Friday, 8 December 2017

Steamboat @ Ngences Giga

Assalamualaikum..

Misi mencuba steamboat di sekitar Lembah Klang, kali ni di Ngences Giga di Setiawangsa. Ada free-flow kambing grill, jom, jom...arghh..ngences...



Yang bestnya Ngences Giga ni, tempatnya luas dan parking pun senang. Boleh bawa seantero keluarga, saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga, ramai-ramai menjamu selera di sini..

 Dewasa RM29.90, minuman tak free-flow, kena beli asing

Makanan semua disusun dalam dua barisan di bahagian tengah. Bahan-bahan steamboat lebih kurang sama macam restoran steamboat yang lain, tapi di sni seafood nya kurang..




butter utk meng-grill


 kambing perap


Kambing, ayam dan daging lembu ada dua, tiga jenis perapan


untuk rebus-rebus, ada dua pilhan kuah: tomyam dan sup

 Tempat grill & rebus

 Makanan lain - aiskrim, nasi goreng, mee goreng, buah2an.

Restoran Ngences Giga 
No.21, Jalan 24/56 , Setawangsa,
54200 Kuala Lumpur

20 comments:

  1. Ini kat area kuater polis tu ke Nohas dan yang keluar dalam rancangan jalan2 cari makan baru-baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kat area flat2 Kelompok Nuri, Enggang..ada flat polis...ooo..ada masuk ka...ni pegi bulan October lepas..

      Delete
  2. Ada kambiiiinggg~ XD

    Wah sini pakai butter instead of margarine, special ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing grill...the best..
      ya, guna butter..lemak berkrim..

      Delete
  3. Knp ngences giga? Ngences tu faham lah perkataan jawa, giga tu apa plak maksudnya?

    Macam best tempat ni, nmpk menarik. Tq info

    ReplyDelete
    Replies
    1. giga tu drpd gigabytes kot...ntahlah, tak tau plk asal-usul giga ni..huhu..

      best jg..

      Delete
    2. hehe..itu je yg ada di fikiran..

      Delete
  4. Wah..ada kambing free flow...bestnya. Nampak macam ada banyak pilihan juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm seoul garden, byk daging2 yg diperap pelbagai perisa..

      Delete
  5. ala seoul garden ni.. bestnya tp apa makna nama kedai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, byk jenis perapan mcm seoul garden..

      ngences tu bhs jawa maksudnya merembes air liur tgk makanan..giga tu drpd gigabytes kot, kiranya makna 'ngences giga' tu lbh kurang 'merembes secara besar2an', tahap gigabytes kot..hihi..ntahlah akk pun x brp pasti..

      Delete
    2. wahhh merembes air liur ke? nohas mkn keluar x air haha.. mcm2 nama nk tarik customer

      Delete
    3. mula2 merembes jg ailio tgk kambing perap..hihi..

      Delete
  6. Nampak sedap lah Nohas..
    Tapi selalunya mereka buka malam ajer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, buka pkl 5 petang..
      lain sikit sbb daging2 diperap..

      Delete
  7. musim hujan n cuaca sejuk2 mmg ngences sangatlah klau mkn kmbing bakar n steamboat panas2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti panaskan badan...mkn steamboat ni, mula2 je bersemangat waja, lama2 mcm hilang steam, lemah je..boleh bertahan satu jam je..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!