Friday, 21 December 2018

Nate, Rimau

Assalamualaikum...

Haritu ada singgah makan di Nate Cafe di Oasis Corporate Park, Ara Damansara. Cafe yang di-introduce oleh travel blogger Supermeng Malaya.

Nama restoran ni mengundang keliru, mungkin nama manusia "Nate"..tak mungkin hok yang tu...whatever lah, whatever, ever, ever..


Bila dah tahu ada restoran ni kat area Oasis, lepas hantar report di Oasis Gallery, terus je ikut jalan menuju ke Citta Mall, nampak signage Oasis Corporate Park, maju ke depan, tengok ramai yang parking di tepi jalan, kita pun ikut parking di tepi jalan, depan restoran ni. 

Nak lunch di sini tapi dah hampir pukul 3 petang, lauk-pauk nasi campur dah banyak habis. Sebab nak cepat, ambik je lah apa yang ada. Ada jual nasi kerabu juga, tapi macam mahal, nasi kerabu biasa je harga RM8.00.

 cantik deko restoran ni
 
lama tak tengok  sangkar ayam 

suasana yang cozy

Malas nak ambik gambar makanan, nasi + ikan goreng je. Overall, sedap masakannya, sedikit overpriced, tapi biasalah restoran macam ni kan. Mana nak sama dengan harga gerai, harga pasar malam.

----------------------------------------
 
Hari Khamis lepas, site visit ke Cyberjaya dan Putrajaya. Dah lama tak jejak kaki di sini. Sesat barat dari Cyberjaya ke Putrajaya, guna waze pun boleh sesat..hehe..Alhamdulillah sampai juga di parkir awam di sebelah Istana Kehakiman.
 
Dah habis kerja, tengok ramai peniaga dah mula buka meja, rupanya ada berjualan di sini, di antara bangunan Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan DCA - Department of Civil Aviation. Jalan-jalan cari lunch, singgah di Cafe Rimau ni.

aum, aum..Harimau Malaya kami selalu ada


kembali hot ...KJ..

for the good cause..membantu mereka berdikari

jam menunjukkan pukul 11.20 pagi
awalnya cari lunch, hihi..terlanjur datang sini

 
 tempat lepak
 
 butter cake and latte
minuman harga RM8.00...takpelah, membantu belia autism
 
Kalau ke KBS, bolehlah membeli dan beri sokongan pada pemuda ni. Ada jual sandwiches dan kuih-muih. Untuk sarapan, tea break.

Happy weekend, cheers..

38 comments:

  1. WAH BAGUS SEKAI CAFE ATAS USAHA PEMUDA AUTISM YG GIGIH MNGMBIL SEMANGAT RIMAU YG BERANI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka patut diberi peluang utk berdikari..

      Delete
  2. Wah.. bagusnya usaha.. Kalau ke sana lagi nanti bolehlah singgah..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya autism ni bukanlah OKU sangat dan daya ingatan diaorang agak tinggi... memang patut diberi kepercayaan untuk mengoperasikan cafe tu...

    ReplyDelete
  4. Bagus tuan admin nie... kita patut bantu mereka yang memerlukan sokongan nie... bantuan, tak semestinya dari wang ringgit... sokongan dengan berkunjung dan membeli barangan yang mereka jual dah sangat bagus sebenarnya... jangan nanti kita di pertangungjawabkan atas kegagalan mereka pula di sana nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika sampai di bgnan KBS Putrajaya, bolehlah singggah Cafe Rimau ni..beri sokongan dgn membeli minuman/makanan di sini..

      Delete
  5. hai kak.. rindu itewww tak ? lama x singgah sini =D

    btw.. nama cafe skrng kena unik2 n pelik2 sket. nak kasi orang senang ingat. hahaha yang 'Nate' tu itula tu.. whatever ever ever la janji sodap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Siti...rindu, lama x dgr habaq..
      nama pelik2..hopefully, ertinya pun baik gak..hihi..

      Delete
  6. Banyak tempat makan menarik ...siap duit ja

    ReplyDelete
  7. Cafe menarik maka harganya pun ikut la 'menarik' sekali, menarik duit kita keluar dari dompet 😂

    Bab support Rimau cafe tu baguih, cheq sokong.. 😎👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. cafe mcm ni mmg harga tinggi sikit, ya bisa menarik keluar kepingan2 not berwarna merah & oren..hihi..

      Cafe Rimau tu pun harga boleh tahan jg..sekali-sekala bolehlah..

      Delete
  8. Nate, Rimau tajuk mengelirukan hahahaa...
    Baca sampai habis baru tahu dua cafe yang berlainan.
    Nate Bistro mujurlah tak nate beruk oopssss...
    Butter cake di Rimau tu nampak sedap latte macam tu harga RM8 sesekali jadi hipster oklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama mat salleh kot Nate tu, bila ikut loghat Tengganu je, maksudnya lain..hihi..

      butter cake tu tak dijual di Cafe Rimau, beli kat org2 yg berjualan, buka gerai kat sebelah cafe rimau..hari Khamis setiap 2 minggu..

      Delete
  9. Replies
    1. boleh cuba, singgah & rasa..dua2 cafe ni not bad..

      Delete
  10. pelik2 nama cafe sekarang,utk menarik perhatian dan mudah diingati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe Nate tu pelik gak kalau ikut loghat Pantai Timur..cafe rimau sempena skuad harimau malaya, dkt dgn Kementerian Belia & Sukan...dua2 nama cafe yg pelik..hehe..

      Delete
  11. terbaek.. nampak menarik cafe ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 cafe ni menarik..nama lain dari yg lain..

      Delete
  12. Nate Cafe tu cantik nya deco kan..

    ReplyDelete
  13. Nate??? kalau org kelantan cakap Nate ni maksudnya binate ni heheheh tul dok

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..loghat Pantai Timur hok yang tu..tapi ni mungkin nama orang kot,.Natalie kot, ke Natrah..

      Delete
  14. contohnya..Nate berok ni hahahha

    ReplyDelete
  15. kalau nasi kerabu biasa je RM8.00...meme x g make la kat Nate ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahalkan..setakat rm5 tu boleh tahan lagi..

      Delete
  16. cafe rimau palak..mace mace nama cafenya...agak pricey la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cafe rimau ni kt kementerian Syed Sadiq..sempena team harimau malaya...harga boleh tahan jg..

      Delete
  17. People with autism has nothing less then is.. Apapon curious pulak nate tu maksud dia apa.. Macam restaurant Me'nate tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jumpa org autism...itulah, mcm2 persepsi ttg work 'nate'..

      Delete
  18. Rimau cafe... Aaauuummm
    Tapi satu usaha yg vagus untuk membantu waega autism.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha murni membantu mereka berdikari..

      Delete
  19. last week ke KL tak singgah pun.. lalu je. mahal jugak nasi kerabu dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard harga restoran kt Oasis..baru2 ni lunch di satu restoran di Oasis Square, makan nasi kerabu ayam berempah utk 2 orang, air suam & air sirap, total RM25++..nasi kerabu je RM10++...huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!