Tuesday, 19 December 2017

Azam tahun 2018 dah mai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah sampai kita ke penghujung tahun 2017..

Tahun 2018 akan menjelma tak lama lagi, azam tahun baru nampaknya dah ada...huhu..

Nak kata baru, takde lah baru sangat, bertahun-tahun juga memeram azam yang satu ni, cuma untuk tahun 2018, tergerak hati untuk merealisasikannya...in shaa Allah..

Apakah azam yang satu itu? untuk lulus sebagai Penilai Berdaftar (Registered Valuer). Ya, saya bekerja sebagai penilai swasta. Bidang hartanah is my bread & butter..

Untuk mereka yang dah lebih sepuluh tahun bekerja, ada partial exemption, cuma submit Record of Experience (ROE) saja. Tak perlu buat practical tasks..

 Record of Experience (4 salinan)

Hari Selasa lepas, pergi hantar ROE dan borang-borang ke pejabat Lembaga Penilai di Menara UOA Bangsar. Naik LRT, sangat mudah, sebab bangunan ni bersambung dgn stesen.


 
will meet again, in shaa Allah

Akhirnya, selamat dihantar. Duduk diam-diam di sini ya, sementara menunggu mesyuarat Lembaga, untuk kelulusan sebelum dipanggil 'interview' TPC - Test of Professional Competence. 

Nampaknya tahun depan, kena 'back to school', menelaah buku-buku akta, manual, nota-nota kuliah, apa-apa saja berkaitan dengan hartanah.

Lebih kurang begini senarainya:
  • Kanun Tanah Negara 1965
  • Akta Pengambilan Balik Tanah 1960
  • Strata Title Act
  • Local Government Act - untuk penilaian cukai taksiran
  • Stamp Duty Act
  • Real Property Gains Tax
  • GST berkaitan hartanah

 tiga manual yang perlu dihadam 
valuation, estate agent, property management

pheeww...semoga diberi kekuatan untuk mengulangkaji. Doakan saya ya, sahabat-sahabat...jaebal..

kamsahamnida... gracias..    

18 comments:

  1. TAHNIAH NOHAS...INSYAAALLAH SUKSES DIDOAKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran Kak PI..nak baca buku law ni yg pening sikit..

      Delete
  2. That's great sis, all the best!
    Yukenduit, fighting! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..in shaa Allah..
      back to school again..lalala..

      Delete
  3. Moga dpmudahkan,dilancarkan sgala urusan dan tercapai hendaknya azam kak nohas di tahun 2018,insya Allah...All d best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..syukran..kena kerja kuat tahun depan, menelaah pelajaran..

      Delete
  4. All the best!! In shaa Allah.

    Bagus2x dah ada Azam tahun baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.in shaa Allah..

      azam yg terpendam sekian lama..

      Delete
  5. yes kak all the best...finally...azam sy tahun ni pun nak serius juga mentelaah buku2 tu semua. Dua kali interview tak bersedia. Harap kali ke 3 semua runs smoothly. setengah bulan nak mentelaah...mcm kena postponed jerrr....ngeeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..finally..hihi..nak start bukak buku tu yg payah, tambahan pula ayat law yg berbelit-belit..semoga kita tabah...

      oo..dah ada tarikh utk next interview..good luck..in shaa Allah, you can do it..

      Delete
  6. Moga semuanya dipermudahkan..
    Selamat belajar dan moga suksess selalu...aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, WB..
      Nak start bukak buku tu yang payah..

      Delete
  7. all the best kak, semoga dipermudahkan urusna akak..

    ReplyDelete
  8. smoga berjaya... in shaa allah pasti boleh

    ReplyDelete
  9. All the best awak.. you can do it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..in shaa Allah..berdebar jg ni..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!