Tuesday 24 November 2020

Military Thriller : Search (2020)

Assalamualaikum, semua...

Writer's block lately. Takde idea nak tulis apa. oklah, kita review kdrama Search yang baru habis ditonton, genre military thriller..yang bikin jantung copot-copot.. suspense nya drama ni...daebak, awesome sungguh..

 
 
Cuma 10 episod, tapi memang terbaiklah, padat dan tightly written plot. Antara kdrama genre military yang enjoyable selain Descendants of the Sun dan Crash Landing on You.

Sinopsis

Lokasi drama mainly di kawasan Demilitarized Zone (DMZ) di sempadan negara Korea Utara dan Korea Selatan. Drama bermula dengan operasi tentera Korea Selatan yang diketuai oleh Kapten Jo di sektor 21 DMZ pada tahun 1997. Mereka bertembung dengan seorang penyelidik nuklear wanita Korea Utara dan bayi perempuan dia, yang nak berpaling tadah ke Korea Selatan. 

Wanita tersebut sempat menyerahkan bayi dia kepada tentera Korea Selatan. Tetiba datang sekumpulan tentera Korea Utara, mengugut penyelidik wanita tersebut. Kedua-dua belah tentera acu senapang ke arah satu sama lain. Situasi yang sangat tegang. Tiba-tiba ada seorang tentera melepaskan tembakan, diakhirnya, nampak macam semua terbunuh. tapi sebenarnya 5 orang askar terselamat, 4 dari Korea Selatan, seorang dari Korea Utara yang jadi culprit pembawa radioaktif dan juga bayi perempuan korea utara tu.

Kembali ke tahun 2020, seorang tentera, Corporal Oh hilang di kawasan DMZ. Search team diwujudkan untuk mencari Corporal Oh. Bila mayat Corporal Oh dijumpai dan dibawa ke makmal, mayat tersebut kembali hidup, jadi mutant menyerang Son Ye Rim, salah seorang anggota Search team. Search team kemudian kembali ke hutan untuk menangkap 'host' pembawa virus mutant dan cerita sebenar insiden tahun 1997 terbongkar bila camcorder dijumpai.

  Sarjan Yong Dong Jin, dog handler dalam Search team

Memang menarik drama ni, gabungan misteri mutant, military operation, sifat tamak jawatan, kebenaran yang diseleweng, hubungan ayah dan anak. Pertama kali tengok drone askar yang canggih.

 search team

Puas hati dengan ending drama, wrap up dengan baik sekali.

Recommended untuk ditonton.

56 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh tahu kdrama ni boleh ditonton di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh tonton di dramacool.so, iqiyi website..

      Delete
  2. Macam menarik. Boleh cari nanti. :)

    ReplyDelete
  3. cerita korea ni mmg boleh addicted kan.

    ReplyDelete
  4. Pendek cerita tapi cepat habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm ni best, episod sikit, cerita on point, takdelah drag, ntah pape plot line..

      Delete
  5. Cerita military mesti best banyak suspen. Lahh ingatkan D.O EXO yang tengah dalam poster tu. baru nak excited tengok sebab biasanya dia banyak juga berlakon dalam military thriller. Rupanya bukan. Okay, boleh juga tengok ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..cerita askar2 ni kena suspense, baru best..oo yang tu hero dia Jang Dong Yoon...best gak dia berlakon, dlm drama Tale of Nokdu, dia jadi pompuan..kelakar giler..

      Delete
    2. Terus google Tale of Nokdu. Cerita klasik rupanya. Okay baiklah, boleh cuba cuba tengok nanti :)

      Delete
    3. ha'ah..Tale of Nokdu cerita zaman dulu2..tapi best citer dia..

      Delete
  6. Yg suka layan drama korea ni anak2 ppuan saya, kalo dorg jumpa ni mesti nak tengok, better jgn kasi tau,hagaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..susah kalau dah terminat kdrama ni, mcm ketagih..sbb kdrama ni best dia lain mcm sikit..haha..

      Delete
  7. ooh ada zombie erk., wak kureng sikit ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. adegan zombie tu sikit je wak..95% drama ni ttg operasi tentera..seriously best citer ni..

      Delete
  8. Ah mengulas soal militer, hal baru yang saya lihat di blog ini, keren. apakah ada sub titelnya?. Di youtube ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ada english sub titel..boleh nonton di website dramacool.so atau iqiyi...or taip saja di google, akan ada jumpa banyak websites..di youtube, ngga pasti ada..

      Delete
    2. oh siap, terima kasih banyak atas informasinya, salam.

      Delete
    3. sama2, selamat menonton!

      Delete
  9. Drama Korea, filem korea, kini banyak dibincangkan, semakin meningkat sahaja popularty mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama, movie nya mantap sekali, berjaya tarik minat internasional..

      Delete
  10. Hensemnya askar. Ku rela ditembak. Eh. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiiiii Sal. Akak nak join sama boleh hehehe

      Delete
    2. hahaha..memang hensem2 semua Search team member..

      Delete
  11. Sudah masuk senarai tontonan. Thanks, kak 😊

    ReplyDelete
  12. eheh nak tngk citer ni sebab hero dia yang berlakon Nokdu tu kan..
    comeyyy.. citer serious saya jrang tngk. tp sb hero dia saya suka.. nk tngk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, yg berlakon citer Nokdu..budak kecik pompuan dlm Nokdu tu pun ada berlakon sama..kiranya reunion depa berdua..hehe..

      Delete
    2. ohooo budak tu hehehe.. gedik betul dia dalam Nokdu. rasa nak
      ketuk2.. kalah prempuan betul. belum download lg citer ni. sy skrng xdak mood nk tngk kdrama. nntla pasang gear..

      Delete
    3. ha'ah rasa mcm over je dia dlm Tale of Nokdu, tak padan dgn kecik..dlm drama ni pun dia suka kat Jang Dong Yoon, siap jealous kt nurse..nampaklah sikit2 kegedikan dia..kesian lak kt budak ni, asik dpt watak budak kecik yg gedik je..hehe..

      Delete
    4. sekrg ni akk pun dh kurang nonton kdrama..dua drama je tgk sampai habis - Search & Stranger 2..Start Up separuh jln..lbh suka tgk program realiti & dokumentari + drama cina..hehe..

      Delete
  13. Macam menarik. Boleh cari nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi akk, best drama ni..genre action thriller..

      Delete
  14. akak ada masalah nak bezakan wajah2 org korea ni...sama ja muka dia org haha

    ReplyDelete
  15. Aduhaiiiii ni yang tak senang duduk ni. Kena cari kena search lah. Depa kalau buat cerita perang memang nampak real kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..nmpk mcm real je berlakon jd askar..

      Delete
  16. Memang best.. suka Sha sebab siri pendek, padat dan ngam ending dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..cerita ni tak dragging, rasa cukup je 10 episod tu..

      Delete
  17. Wah nanti boleh tengok sesama dengan hubby.

    ReplyDelete
  18. Uihh macam best ja ni, boleh layan nanti 😎

    ReplyDelete
  19. Macam best je nohas..nnt blh tgk..

    ReplyDelete
  20. Sori x berapa panjang mcm ni yg mama suka

    ReplyDelete
  21. im done wit korean drama haha mau fokus dgn anime ja hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh kurang tgk drama korea..layan drama cina pulak..hihi..

      Delete
  22. Wah mayat tu bangkit balik? Citer zombi ke ni? Menarik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..mayat hidup balik..ada sikit2 je zombi..majoriti ttg operasi tentera..

      Delete
  23. dh lama tak tgk cerita military.. macam menarik jln cerita ni

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!