Thursday 23 December 2021

Kuih-muih Melayu dan Luar Negara

Salam malam Jumaat..

Belek-belek galeri gambar, tengok ada lagi gambar tahun lepas. Snap gambar dalam majalah travel360 masa pergi Kuala Terengganu, kali terakhir naik flight sebelum pandemik melanda. Lamanya tak naik flight Air Asia..rindu kerusi sempit kaler merah..

Gambar makanan. Satu gambar dah selamat buat entry. Pulut Tai-Tai..tekan sini untuk baca my post.

Yang tinggal gambar kuih-muih overseas. Jom kenali kuih menarik dari 4 negara.

Khanom Chan - Thailand
daripada beras, ubi kayu, tepung arrowroot
dua lapisan ada dua perisa - jasmin dan pandan
 
Muhallebi - Turki
puding susu -  makanan popular di zaman Empayar Othmaniyyah
 
Ube Halaya - Filipina
daripada keladi, santan dan gula
 
Peda - India
daripada kekacang, herba dan susu
 
kuih-muih tradisional juga tidak kurang sedapnya..
 
pulut inti & pulut serunding
 
ngences nih..kuih dangai pun ada
 
Yang ni semua snap gambar di bazaar Ramadan..

26 comments:

  1. Tekak melayu, cintanya pada kuih melayu. Saya gemar kuih pulut tu 😁

    ReplyDelete
  2. kuih muih obersee tu mmg x pernah la try lagi kan...
    yang kuih muih mlayu tu pun x semua kita makan...

    tapi kita pun rindu kusi merah sempit air asia tu haaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..bila lah nak terbang lama2, duduk kt kerusi merah sempit tu..

      kat pasar malam banyak jual kuih muih tradisional tapi pasar malam pun tak buka lagi..huhu..

      Delete
  3. aneka kuih Melayu sedap2 belaka kan

    ReplyDelete
  4. sekali-sekala nak gak try kuih overseas.... namun yg sedap tetap kuih tradisonal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih tradisional tetap juara..kalau berada di negara luar, nak jg try makanan mereka..tapi itulah takut tak halalan toyyiban.

      Delete
  5. Sedapnya pulut inti pulut serunding tu, kuih filipina tu keladi santan gula nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulut inti & serunding the best! nmpk sedap kan ube halaya..

      Delete
  6. Terlioq tengok kuih-muih tradisi kita 😋😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih tradisional juga yg sedap..sentiasa relevan sepjg zaman..

      Delete
  7. Filipina tu tak nampak macam kuih pun kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak makan, kena guna sudu..kuih in the balang..

      Delete
  8. Warna-warna terang dan ceria khanom chan. Cantik pula corak.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. shoot photo time bulan puasa..hehe..banyak jenis yg dijual..

      Delete
  10. Sedapnya pulut serunding dengan tepung gomak tu.. my feveret..
    Kuih Khanom Chan dari Thailand tu cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih muih tradisional kegemaran ramai....khanom chan mcm jelly..

      Delete
  11. kuih tradisional oversea tu menarik juga. Tapi lagi tertarik dengan pulut inti dan pulut serunding tu.

    ReplyDelete
  12. Rindunya naik flight pastu bacalah magazine travel360 tu tak habis-habis if flight lama dan mata tak leh tido. Saya suka kuih dangai. Harap tahun depan Ramadan tak PKP. Boleh pergi bazar

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tahun depan dapatlah kita terbang lebih jauh...feveret ni kuih dangai..semoga tahun depan suasana lebih baik..amiin..

      Delete
  13. Filipina pun pnggil ubi tu ube..

    Dangai bestnya.. Yg beli kat KL ni byk yg lemau liat camna ntah nak ckp

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..lbh kurang sama sebutannya..serumpun..

      dangai best..kalau lembut digigit..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!