Monday 7 May 2018

Hari dimana saya jadi 'pengendap'

Mengendap maksudnya memerhati seseorang secara sembunyi-sembunyi, mengintip, skodeng, stalk, lebih kurang macam tulah maksudnya...

Di tengah-tengah kehangatan bahang pilihanraya, timbul cerita mengendap..hihi...saja bikin panas..

Kisah ni dah lama. Saya pun dah tak ingat tahun bila. Dua orang yang terlibat dalam kisah ni pun dah pergi tak kembali, termasuklah watak utama.

Tapi hari Ahad minggu lepas, kisah ni timbul balik, disebut-sebut semula, masa ziarah sorang lagi geng mengendap. Kami berempat sebenarnya. Masa lalu depan rumah watak utama, riuh-rendah rumahnya..langsung teringat kes ni..

Al-kisahnya, dua orang kawan baik saya, Kak M dan Kak T, minta tolong saya bawa mereka berdua dan jiran sebelah rumah mereka (Kak Z) untuk satu misi - pergi mengendap 'girlfriend' suami Kak Z. Ohh, ada skandal rupanya, suami Kak Z ni kerja jadi 'driver'.

Kak Z ni saya kenal gitu-gitu je, sebab ada juga sekali-sekala terserempak masa pergi rumah Kak M dan Kak T. Dia kerja shift sebab tu jarang nampak.

Arakian, pada hari yang dijanjikan, bergeraklah kami ke negeri yang banyak bauksit. Tak jauh dari KL. Rupanya girlfriend suami Kak Z masih lagi status isteri orang. Ayoyo, amma appa..

Dia buka kedai makan. Kami cuma mengintai dari jauh, bersembunyi-sembunyi, yelah nama pun mengendap. Bila teringat, rasa nak tergelak. Si girlfriend ni manalah kenal kami bertiga, kalau buat selamba, pi makan kat kedai dia pun ok juga. Itulah kan, buat kerja salah, tak keruan, tak tentu pasal..hihi..

Saya tak tahu macamana Kak Z dapat maklumat tentang affair suami dia ni. Sib baiklah Kak Z tak buat scene kat situ, kalau dia pergi serang, tarik-tarik rambut..memang saya cabut lari dulu..

Bulan berganti bulan, dapat berita yang Kak Z bercerai dengan suaminya. Dia secara sukarela keluar dari rumah kelamin mereka, meninggalkan lima anak yang masih sekolah rendah dan menengah. Sedangkan bekas suami Kak Z suruh Kak Z duduk rumah tu, biar dia yang keluar. Tapi alasan Kak Z, kalau bekas suaminya yang keluar rumah, mesti dia lepas tangan tentang nafkah anak-anak. So, Kak Z bertekad keluar rumah, duduk menyewa di luar, dekat dengan tempat kerja dia.

Kesan perceraian mereka berdua sangat hebat. Anak-anak mengurus kehidupan sendiri, ibu takde, bapa sibuk bercinta, kadang-kadang je balik. Kasihan tengok mereka (dengar cerita dari Kak M dan Kak T). Anak-anak selalu ponteng sekolah. Last2, langsung berenti.

Yang paling parah masalah sosial, berhenti sekolah, anak-anak jadi bohsia, bohjan. Anak perempuan bawa balik boyfriend, yang lelaki bawa girlfriend, bermalam di rumah. Alhamdulillah, yang bongsu dijaga oleh mak saudara mereka. 

Tahun berganti tahun, Kak M dan Kak Z pergi menemui Ilahi. Yang tinggal saya dan Kak T. 

Baru-baru ni masa pergi ziarah Kak T, lalu depan rumah arwah Kak Z, terdengar riuh-rendah, suara budak-budak kecil. Kak T yang update kisah mereka, geng-geng makcik bawang juga ni...huhu..sebenarnya dah tersangat lama tak bercerita hal ni, sejak Kak Z pergi tak kembali kerana sakit kanser..

Bekas suami arwah Kak Z dah kahwin dengan skandalnya. Kak T ada juga terserempak dengan isteri baru jirannya itu, yang kitaorang pi mengendap dulu..

"Akak malas nak berbaik-baik, akak tau dia, dia tak kenal akak.." kata Kak T. 

"Tak sukalah nak berbaik-baik dengan peruntuh rumah tangga orang"...hmmm..

Entahlah, life goes on. Apa yang dia buat pada arwah Kak Z, itu diantara dia dengan Allah SWT dan juga Kak Z. Sebagai jiran, bermanis muka, bertegur sapa itu perlu. Kita tak tau kehidupan mereka, mungkin sudah saling memaafkan..

Wallahuá'lam..secebis kisah kehidupan, yang baik dijadikan teladan, yang buruk kita hindarkan sekuat mungkin..jika terjadi juga, pasrahlah dengan takdir Ilahi.. 

Al-fatihah untuk arwah Kak M dan Kak Z.  

14 comments:

  1. AL FATIHAH...SEDIH KSAHNYA..MANGSA KESILAPAN IBU BAPA ADALH ANAK2 MRK

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kak, kami tak setuju tindakan mak mereka keluar rumah..anak2 biarlah mak yg jaga, lebih terurus..

      Delete
  2. Al Fatihah untuk arwah, kesian anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  3. kisah ini sangat sedih..

    hampir menitis air mata lelaki ini..

    saya turut terasa bahwa saya seperti dalam kisah tersebut biarpun plot dan wataknya amat berbeza..

    akhir kata ...No Komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kita ada kisah hidup tersendiri..walau apa yg brlaku, life goes on..redho dgn takdirNya..

      Delete
  4. Bila terjadinya kes-kes macam nie, anak-anak juga yang menjadi mangsa keadaan... tak ada rasa bersalah ke ibu dan bapa mereka nie merosakkan masa hadapan zuriat mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu bapa ada ego masing2..masalah mereka lbh utama drpd masa depan anak2..sedih tgk anak2 jd mangsa keadaan..

      Delete
  5. sedihnya baca.. akibat cerai anak2 jd mangsa. baca kes2 mcm ni buat hati takut nk kawin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan kt anak2...jgn takut, berusaha & berdoa..

      Delete
  6. Yang jadi mangsa, anak-anak.. Kesian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, anak2 jadi mangsa keadaan, sedih tengok..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!