, dah sampai, jom turun.

Stesen bas lama ni, dekat dengan pasar malam. So, akan nampak pintu gerbang ni dari jalan utama.


Acara tarik bag troli di tengah-tengah bandar Chiang Rai, cari Hotel Chiang Rai. Pilih hotel ni, sebab dekat dengan masjid, dan dah semestinyalah dekat dengan kedai makanan halal.

 Lokasi Chiang Rai Hotel, clock tower, masjid dan stesen bas

Dekat je dengan clock tower yang famous lagi grand, keemasan ni. Sekali pandang macam makhluk asing. Masuk ikut lorong sebelah kanan tu je, depan Pangkhon Coffee.
 
clock tower

Bandar Chiang Rai
Chiang Rai Hotel


Boleh nampak clock tower dari sini


restoran hotel


hotel lounge


serba putih, pintu pun dicat putih

jom tengok guestroom

serba putih juga, ala-ala wad kat hospital..hehe..


 

Overall, puashati, rate RM75 semalam (without breakfast), facilities ok, ada wifi,tea/coffee, air botol, hair dryer, cerek, cuma takde lif, naik tangga..

Masa untuk refresh, sebelum keluar JJCM...khap khun kha for reading..
stay tuned..

38 comments:

  1. Musim panas ni kat sana... kalau musim sejuk ada cherry blossom katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca sangat panas masa ni...masa pergi one of the gardens, memang ada pokok cherry blossom..

      Delete
  2. Jalan-Jalan Thailand........ seronoknya

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing nohas.. nanti boleh cedok sket2 itinerary kat sini

    ReplyDelete
  4. BERCUTI KE THAILAND RUPANYA...KAK INGATKAN NOHAS KE MEKAH...TERSILAP FHM BACA N3 PULA...

    ReplyDelete
  5. Ohh... makan angin ke negara jiran kisahnya.
    Seronok masa di sana dah tak ingat kisah bom yg meletup itu kan
    Itinerary dah susun gerakkan kaki ajelah kan.

    Cadar putih macam duduk asrama. Tapi nampak cantik - bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kisahnya..hehe..beli tiket dah lama, tawakkal je lah..

      hehe..katil asrama..tapi memang inviting..

      Delete
  6. tgk gambar dulu nanti komen...ohh..ke sini rupanya ehhh :-)

    ReplyDelete
  7. Hihi... pakcik jepun tu ada scrap book...
    Tetiba teringat SS.

    Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul tu, teringat kat SS..nmpak cam detail je scrap book pakcik tu..

      Delete
  8. Kita x sure lg ke x dpt mgu dpn... kita baru check out dr spital. Huhuhu... i dont think my mum bg sy pergi.
    Nmpkny burn lh duit yg dh d bayar.
    Huhuhu...

    Btw... akk ada THB lebih x?
    Huhuhu.
    THB dh 12hengget skrg...kusss semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit apa nhhas? yelahh, kena banyak rest, biar sihat betul2 baru boleh jalan, travel ni kan kena byk jalan kaki..in shaa Allah, ada rezeki boleh pegi...

      duit THB cuma tinggal 5 baht saja, memang habis, akak bawak RM1,000 je, dapat THB8,500..exc rate 11.76 masa tu..

      Delete
  9. mcm murah je tambang bas utk long journey :)

    thanks for sharing.

    Kalau flight pg pun sy selalu tdo epot je, carik surau selalunya or port cas henpon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu harga bas A-class, ada X-class dan VIP...VIP pun lbh kurang RM20++ je, considered murah jg..

      akak first time tido kt epot, kat L1, surau tutup..tido atas bangku je..

      Delete
  10. bestnyer jalan jalan siam tuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. best wak, tapi exchange rate tak berapa nak best..

      Delete
  11. Seronoknya jalan2 Chiang Rai! Clock tower tu memang nampak pelik dan unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. clock tower tu dari jauh dah nampak, unik sbb byk sangat kerawangnya..

      Delete
  12. Ouh that's not being cheapskate, that's being smart n economic, bento tu... hehe ;3

    Wah semangatnya ojisan nippon dlm bas tu, scrapbook n peta lg, baguihnya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..homemade bento set...scrapbook pakcik Jepun tu memang detail, banyak peta...

      Delete
  13. kembara thai rupanya...long journey nak reach ke chiang rai...tapi bila travel sbb excited energy jadi bganda2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh jg Chiang Rai, 3 jam baru sampai..ya, betul, excited nak tengok tempat baru..

      Delete
  14. kak Nohas ehhh..akak ke adik ni...hihih..JM pun tgh cari info pasal Chiang Rai n Chiang Mai...tgh draft itie..bagai org mengantuk di sorongkan bantal je hihihi...okey..nak sambung baca nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM lagi muda dari akak..hihi..bila nak pergi ni? solo jg ke?

      Delete
  15. okey dah baca dari a to z...menarik jugak lokasi hotel ni dan paling penting murah! serta ada WIFI itu pun penting jika x rasa x leh hidup ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada wi-fi dalam bilik tu penting...malas nak beli Thai simcard or mobile wifi..selalunya guna wi-fi hotel to the max..laju jg wifi di sini..

      Delete
  16. bagus lah perkhidmatan busnya , ada air , bun dan wet tissue ... saya percaya , klu mula perjalanan itu x de halangan , perjalanan seterusnya akan mudah juga . sama mcm perkahwinan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, perjalanan semuanya berjalan lancar...perkahwinan tu lain sebab involve hati dan perasaan, dealing dengan manusia yg berlainan dari segala sudut..kena byk sabar..

      Delete
  17. menarik jg entri ni..ada info public transport tu yg penting tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik bas lg murah..pilihan terbaik, tapi lama jg perjalanan..3jam, mcm balik kpg je..

      Delete
  18. Bas tu ok ke kalau naik dgn budak umur 2 tahun? Tgk gmbr macam ok macam bas expdess kita je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, mcm bas express kita je..selesa jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!