Tuesday 29 November 2016

China : Xi'an - Drum Tower

Assalamualaikum..

Landmark yang femes di hujung Muslim Quarter - Drum Tower @ Gu Lou.


Drum Tower dibina pada tahun 1380 semasa pemerintahan Emperor Hongwu of Ming Dynasty dan diubahsuai dua kali pada tahun 1699 dan 1740 pada zaman Dinasti Qing. Senibina bangunan campuran Dinasti Tang dan Dinasti Qing.


Jom beli tiket masuk..50 yuan untuk dua tower - Drum Tower dan Bell Tower. 

Kedua-dua tower ni ialah mercu tanda bandar Xi'an. Pada  zaman dahulu kala, gendang dipalu menandakan hari sudah senja, manakala loceng dibunyikan menjelang sianghari. Begitulah fungsi kedua-dua 'sister towers' ni.

Sebelum naik ke atas, kena scan beg dan body..

gendang beso
 
12 biji gendang berderet

muzium gendang

gendang antik

Naik ke tingkat 2 - ada pameran perabut zaman Dinasti Qing, dinasti terakhir kerajaan beraja China

dapat sebijik, letak kat rumah..huhh..karen banget

perabut2 macam ni boleh tengok dlm drama cina 'Bu Bu Jing Xin'
kisah time travel ke Dinasti Qing semasa pemerintahan Emperor Kangxi 
drama yang diadaptasi oleh kdrama 'Moonlovers: Scarlet Heart - Ryeo'

verandah

jubin lantai

corak siling
 
Turun balik ke tingkat 1, untuk tengok persembahan pukul 2.00 petang

best juga performance ni

Dah habis lawatan dalaman, kita ronda-ronda di verandah di luar, tengok aerial view kota Xi'an..

 bangunan hotel

taman depan Wenyuan Hotel

Bell Tower di kejauhan

Jom turun, bergerak ke Bell Tower..jingle bell, jingle bell..jingle all the way..

14 comments:

  1. gendang adalah simbol budaya cina turun temurun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jenis gendang cina dlm muzium tu..utk pelbagai upacara..

      Delete
  2. SENI BINA BERSEJARAH SEKIAN LAMA MASIH KEKAL MENARIK..DAPAT MENIKMATI SAMBIL MENGIMBAU SEJARAH CHINA YG HEBAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik senibina tower ni..tetap kukuh ditelan zaman..

      Delete
  3. Zaman dedulu dah pakai jubin... huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik design jubin tu..pernah nmpk di rumah Peranakan..

      Delete
  4. Gendang paling besau antara yg terbesau kat dalam tu mengkagumkan kan... ada amik gambo x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa ronda sangat kat tempat pameran perabut tu..byk ronda2 kt verandah dia je..huhu..

      Delete
  5. Boleh ketuk tak drum tu dik?
    Kakak tertarik dengan lantai jubin dia tu
    Dah susah nak jumpa kan kalau kat tempat kita ni
    Kakak ada nampak kat Melaka dipasang kat tangga rumah mereka - pun cantik kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh kak, dah ada notis 'do not touch'..jubin tu menarik design nya..tangga rumah Melaka, byk jubin bercorak oriental..pernah nampak jubin2 mcm ni masa gi rumah Peranakan di Penang..

      Delete
  6. Banyaknya gendang, macam2 saiz ada... kalau saya ada kat situ, rasa macam nak curi2 tepuk sekali, mesti curious nak tau bunyi dia macam mana... hihih X3

    ReplyDelete
  7. mesti berdengung kuat gendang ni ...diorang tak teruskan pulak ya tradition gendang tu dipalu,menarik jugak kalau dpt dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada hari upacara tradisi gendang dipalu..tak check..mesti menarik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!