Tuesday, 4 December 2018

Memories of the Alhambra

Assalamualaikum, yeorobun. Holaa!!

Pertama kali baca tajuk drama Korea ni, hati terasa teruja. Rasa pilu pun ada. 

Alhambra. Granada. Al-Andalus. 

Nama-nama yang meruntun hati umat Islam. 

Alhambra - istana raja kerajaan Andalusia di Granada, Sepanyol. Kerajaan Islam yang gilang-gemilang, telah jatuh ke tangan Raja Ferdinand dan Queen Isabelle pada tahun 1492.


 sumber: whatsapp

Kegemilangan yang jatuh, tak mampu bangkit kembali.  Kebobrokan yang berlaku ketika peristiwa Reconquista sangat menyesak jiwa. Membacanya dalam novel Rindu Andalusia dan Cinta Granada, hati bagai dirobek-robek, sedih, pilu, geram. Robek hatiku. Ini novel trilogy - the Granada Trilogy, tapi novel yang ketiga tu macam takde dalam pasaran, tak diterjemah kot dari novel asal dalam bahasa Arab.

Pernah tulis dalam entry Rindu Andalusia dan Menunggu Yang Ketiga. Dalam entry Rindu Andalusia, ada saya masukkan puisi dari pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang menggambarkan perasaan pilu seorang Muslim yang melawat istana Al-Hambra.

Sedutan dari puisi yang panjang..

They wrote all over Al-Andalus “La-Ghaliba Illa’Llah”
(There is no vanquisher except Allah)
but they began to worship the mata ad-dunya (pleasures of the world)
and traded their souls for gold, glory, women and wine,
only to end like stray donkeys,
kicked around by the boots of Ferdinand and Isabell


Granada dikatakan sebuah kota yang cantik...sehingga ada beberapa quotes yang menggambarkan keindahan kota ini.

“Give him alms, woman, because there is nothing sadder in life than being blind in Granada” - Francisco de Icaza.

----------------------
Berbalik kepada Kdrama Memories of the Alhambra, drama ni baru je start 1 Disember, baru 2 episod. 
 

Memang best lah drama ni. Hero - Hyun Bin, heroine - Park Shin Hye. Sapa hero, sapa heroin, tak kisah sangat, I'm more to the drama plot. Kalau plot menarik, memang layan sampai habis. Drama ni tentang IT, computer programmer, computer games, cinta, misteri. 

Episod 1 pun dah best, terutama tentang Augmented Reality (AR). Kita selalu dengar Virtual Reality (VR), AR ni baru first time dengar, ke saya yang ketinggalan...hehe..

Augmented reality (AR) is an interactive experience of a real-world environment where the objects that reside in the real-world are "augmented" by computer-generated perceptual information, sometimes across multiple sensory modalities, including visual, auditory, haptic, somatosensory and olfactory.The primary value of augmented reality is that it brings components of the digital world into a person's perception of the real world.
 
Dalam voice over, hero cakap ramai yang datang ke Granada nak tengok  Alhambra tapi dia datang nak tengok magik. Tetiba datang askar berbaju besi naik kuda dan monumen patung bergerak menghunus pedang pada hero. Rupa-rupanya hero pakai contact lense yang boleh display AR imej. Real sungguh efek CGI dalam drama nih.


hero berlawan dengan panglima kerajaan Nasrid
dalam AR game

Apa lagi yang best? sudah semestilah Granada yang cantik, the narrow cobblestone alley, the Moorish architecture, I likee..

heroin sebagai pemilik Hostal Bonito, hero sebagai tetamu hostel
cari adik heroin yg cipta computer game
  
 suka tengok skuter warna merah tu, heroin punya

side table warna pink

lorong-lorong kecik beralaskan cobblestone

So far, so good. Episod 2 belum habis tengok lagi. Jom explore Granada bersama Hyun Bin dan PSH. Mungkin lepas ni ke Spain kita..huhu..

Recommended for viewing. Adioss..

31 comments:

  1. wah hyun bin dengan Park shin hye... best mereka berdua berlakon ni.. cerita korea ni best sambil mengikuti plot cerita sambil kita mengikuti keindahan yang mereka tayangkan dalam drama. Sebab tu kalau drama best rasa macam nak pergi lokasi drama tersebut dek penangan Kdrama... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, plot menarik sambil cinematografi yg cantik, mmg layan..drama lain tkde pulak teringin nak gi lokasi shooting, Kdrama ni mmg hebat penangannya..

      Delete
  2. memang sangat menyedihkan bila mengenang kejatuhan Islam..

    sehingga sekarang umat Islam sedaya upaya untuk bangkit kembali.

    mungkin bukan generasi kita..

    harapan agar generasi selepas kita ..

    in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saja jatuh, byk ilmu dan ciptaan umat Islam dicedok oleh org2 Barat..janji Allah itu pasti, umat Islam akan bangkit semula tapi umat Islam bhg mana..wallahuálam..

      Delete
    2. Umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar akan bangkit...

      kita bangkit untuk solat subuh berjemaah sudah dikira kejayaan besar.

      selagi solat subuh berjemaah tidak seperti solat Jumaat maka lama lagilah Islam akan bangkit pada zaman kegemilangannya

      Delete
    3. musuh2 Islam sentiasa merancang utk melemahkan, melalaikan umat Islam...dakwah yg berterusan & istiqomah dlm ajaran Islam mampu menangkis serangan musuh dan menjadikan islam itu kuat..

      Delete
  3. Replies
    1. wahh..Pok Li peminat kdrama jg...memang betul, kdrama ni menarik, banyak genre..

      Delete
  4. Begitu sekali mereka memperingatinya. Sedih menengoknya.

    Wah! nak tengok jugaklah cerita ni. Suka Park Shin Hye tapi Hyun Bin kurenggg sikit minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka bergembira, kita berduka..
      plot menarik, hero-heroin tk kisah sgt, so far hero oklah..hihi..

      Delete
  5. SEBAKMENGENANGKAN KEJATUHAN ISLAM ANDALUSIA..INSYAAALLAH ZAMAN GEMILANG AKAN BANGKIT SEMULA..MENARIK DRAMA NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. di saat Eropah dlm era dark ages, kerajaan Andalusia bersinar terang...musuh sentiasa ingin menjatuhkan Islam..janji Allah itu pasti, Islam akan bangkit kembali..

      Delete
  6. Wah ada Park Shin Hye, kena tengok ni 😄

    ReplyDelete
  7. JM suka kedua-dua pelakon ni..CH TVN eh..bersiaran jam berapa ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari Sabtu & Ahad..tapi kat tv mcm takde..

      Delete
  8. perhhhh terbaik ni.... kena cari.
    habis skolah kita tgk ....

    kakak tlg download pls. hihihihi

    ReplyDelete
  9. Tak tengok lagi drama nie.. tunggu sampai episod akhir baru tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh habis tayang baru tengok, best gak..tak yah tunggu setiap minggu...stress gak tunggu nih..

      Delete
    2. Tu yang Sha selalu tunggu sampai habis episod.. sebab strees tu nak tunggu next episod keluar kalau tengok sekarang.. kikiki..

      Delete
    3. tak sabar nk tengok drama ni bila tgk tajuk dia...hehe...

      Delete
    4. Sha teruja nak tengok disebabkan tajuk dan trailer dia.. memang menahan diri je tunggu sampai episod last baru nak tengok.. kikiki..

      Delete
    5. Tahun depan la baru dpt tengok sbb 16 episod..lama lg tu..huhu..

      Delete
  10. Wow ada elemen AG dalam drama ni eh sis... kena skodeng jugak drama ni, menarik ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik..sbb ada AR..ep 4 nmpk mcm dah nak start merungkai misteri..(Baru tengok teaser)..

      Delete
  11. memang best cite ni. kalau lah game yang hero ni main ni memang ada..memang nak try main game tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan..tapi org lain tengok mcm pelik je..hihi..

      Delete
  12. yg sedih tu banyak org islam dibunuh... sayunya. sy tak tgk drama korea hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sayu mngenangkan sejarah hitam umat Islam di Andalusia..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!