Monday 25 January 2016

Myn Bala : Warriors of the Steppe

Good movies are hard to forget. Myn Bala is one of them. Pertama kali menonton filem Kazakhstan, terus hooked dengan cerita ni.


Filem ni pernah ditayangkan di Astro A-List pada tahun 2014, sama masa dengan cerita Blissful Sunflower. Tak sempat nak fokus tengok, dah habis siaran. Cari-cari di youtube, baru jumpa yang ada English subtitles, teruja habis, menonton dengan sepenuh hati..

Myn bala : Warriors of the Steppe. Myn Bala maksudnya the thousand boys - beribu anak muda. Steppe ialah a large area of flat unforested grassland in southeastern Europe or Siberia. Lebih kurang padang rumput yg luas..

Kisah persahabatan, pengorbanan dan perjuangan anak muda Kazakh menentang penjajahan kaum Dzungar yang kejam, yang berasal dari Mongolia, suku-sakat Genghis Khan. Filem sempena menyambut 20 tahun Kazakhstan merdeka dari Soviet Union Rusia.

 Dua hero - Sartai dan Taimas
 mula-mula satu geng, lepas tu ada konflik sebab jealous
Sartai dapat nama dan lebih popular..huhu..

Cerita bermula dengan kaum Dzungar membunuh ibu bapa Sartai dan memusnahkan kampung mereka.

 kaum Dzungar menyerang kampung Sartai

Mereka yang terselamat lari ke kawasan pergunungan. Di sini mereka berlatih dibawah ketua Uncle Nazar. Sartai, Taimas dan Khorlan, secara diam-diam, membuat serang hendap stail gerila terhadap askar Dzungar di kawasan steppe.
 
Sartai, Taimas dan Khorlan membuat perjanjian rahsia untuk
menyerang hendap askar Dzungar

Yang paling best cerita ni ialah cinematografi yang menarik dan budaya kaum nomad Kazakhstan, yang tinggal di kawasan steppe. Memang sangat cantik Kazakhstan dalam filem ni, teruja, terpegun..wow..wow..and wow..

 captivating, visually pleasing

Kebanyakan watak-watak dalam cerita ni ialah watak orang Islam. Kita dibawa melawat kampung nomad Kazakh. Ketua kampungnya ialah Rakhymzhan dan anak-anaknya, Kassym dan Zere.

khemah (yurt) di perkampungan nomad 

 Zere - buah hati Sartai

Sartai dan Taimas tak suka Rakhymzhan sebab berbaik dengan askar Dzungar, yang ketuanya bernama Zhonon dan anaknya Ayur. Tapi seorang pekerja Rakhymzhan yang bernama Ilyas berminat untuk menyertai Sartai dan Taimas.

 ketibaan Sultan Abul Khar untuk mesyuarat ketua-ketua kampung

 
 ketua-ketua kampung bermesyuarat bincang tentang keganasan 
kaum Dzungar, depa cakap sultan dan khans mesti buat keputusan segera

Wahh..ada sultan, ada khan..

 yang ni pula masa mesyuarat sultans dan khans

 Ahli mesyuarat berdoa pada Allah untuk kemenangan
ada yang setuju berkongsi negara dengan Dzungar, ada yang suruh lawan

 
The trio - Sartai, Taimas dan Khorlan + Ilyas, meneruskan agenda mereka - menyerang hendap kaum Dzungar, menyelamat dan melindungi kaum nomad Kazakhs di kawasan steppe, membunuh Ayur anak ketua Dzungar, menyelinap masuk ke kubu askar Dzungar dan membakar kubu tersebut.

Disebabkan hal ni, nama Sartai menjadi popular dan askar Dzungar mencari Sartai untuk membalas dendam. Bapa kepada Ayur, ketua askar Dzungar, berjumpa dengan Rakhymzhan meminta dia menyerahkan Sartai pada mereka.

sangat cantik - view of the steppe

 dating diatas bukit

Disebabkan rasa dengki pada Sartai, Taimas telah memanah Sartai dari belakang. Kassym dan kawan-kawan terjumpa Sartai terbaring di kawasan steppe dan membawa pulang Sartai ke kampung mereka dan merawat Sartai sehingga pulih.

Rakhymzhan dan Kassym melawat Sartai

Dapat mengesan bahaya serangan dari askar Dzungar, Rakhymzhan bercadang untuk pindah ke tempat lain. Semasa di kawasan steppe, askar Dzungar menyerang Rakhymzhan dan Zere tapi Zere dapat diselamatkan oleh Khorlan. Adegan lawan-lawan sambil menunggang kuda memang sangat superb.


 Zere berkahwin dgn Sartai atas restu abang dia, Kassym

semua hero mati dalam filem ni..huhu..tapi menang dalam perang

Bagi yang suka 'action-packed', 'fast-paced' filem, sangat recommended Myn Bala untuk tontonan semua. Aksi-aksi ganas dalam filem ni, bolehlah, still tolerable..
 
Filem ni pernah tercalon untuk 'Best Foreign Language Film' pada 85th Academy Awards serta mendapat positif review di IMDb.

"This film was beautifully done in every way. good cast, good directing, good screenplay, good camera, good editing, beautiful locations and settings, good costumes and, very good music. i've never thought a movie out of a small central Asia country would be this good. the script was so well crafted that allowed the young heroes and heroines to freely perform with their hearts and spirits. this is a film that once you've watched it would always stay with you, the beautiful prairie, the remote snowy mountains, the horses, the galloping. the first viewer was right, this film is indeed much better than 'nomad', the fight scenes were especially good too.- rightwingisevil from United States, 6 July 2013"

Boleh tonton di youtube, under Turk Bitig, ada English subtitle.

48 comments:

  1. Kakak suka tengok fesyen pakaian mereka No.
    Kalau abang sukalah cerita macam ini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka tengok pakaian dan rumah mrka..sgt unik..

      Delete
  2. ok...review ni sangat tempting!suka tengok orang kazakhstan sebab wajah diorang yang unik dan exotic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajah mrka mcm cmpur Arab & Cina..exotic..

      Delete
  3. baca laju-laju sebab tak nak spoil bila tengok nanti..hehe.thanks share kak nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..akk review ringkas je..filem 2jam..you're welcome..

      Delete
  4. macam best jer ... nanti nak tengok gak la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..brtukar angin ke Kazakhstan plak..

      Delete
  5. best tgok cter macam ni,teringin nak menjejak kazakhstan...cantik dan budaya n lifesyle diorang sangat unik n menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg teringin nk gi travel belah2 sana..tgk budaya mereka yg mnarik..masih ada lg kot yg nomad mcm ni..

      Delete
  6. MENARIK REVIEW NOHAS ...FILEM KAZAKS AGAK BARU TAMPILANNYA PASTI TERUJA MENYAKSIKAN KISAH YG DIPAPARKAN ADA KELAINANNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain sikit environment dan jln ceritanya..mereka saudara seakidah..suka tgk org Islam yg kuat..takdelah asyik dilabelkan pengganas je..

      Delete
  7. wah kazakhstan!
    interested nak tengok, maybe someday la since have yet to watch any Kazakh's movie and it's gonna be a huge leap for me haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun first time tengok filem Kazakhstan...not bad, entertaining and captivating..

      Delete
  8. Tak pernah tgk ceciter pelik camni... Layan hindustan je... ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh..tak sangka, peminat hindustan rupanyer..hehee..

      Delete
    2. Perh... geng janam janam rupenyerr

      Delete
    3. geng inspector sahab..hihi..

      Delete
    4. Hihi memang tak sangka SS jiwa hindustan :)

      Delete
  9. tak sangka ss minat hidustan ...heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangkakan..hihi..tapi kalau citer box-office, ramai jg yg layan..dulu layan jg citer Slumdog Millionaire..

      Delete
  10. Cantiknya gambar2 tu. Tempat dia org mesti cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan steppe mmg cantik dlm movie ni..

      Delete
    2. Tengok sekali lagi...hensom pulak hero dia :D

      Delete
    3. dlm satu filem review, depa ckp hero tu muka ala-ala male model..tall, not-so-dark n handsome..

      Delete
  11. macam menarik gitu. i pun suka tgk cerita dr negara2 lain. love iranian movies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menonton movies dari negara2 mcm ni mmg refreshing..dapat tengok budaya, environment yg berbeza..iranian movies menarik utk ditontoni, byk kisah2 masyarakat..

      Delete
  12. saya suka tgk cerita mcm ni tapi kena tgk sorg2 lah . kalau tak ada je yg merungut bosan . my kakak pun layan juga citer mcm ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, kena tengok sorang2..dulu masa ditayang kt channel A-List, dapat tengok sikit je, itu pun ada yg bising..hehe..

      Delete
  13. assalam, nohas mesti msh bz kat ofis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, kak..super busy, membanting tulang jari-jemari, dah 2 minggu asyik kerja 4 hari je..minggu depan bos cuti seminggu..huhu..

      Delete
  14. ooowh hero hensem haaaish =P
    kalo tengok nak focus kat hero ahaha.. x penah tngk citer mcm ni..
    i mean dari negara ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hero mmg hensem..akk pun first time tengok citer kazakhstan ni..not bad..

      Delete
  15. Ha ha... dh lama akk x buat ulasan movie...

    Saya suka baca movie telling by akk nohas...

    Detailsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama x tgk movies..time rajin buat detailed reviews..time kurang rajin wat simple je..

      Delete
  16. Tp yg ni x detail mcm selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni kena tengok sndiri, baru ada feel..hihi..

      Delete
  17. Captivating scenery, nanti tenet dah laju dan stabil sikit, baru boleh layan youtube movies X3

    ReplyDelete
  18. Saya kalau nak tengok citer camni kena betul2 time free dan tak ada benda nak buat. Kalau tak cepat je hilang fokus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..citer mcm ni kena betul2 free, baru boleh tengok..kalau tak, tak brp faham..dua jam tu..

      Delete
  19. Betul cerita macam ni kena ada masa betul, tapi nak mula tengok la cerita macam ni baru mebambah pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena fokus selama 2 jam utk memahami cerita ni..filem ni kisah benar yg berlaku di Kazakhstan..

      Delete
  20. mana video subtitle malay / indon ? 🤒

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dah dikeluarkan dari youtube..boleh check yg lain tapi tkde subtitle english..

      Delete
  21. alaaaa dah tak ada kat youtube

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..under Turk Bitig..cer key in 'myn bala' kt youtube..akk baru check..

      Yg dlm entry tu dah takde, akk nk padam..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!