Saturday 26 December 2015

Turki dan Naelofar

Apa kaitan Turki dan Naelofar? Naelofar ke yang berlakon cerita Istanbul Aku Datang atau Manisnya Cinta di Cappadocia?..tidak, tidak...orang lain..

Tapi apa kaitannya??..meh nak story..

Pagi semalam, pergi ke Damansara Heights, kat area Jalan Dungun/Jalan Gelenggang, nak ambik gambar bangunan, hal kerja. Kawasan ni kena pergi time cuti-cuti macam ni, kalau tak memang sesak giler, nak snap gambar pun susah.

Bila dah sampai di sini, terus melencong ke Taman Tun. Hajat hati nak ke restoran Turki yang pertama di Kuala Lumpur, Turkish Cafe Istanbul.  Ini sebenarnya penangan makan di restoran Turki di Ho Chi Minh city itu hari, masih terasa sedapnya moussaka dan roti pide...edisi mengidamlah ni..hihihi..

 Turkish Cafe Istanbul
No. 12, Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr Ismail, KL 

Cafe ni letaknya di belakang pasar moden Taman Tun. Hari cuti, parking sangat mudah dan percuma. Parking di tepi jalan saja. Jom masuk..

 tempat Red Indians - berasap
(seperti kata jiran saya..hihihi) 

 interior -  minimalist, tak sarat
yg berdiri tu tuanpunya restoran, wife dan anak2nya

di kaunter ada jual barang2 perhiasan dan juga
makanan dalam tin dari Turki

Apa yang best di sini? Turkish foods, offcourse lah. Signature dishes - kebab, Turkish pizza, Turkish breakfast dan traditional Turkish coffee. Turkish nasi mandy pun ada. Order Iskender Kebab dan teh delima (pomegranate).

 lampu turki

harganya

ok, makanan dah sampai, jom kita bersantap..iskender kebab..

ada kepingan daging dan roti yg dipotong-potong
  disiram dengan kuah tomato berherba 
ditambah dengan yoghurt masam dan 
cili hijau dan tomato dibakar

Well, first time makan kebab macam ni. Dalam menu takde gambar, so tak dapat bayangkan iskender kebab tu sebegini rupanya.

kebab versi berkuah

The verdict - yoghurt tu memang masam, makan sikit je, terus abaikan. Daging tu ok, sedap, cuma roti tu saja sebab dah terendam dalam kuah, jadi kembang, nak habiskan rasa muak juga, banyak pulak rotinya. Ditambah dengan kuahnya yang sedikit masin tapi herbanya just nice.

Harga dah termasuk GST: iskender kebab - RM21.00; teh delima - RM6.00 

Sesiapa yang nak try makanan Turki, bolehlah singgah di sini.

--------------------------------------------------
Sebenarnya tak berapa ingat alamat restoran ni, cuma tau Jalan Wan Kadir saja. Mula-mula tu melilau juga mencari, parking kereta, jalan kaki ke Jalan Wan Kadir 3, ke arah Plaza TTDI, nampak Hero Supermarket. Tetiba di sebelah kanan, nampak ni..

outlet tudung Naelofar

Wahh..ada Boxing Day sales dari 25 hingga 27 Disember. Patutlah kiri kanan Jalan Wan Kadir 3 tu bersusun dengan kereta. Sesak sungguh di jalan ni..jom kita singgah tengok..
mak aii..kena beratur, punyalah panjang barisan
sampai ke bangunan sebelah
ramai betul peminat naelofar ni

Takleh jadi, makan pun belum lagi, nanti pengsan pulak. Terus google, cari alamat Turkish Cafe Istanbul. Dah makan, datang sini balik. Dah kurang orang, tapi kena beratur juga, takdelah panjang barisannya, nampaklah rupa paras Naelofar butiknya.

 dah semakin hampir

yeayy..dah dekat, siap tayang harga runtuh

Kenapa saya terjebak dengan tudung Naelofar pulak ni? sedangkan saya tak pakai pun tudung ni..huhuhu..ini kes pergi Ho Chi Minh tu lah. Ho Chi Minh lagik. 

Masa kat HCM, dah beli berhelai-helai tudung Naelofar ciplak kat kedai Rohani, semuanya orang punya. Hari ni nak tengok tudung Naelofar yang original pulak..whatsapp kat kakak, dia suruh survey tengok harga..

 huhu..ramainya orang, dah macam sauna
tapi tak pedulik, cari, gali, capai

kerumun..yg lelaki sorang tu photographer rasmi

ahkak beli yang ni je dua lai, yang terus sarung, takde lilit
  apatah namanya, babes & basic
sangatlah babes bila memakainya..terbaik
dari RM53 turun ke RM20

adalah adik Naelofar, yg duduk tu mak dia

Naelofar mana?? diakan takde kat Malaysia masa ni..

the end...dah keluar takleh masuk semula
kalau nak masuk balik, kena beratur lagik


Itulah ceritanya..tiada kaitankan..hehe..have a nice weekend..

52 comments:

  1. Memang runtuh harganya tu nohas.. dari rm58 runtuh ke rm20.. kalau akak mau sambar 5 helai hahaha
    Rangkus sungguh akak ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg design lama mmg murah harga nya..cuma kaler je kurang kenan sikit..ramai kak, yg beli bertimbun-timbun..takut nengoknya..hihi..

      Delete
  2. teringin nak merasa makan di situ.. tp jauh lah gamaknya..

    ReplyDelete
  3. hihihi... okeh, nak kebab daging je, lampu arab RM1k dan tudung naelofar tu taknak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging kebab tu mmg sedap..lampu tu cantik tapi harganya..hmm..tudung naelofar cantik2 jg..kalau pakai leh jd comei cam naelofar...hihihi..

      Delete
  4. Haha... ku ingat kn sis nohas dh p turki td...
    Baru nk fefeeling sedih sbb kna tinggal.

    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang tu baru balik dari 'kampung'..gi kpg sebelah 'NZ' lagik..kita tengok gambo je lahh..hihihi..

      Delete
  5. Perhhhh rm20 je...

    Patut lh berebut2...

    Hadoiiii rugi nya td x beratur...
    Lalu dh dpn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lalu depan tu?? kalau beratur tadi, in shaa Allah, leh jumpa..yg design lama, harga murah jg..

      Delete
    2. Bestnya! Kalau dah murah macam tu memang berbaloi-baloi!

      Delete
    3. berbaloi jg beratur..hihihi..

      Delete
  6. Dik lopa kita pun ber boxing day juga ke... hihihi...

    Dia buat boxing kt kl...
    Dia p boxing kt NY...
    Comel kan...

    Memberi dan menerima...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada kt NY masa ni..lg hebat boxing day di sana..

      Delete
  7. gempak neolafar......... berbaloi beratur dapat juga RM 20.

    ReplyDelete
    Replies
    1. second time pegi tu, pendek sikit barisannya..berbaloi jg..hihi...

      Delete
  8. Camtu rupanya kebab berkuah. Ingatkan kebab yang biasa tu. Jom pi turki mesti lagi best kut makanan turki

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm menu takde gambo..jom,jom..JJCM ke Turki..lebih authentic..

      Delete
  9. sakan nak beli tudung pun beratur ya...hebatnya penangan nama nelofa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja join the fun..hehe..last2 terbeli juga..hihi..

      Delete
  10. menariknya kebab berkuah tu sis... harga pun tak la mahal sgt makan kt situ...
    perghhh berpeluh nak berbaris tu... tp klu dah masuk seronok la yer dapt grab yg sale...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang sikit kebab ni, sbb rotinya dh terendam dlm kuah..jenuh nk perabihkan...masuk dlm khemah, berpeluh menggali..ada aircond tapi org ramai betul...

      Delete
  11. Bunda belom ada lagi koleksi tudung neelofar...nak jugak merasa selai nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru nak pakai tudung ni, beli yg simple je, takde belit2..hihi..kalau takde sale, tak beli kot, mahal bebenor yg ori..

      Delete
  12. Keuntungan Nilopak skrg cecah 50 juta... perghhhh... Mak cik kayooo...

    ReplyDelete
  13. Ada kaitanlah tu sebab lokasi dekat
    Takut pengsan makan dulu baru selongkar tudung haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 kedai di lokasi dekat2..masa first pegi tu, panjang nau barisannya, lepas tu tak bergerak-gerak..dah le lapo masa tu..

      Delete
  14. berbaloi beratur panjang..banyak turun harganya dari rm55 ke rm20

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok juga harganya...sib baik beratur tak lama..hihi..

      Delete
  15. Menariknya cafe tu. Nanti nak cuba makan kat situlah :)

    ReplyDelete
  16. Hi perkongsian menarik, done follow, follow me back :)

    ReplyDelete
  17. assalam nohas..selamat tahun baru 016 semoga putihnya lembaran yg dihampar dipenuhi catatan biru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..selamat tahun baru, kak...semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..

      Delete
  18. owh , sis klu bab tudung .mmg tak ikut trend just pakai apa yg sesuai dgn baju dan beli mana yg berkenan di mata ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tk ikut trend, beli yg design lama, pakai sarung je..takde yg belit2..

      Delete
  19. Makanan Turki? Beras balit dalam daun tu pun turkish dish kan, epal tea? Terasa dibibir pulak. Ok pasar yang fua tingkat tu ke. Macam familiar tapi tak sure hehe.. btw kebab tu look good

    ReplyDelete
    Replies
    1. beras balut dlm daun? sushi kot..pasar moden dua tingkat kt Taman Tun. daging kebab tu sedap, yg lain kurang sikit...

      Delete
  20. kalau hh glamour kan kak Nohas...buat tudung pastu jual atas jenama sendiri mesti laris kan..cer kalau JM yg jual tudung desing sendiri belum tentu ada org nak beli hehehe..kalau leh dpt RM20 sehelai..murah sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudung fareeda, ariani femes jg, walopun bukan artis..JM pun boleh jg..yg penting design, kualiti bagus..cer jual online mesti ada orang beli..

      yg design lama dapatlah doploh hengget..tapi ok jg, pakai sarung je, sgt mudah utk travel..hihi..

      Delete
  21. wah dah kenyang gi shopping,untungla ada sale..kalau saya pun grab tudung sarung juga,bila sale sure harga runtuh,malas belit2,agak-agak kalau g turki asyik nak makan je kot...menyelerakan presentation dishes dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena makan dulu, nanti pengsan lak beratur lama2..hihi..tak sangka dan tak tau pun HQ naelofar kat sini..harga runtuh, tapi kena bersenggol-senggolan nak menyambar tudung..tudung sarung mudah kan..

      makanan turki ni nampak sedap2 belaka, kalau gi turki, JJCM yg lebih kot..hihi..

      Delete
  22. patutlah diserbu sakan kak.. dari 53 jadi 20.. rambang mata le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga kebaboom..runtuh..cuma kaler tu kurang kenan sikit, sbb tu beli dua je..

      Delete
  23. eh memula nak komen pasal kebab ahaha.. terkomen tudung dlu plak.. ehehe prempuan sngt =P

    CT rasa makanan arab ni memang semua sedap la.. roti2 diorang pun sedap.. mmg jenis pandai buat2 roti kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan dgn tudung berpisah tiada...makanan arab, turki, memang sedap..full of spices..tapi roti yg ni kurang sedap sikit..

      Delete
  24. Wah..menarik juga ni...kalau ada sale tudung nelofar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beratur tu yg tak tahan..sale 3 hari, kalau gi lambat,habis pulak nanti..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!