Tuesday 6 April 2021

Ada apa di Jalan Raja Laut?

Assalamualaikum, semua..

Tak lama lagi, company akan berpindah ke premis baru, InshaaAllah. Tak bestnya..sebab lokasi pejabat sekarang sangat strategik..dekat dengan rumah, jalan pun tak jem, banyak pilihan tempat makan murah, dekat dengan banyak bank...dekat dengan stesen LRT..apakan daya, ikut je lah..

Entry kenang-kenangan kawasan sekitar pejabat. Lokasi pejabat sekarang disimpang Jalan Sultan Ismail/Jalan Raja Laut. Jalan Raja Laut ni berhantu...terutama bagi kanak-kanak...haha!..

Sebabnya? 

Banyak sangat kedai borong jual barang mainan kanak-kanak di sepanjang jalan ni, start dari jejantas depan Hong Leong Bank, sampai simpang Jalan Chow Kit.

Berderet kedai borong. Disepanjang jalan, dua-dua belah, dari jauh dah nampak basikal, kereta..bisa buntang mata nengoknya..

 

hari cuti, hari minggu, berderet kereta parking tepi jalan
ramai yang borong barang mainan

kiri kanan kedai borong

 dulu teruk keadaan kedai ni, run down, ramai gelandangan tidur di kaki lima
sekarang dah jadi kedai mainan

 

dulunya kedai coklat, dah tukar kedai mainan
 
good business
 
banyak jual basikal

basikal lagi
 
motosikal kecik
 
kereta kecik
 


The more, the merrier. Persaingan hebat.

36 comments:

  1. owh banyak betul perubahan di Jalan Raja Laut skrg ye... tahun2 70-an dan 80-an takut nak lalu situ sorang2 lebih2 lagi perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ye ke kak, banyak gangster ke?..sekrg dah ok..byk kedai..

      Delete
  2. Oh kena pindah. Memang strategik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lokasi strategik..itulah malas nak pindah..huhu..

      Delete
  3. wak pon dh lama x lalu jln raja laut ni dgrnye dh tukar nama.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tukar Wak..still maintain..

      Delete
    2. btolla tu sbb mmg dh nama raja kann., khanns ;p

      Delete
    3. ya, betul...raja laut tu gelaran utk anak Sultan Selangor dulu..

      Delete
  4. memang busy Jalan Raja Laut tu kan..mesti banyak kenangan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. one of jalan utama di KL..ha'ah..banyak kenangan..

      Delete
  5. Raja Laut tu ada sejarahnya.. Saya pun dah lupa. Kena Google semula untuk ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn chowkit & kpg baru mmg byk sejarah..antara penempatan terawal di kuala lumpur..

      Delete
  6. jalan raja laut kekal namanya kan xjadi tukar

    ReplyDelete
  7. wah dah macam-macam rupanya jalan raja laut. lamanya tak jalan KL...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk perubahan..bagus jg ada kedai borong ni semua, boleh revive business di sini..

      Delete
  8. Takpe kak..orang kata pindah bangunan baru some sort of company upgrading. Kita pun tak lama lg pencen..this new place untuk pelapis muda sebenarnya...
    Jalan Raja Laut dalam kenangan...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..utk generasi muda, kita yg veteran ni, setakat 2-3 tahun lg nak kerja..pindah pun masih jalan yg sama, cuma suasana berbeza..

      Delete
  9. Apakan daya, terpaksa pindah jugak kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..redho je lah..hopefully happy di premis baru..hehe..

      Delete
  10. Meriah jalan raja laut ni. Sentiasa meriah dengan manusia dan kenderaan. Selamat berpindah ke tempat baru kaka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah..siang malam..jalan utama di KL..

      Delete
  11. Teringat filem tajuk raja laut..kalau tak silap lakonan ed osmera

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..ada filem tajuk sama..kisah tentera & lanun di laut..

      Delete
  12. Jalan Raja Laut byk betul kedai mainan. Budak2 buntang mata la kalau lalu.
    kalau opis kita dah selesa persekitaran, mmg mls betul rasa nk pindah. harap tempat baru pun best jugak. Yang penting jgn la terlalu jauh dari rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg banyak di sepjg jalan dan lorong2 belakangnya - Lorong Haji Taib, byk jg kedai borong..

      betul, dah best suasana di sini..ofis baru jalan yg sama jg tapi kwsn upmarket sikit..dekat2 Bukit Bintang..

      Delete
  13. Tak pernah ke sini nohas :)
    kalau bawa si maryam jenuh..hahahaa slg xdapat xblk ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bersedia kalau bawa budak2..hehe..banyak attraction..

      Delete
  14. Pergh!! Syurga buat kekanak nie.. bahagia kalau mereka lalu sini.. hahaha..

    ReplyDelete
  15. Mudah lepas ni nk pi kerja heheh.. shopping sakan la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. office baru dekat dgn Pavilion..akhir bulan poket kempis..haha..

      Delete
  16. Dah bertahun-tahun tak ke sana. Meriah, ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah..kiri kanan org beli barang mainan..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!