Thursday 22 November 2018

Mi Tarik Silu

Assalamualaikum..

Hi semua, dah makan? Update tentang makan-makan je lah sejak dua menjak ni, tak banyak aktiviti luaran. Aktiviti makan setiap hari..hihi..

Sapa suka makan mi tarik? Di Lembah Kelang ni, yang popular Mi Tarik Warisan Asli. Dulu ada dua cawangan di KL, tapi dua-dua dah tutup. Awal bulan ni ada satu restoran mi tarik, baru dibuka dekat kawasan pejabat, Restoran Mi Tarik Silu - Muslim Silu Ramen. (dah tutup)


Lokasinya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, depan Tune Hotel (dulu, sekarang dah takde), sebelah Restoran Pak Punjab, satu baris dengan Nasi Kandar Kudu. Yang bersilang kat atas tu ialah line monorail. Restoran ni kat simpang traffic-light, memang tak kan miss, dari jauh dah nampak.



Jom tengok menunya. Buku menu dia cantik, kaler gold.

buku menu - muka depan  
 

 bahagian belakang


 mi tarik in the making

Menu mi tarik ni sama je di mana-mana restoran, rasa dia pun lebih kurang sama juga. Teman dah 4,5 kali makan di sini, sebab dekat dengan ofis. Kekadang pergi masa makan tengahari, kekadang gi lepas kerja, untuk dinner.


dumpling 


kambing gigi gigi


Yang pernah dicuba



Mi Xinjiang  

 

 
pelbagai jenis mi tarik

Overall, sedap. Sapa yang pernah makan mi tarik, mesti tahu rasanya macamana sebab rasanya lebih kurang sama je kat mana-mana restoran mi tarik. Alhamdulillah, ada pilihan tempat makan yang dekat dengan pejabat.

32 comments:

  1. dumpling tu nampak menarik.. dah lama teringin nak cuba.. bookmark siaplah kedai ini.. ada rezeki, boleh singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dumplings belum try lg...dtg shopping kt Jln TAR, boleh singgah sini..tapi jauh gak dari tmpt shopping & Sogo..

      Delete
  2. Rupa paras menu dan makanannya sangat menarik..kambing gigi gigi tu apa rasanya ya? 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing gigi gigi tu rasanya daging kambing yg dicucuk dgn pencungkil gigi tu kot, kt restoran mi tarik ada menu ni..mahal gak, kalau makan ramai-ramai, ok jg..

      Delete
  3. Tak pernah makan mi tarik huhuuuhu...
    Semua mi yang terhidang tu nampak sedap.
    Nostalgia betullah Jalan TAR ni dulu time Mrs. A kerja kat Menara Multi Purpose bila hari Jumaat suka lunch kat restoren INSAF nasi beriyani ayam madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. restoran mi tarik ni jauh gak dari restoran Insaf..
      nasi beriani mmg sedap kt restoran Insaf..lepas mkn, rasa insaf, sbb mahal..hihi..

      Delete
  4. Tak pernah cuba lagi mee tarik, huhu...ketinggalan betui ceq ni. Tapi kita marked dulu tmpt ni kot2 tersinggah nnt kan.

    ReplyDelete
  5. Tuan admin dah try makan kambing gigi gigi tu.. 😆😆😆

    ReplyDelete
  6. masa belajar kat UM dulu memang Jln TAR ni la destinasi utama bila shopping...Sogo, Pertama, Batu Road, Keramat, Metrojaya, Hankyu Jaya, Mun Long, Globe Silk Store...semuanya ada di sana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sogo & Pertama je yg tinggal, yang lain dah pupus...kenangan lalu..

      Delete
  7. Replies
    1. tmpat parking berbayar banyak - tepi Tune Hotel, belakang Kudu, tapi kena jalan sikit..

      Delete
  8. Silu pulak nak makan kat situ... hehe

    ReplyDelete
  9. sedap nampak mi tarik tu teringin nk rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak, boleh ajak anak2, cucu2, datang makan..

      Delete
  10. Buku menunya looks so impressive... teringin nak rasa dumplingnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik bukunya..mcm ada cerita plak gambar depan & belakang..belum try lg dumplings, nmpk mcm best..

      Delete
  11. Kwasan kulim tmpt timm ada je kedai mee tarik warisan..tpi blum berkesemptan lgi nk cuba..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time makan mi tarik kt restoran warisan asli..lg banyak menunya..sekrg cawangannya semua luar KL..huhu..

      Delete
  12. Dari hari ke hari cadang pekena Mi Tarik Warisan Asli tapi masih belum diberi kesempatan sampai 2 outlets tutup.. Harap-harap dapat rasa mee tarik ni sebelum pupus.. Teringin yang amat sebab nampak sedap dengan segala macam aksesori dalam tu, meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..Restoran Mee Tarik Warisan Asli ada banyak cawangan..

      Delete
  13. Baru je lalu depan kedai ni semlm, dh bace review ni,memang rase nak pegi..thanks for sharing..:)

    ReplyDelete
  14. Dah biasa mkn Mee tarik warisan. Tgk mcm best silu ni.rasa nk Cuba.tapi risau parking jer. Stesen let mn yg paling dekat yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. stesen LRT Sultan Ismail, jalan ikut jejantas ke Tune Hotel..kalau naik kereta, banyak parking tepi Tune Hotel & belakang Resto Kudu..

      Delete
  15. pd sy kalau nk compared silu dgn warisan, best lg silu..1st dulu mmng suka warisan..tp bnyk cawangan tukang masak dia dr cina da jd bangla..
    so bila da rs silu terus jatuh cinta..sebulan kompom akan 3-4 kali ke silu sampai da x segan silu da..tp mmng sedap utk di cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jrg gi warisan sbb dah takde cawangan dia di KL. Di warisan lebih banyak menunya. Makanan di silu sedap2 belaka...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!