Sunday 7 February 2021

Drama China yang buat kita rasa nak jadi e-sports gamer...haha!

Nihao...selamat berhujung minggu..

Review drama dari negara China Mainland. Sekarang ni banyak layan drama cina. Drama mereka ada yang best dan yang penting, ada substance, motivation, at least, we can learn something from the drama, menambah pengetahuan am...I like..

Antara drama yang best ialah yang bertema computer, tentang programming, e-sports, diselit dengan kisah percintaan, persahabatan, persaingan, games competition. Seronok tengok games yang ada banyak karakter, view yang cantik. 

Kurang tahu tentang e-sports, computer games semua ni, cuma pernah dengar PUBG, Dota 2. Tak pernah main live games yang melibatkan ramai players..yang dipanggil MMORG..massively multiplayer online role-playing game.

Esports (also known as electronic sports, e-sports, or eSports) is a form of sport competition using video games. Esports often takes the form of organized, multiplayer video game competitions, particularly between professional players, individually or as teams.  By the 2010s, esports was a significant factor in the video game industry, with many game developers actively designing and providing funding for tournaments and other events.

Meh tengok review drama yang bergenre e-sports, yang ada MMORG..

Love O2O (drama)

 

Drama tentang hubungan online membawa kepada hubungan offline, kehidupan pelajar di universiti, di dorm dan di akhir-akhir episod, tentang alam pekerjaan. Heroin, Bei Wei Wei, pelajar tahun 2 kursus sains komputer di Qing University. Seorang yang bijak, bercita-cita nak jadi game designer. Dia juga top 10 player untuk computer game 'A Chinese Ghost Story'. Dia guna web ID Luwei Wei Wei.
 
Hero, Xiao Nai, pelajar tahun akhir kursus yang sama di universiti yang sama. Dia ialah player No. 1 dalam game yang sama. Dia guna web ID Yixiao Naihe. Mak bapak professor di university yang sama. Seorang yang sangat handsome, pandai main basketball dan swimming, sudah tentulah menjadi pujaan pelajar-pelajar wanita di kampus. Tapi dia ni jenis 'nerd', tak layan semua tu.

  

watak Luwei Wei Wei dan Yixiao Naihe dalam game

Dalam game A Chinese Ghost Story, ada ramai players. Kebanyakan players tak kenal antara satu sama lain, cuma kenal secara online dengan web ID masing-masing. Hero dengan dormmates dia satu kumpulan dalam game tu.

Satu hari, kawan player heroin minta tolong untuk satu task dalam game, tiba-tiba laptop heroin rosak. Lepas hantar laptop, dia ke internet cafe untuk sambung main game. Masa ni lah hero ternampak heroin tengah kusyuk main game, tengok dari belakang. Dia kenal ID heroin sebab Luwei Wei Wei seorang saja perempuan  top 10 player. Dia berminat nak berkenalan dengan heroin dalam game.

Dalam game tu, Luwei Wei Wei kena cerai dengan suami online dia, Wuxiang. Hero (Yixiao Naihe) approach Luwei Wei Wei, ajak kahwin dengan dia dalam game. Berdating, bercinta dalam game, kat luar tak approach pun heroin. tengok dari jauh je..haha..yang heroin pulak tak tahu suami online dia tu lah yang dia dan dormmates dok 'fangirling' kat kampus.

Bila hero ajak jumpa offline dan declare their relationship, fuhh..sweet sungguh, bikin our heart flutter..hehe. Tapi bestlah drama ni..macamana hero & friends tubuh company, develop computer game, nak bagi game tu less than 1GB, fluidity, compatibility. Visual effect dalam games tu memang cantik.

Yang berlakon jadi hero, nama dia Yang Yang..memang handsome betul..haha...University dalam drama ni memang sangat awesome..Shanghai Shongjiang University Town..menarik kampus dia..

Love O2O (movie)

 

Jalan cerita lebih kurang sama dengan drama series, tapi sebab movie, lebih compact. Tapi best juga. Heroin dia, pelakon nama Angelababy.

 

Yixiao Naihe dan Luwei Wei Wei versi movie

The King's Avatar

 
Hero dalam drama ni sama dengan hero Love O2O - Yang Yang. Drama ni lagi ramai players dan team e-sports.

Kisah mengenai Ye Xiu, kapten team Jia Shi, sebuah kumpulan e-sports, yang dipecat oleh syarikat, kemudian bekerja sebagai operation manager di internet cafe bernama Happy. Ye Xiu ialah top-tier player untuk game 'Glory'.

Dia kembali semula dalam game Glory dengan web ID 'Lord Grim'. Sebab dia terer, dia cepat dikenali dan ramai musuh dalam game. Dengan bantuan tuanpunya internet cafe, dia tubuh kumpulan e-sport, Happy. Macam2 karakter game ada - launcher, blade master, sharpshooter, ghost blade..

Drama ni best sebab boleh tengok kesungguhan kumpulan2 esports, ada training, tempat training pun best. Ada esports competition.

Go Go Squid


Drama lebih kurang sama dengan the King's Avatar. Hero tak puas hati dengan group dia, tubuh group baru. Tempat training mereka sangat best. Heroin pula  pelajar master kursus sains komputer. Heroin jatuh cinta pandang pertama dengan hero, masa hero datang ke internet cafe sepupu heroin. dia asyik la kejar hero...for me, kurang gemar karakter heroin - mcm childish, clingy and annoying..

Just go for the computer thing, information security competition about cyber security, artificial intelligent, yang lain-lain tu skip je, fast-forward if possible. Ada scene di water town, I like. Go Go Squid ni ada season 2..

Gank Your Heart 

Menonton drama ni selepas Tiara Sapphire suggest dalam ruangan komen. The verdict, I like it, like it..


Cerita mengenai hero, Ji Xiang Kong, ketua kumpulan e-sports Legends, yang terpaksa letak jawatan kerana masalah dalam company. Dia kemudian join group Wei Teng (VNL) tapi kena khianat dengan ahli group sendiri. Akhirnya, tubuh group sendiri. Heroin pula pengacara video online yang terpaksa jadi e-sports commentator atas arahan boss dia. Disebabkan kurang pengetahuan tentang e-sports, dia menghadapi banyak masalah. Hero dan heroin bertemu pertama kali di pertandingan e-sport iConquer di Vancouver.

Pada mulanya mereka bermusuh, banyak masalah. Hero ingat heroin ni nak ambik kesempatan untuk naikkan rating video. Disebabkan satu video fake yang dimuatnaik mengenai insiden yang melibatkan group hero, heroin diberhentikan kerja. Bila kes ni dapat diselesaikan, hero dan heroin berdamai. Heroin bangkit semula dari bawah, main game untuk memahirkan diri untuk jadi e-sports commentator. Hero dan heroin saling support satu sama lain untuk berjaya ke peringkat antarabangsa. Drama ni berkisar tentang e-sports, competition, persahabatan, keluarga, percintaan, personal growth, motivasi, bagaimana ahli kumpulan yang berbeza karakter bergabung untuk mencapai juara dunia. Dan ada shooting di Disneyland Shanghai...
 
 
Inilah lima drama/movie China yang best untuk mengenali dunia e-sports. Walaupun bukan gamer, menonton drama genre ni buat kita rasa teruja. Pilihan saya - Love O2O dan Gank Your Heart..

Recommended for viewing..happy binge-ing..

34 comments:

  1. wahh jiwa muda mudi mak bukit nih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..suka tengok genre computer dlm drama2 ni..rasa motivated nk jd terer mcm mereka..haha..

      Delete
  2. Tidak pernah tengok lagi genre cerita begini.
    Wah Nohas ada masa tengok siri-siri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok since last year..slow2 tengok..first at random je tengok drama Love O2O..rasa mcm best je genre ni, baru tengok yg lain2..hehe..

      Delete
  3. Drama first tu dari online ke offline macam dah banyak berlaku. berjodoh. Bila dah terjebak tengok cerita genre macam ni, terus macama suka pulak kan. Lama betul tak layan drama cina ni. Last zaman sekolah dulu-dulu kat TV :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama first tu terbalik, hero dah nmpk heroin offline dulu, baru approach online..genre yg menarik mmg seronok layan...drama cina mainland ada yg menarik..give it a try..

      Delete
    2. Ohh tersilap pemahaman pulak. effort jugak tu mencari online sampai jumpa :)

      Delete
    3. hehe..depa main game yg sama..heroin ni femes dlm game tu sbb tu bila hero nmpk dia main game, dia otomatik kenal karakter heroin..gitulah kisahnya..hehe..

      Delete
  4. KISAH ERA DIGITAL NI N MEMANG SEDANG BERLAKU PADA MUDA2 YG SUKAKAN GAME ONLLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak muda mmg suka main komputer game..anak ofismate sampai tak tidur, main live game..

      Delete
  5. Tengah layan drama-daram Korea, yang Cina belum usik lagi. Tapi best juga sinopsis ceritanya. Tak kisah tema apa, yang penting plot menarik, dan ada mesej yang jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..suka drama yg ada tema yg best mcm esports ni..dapat belajar benda baru..

      Delete
  6. dah lama x tgk drama2 cina or HK...
    kena cari mood balik nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama2 cina mainland ada best..tengok suasana cina pula, dah letih dgn korea..hihi..

      Delete
  7. ada lagi 1 drama pasal gamer, Gank Your Heart..
    dah semua drama ni, my favourite Love O2O dan Go Go Squid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xie xie..nak pi nonton Gank Your Heart pulak..Love O2O mmg best, both drama & movie..GGS tu quite annoying heroin dia..byk gak fastforward..hehe..

      Delete
  8. Drama Love O2O tu nampak nest jalan ceritanya!!!

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. drama first tu hero dia perfect sungguh..hihi..

      Delete
  10. wak drama melayu pun tak sempat tenguk
    apatah lagi drama cina.

    ReplyDelete
  11. Teringin nak marathon balik cerita cina. Huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended..jom tengok cerita cina mainland..

      Delete
  12. Ooo.. orang muda suka kot tengok cerita camni. Bahaya jadi gamer ni. Boleh tak makan. Kalau makan pun depan computer. Main game pulak, emotional habis. Cerita nombor 1 tu menarik, yang versi filem boleh juga layan. Kalau drama bersiri, sudah sikit kot nak habis tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok drama mcm ni rasa motivated..ha'ah..boleh addicted kalau jd gamer ni..

      dua2 versi mmg best..layan youtube je..

      Delete
  13. Assalamualaikum.
    Nak dekat2 CNY ni memang feeling betul kalau dpt tengok cerita chinese. ehehhe. saya suka cerita chinese yang kungfu2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      genre kungfu2 best jg..suka layan Ipman, Jet Li..yg dari hongkong, kurang sikit..

      Delete
  14. alaaa kurang layan drama yg jenis cinta2 ni. suka yg fighting tp kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. genre fighting2 pun best...yg minat gaming, sesuai sgt drama2 kt atas tu..

      Delete
    2. ohh sesuai utk gaming patut la. hehe

      Delete
    3. semua drama tu genre online games/ e-sports..

      Delete
  15. Sha tak boleh move on betul dengan Love O2O tu.. sweet dan bestlah.. Yang lajn2 tu tak berkesempatan lagi nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sweet giler..kalau jd girlfriend hero tu, boleh sakit jantung dibuatnya..haha...second best - Gank Your Heart..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!