Sunday 4 April 2021

Drama China yang ada sebut 'buah durian'..

Assalamualaikum..nihao...

Sapa suka makan durian? mesti ramai kan...raja buah ni..tak sangka popular di negara China, sampaikan dalam drama mereka pun ada disebut...

Selain Malaysia, negara Thailand dan Indonesia juga mengeksport buah durian ke negara China.

80 sen je selonggok..

Tergelak teman bila tengok pelakon China sebut buah durian. Yelah kan, buah yang sangat biasa dengan masyarakat kita. Dalam drama Melayu pun jarang ada dialog/scene tentang buah durian..ke ada? ke sebab teman jarang tengok drama Melayu sebab tu tak pernah come across...huhu..

"Durian" ialah diantara bahasa Melayu yang diterimapakai di peringkat antarabangsa..selain rambutan..  

Jom tengok sedutan drama China Mainland yang ada mentioned tentang raja buah ni..mostly in a creative way..

 

1. Pizza Durian Cheese - drama You Are My Destiny

Dalam drama ni, heroin baru tahu dia mengandung, dia test pregnancy-kit kat tandas restoran ni..

Pada masa yang sama, seorang food vlogger tengah buat food review menu baru restoran tu iaitu piza keju durian...wahh cannot imagine durian + keju..haha...

 vlogger tengah buat review  
     
 
dia interview heroin - dah try ke piza durian keju

heroin bukannya sakit, dia tengah confuse sbb dia baru tahu yang dia pregnant
 

2. Nasi goreng - drama Prince of Tennis

Durian dalam nasi goreng? huhu...

 

 Cara-cara memasak. Beria ayah Lu Xia ni explain.
 

Muka masing-masing dah cuak..


Tak lalu den. kalau pulut durian, boleh tahan lagi. Arwah ayah dulu suka makan durian dengan nasi. Kalau sambal tempoyak, gulai tempoyak ke, memang favourite, laju je suap...durian mentah memang no-no lah..

3. Drama My Love, Enlighten Me

Dalam drama ni, masa break-up, hero teringat-ingat kat heroin. 

Salah satunya masa heroin beli buah durian. Dia tanya kat hero, boleh ke nak simpan durian dalam peti ais. Heroin saja mengusik hero sebab hero jenis yang strict, berdisplin, health-conscious, prim & proper..

aiyoo..mau berbau satu fridge..durian flavour..

So far, tiga drama China ni yang saya nonton yang ada sebut buah durian..mungkin ada lagi yang lain..hehe..

Entry santai di petang hari..

36 comments:

  1. Sama laaa areah parent mmg suka makan nasi ngan durian gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ye ke..ramai gak yg suka makan nasi dgn durian..

      Delete
  2. hehe pantang peti ais berbau durian

    ReplyDelete
  3. Dahulu suka makan nasi dengan durian, sekarang tidak.
    Haah perasan durian dan rambutan tiada alih bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..tak pernah try makan nasi dgn durian..dua buah ni mmg takde dlm bhs inggeris..guna bhs melayu..

      Delete
  4. Durian letak dlm budu,campur cili padi...

    ReplyDelete
  5. Hebat DURIAN..Dari Malaysia ke serata dunia.. 😃😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah tropika yg terkenal..negara Asia Tenggara pengeksport terbesar..

      Delete
  6. durian makan dgn nasi goreng sedap juga

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. femes durian..mat saleh tk tahan baunya..

      Delete
  8. sedap makan durian dengan nasi panas-panas tumbukan lada merah gaul sekali dengan durian....sedap. Menambah-nambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ye ke..tak pernah try makan dgn nasi..tempoyak pernah..

      Delete
  9. Kita tengah cari drama the K2 dengan Healer...hero yang sama...netfx takde so cari la kat ytiub..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 drama tu tak habis tengok..yg habis - drama Empress Ki..hero yg sama..

      Delete
  10. simpan dalam peti ais dengan syarat kopek elok elok masuk tupperware...kalau bekas jernih biasa tu...bau dia boleh gak keluar. nanti semua makanan dalam tu lekat bau durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena simpan dlm bekas kedap udara, kalau tak mmg semerbak baunya...nanti bekas tu pulak lekat bau durian..huhu..kena bekas khas utk buah ni..

      Delete
  11. Serius lah dia buat nasi goreng letak durian. Rasa excited lain macam kalau orang luar sebut durian ni. Terasa Malaysia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm drama ni bapa Lu Xia tu gila2 sikit perangainya, mcm2 experimen dia buat..

      betul..rasa excited tgk org luar mention buah durian..hehe..

      Delete
  12. Maksudnya orang sana suka makan durian la kan.
    Khabarnya ketat proses nak eksport durian ke sana.

    Teringat masa ke Guangzhou, nampak gerai jual durian saiz besar.
    Terkejut dan kelakar jugak tengok durian ada kat sana. Nak tanya harga, malas pulak nak berbahasa ayam itik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. China pengimport terbesar durian Malaysia...dulu export isi durian je, sekrg dh boleh export buah durian...prnah terbaca yg mereka nak tanam sendiri pokok durian di Pulau Hainan..yg iklimnya sama dgn Malaysia..

      itulah kan..curios nak tau harga durian di sana..masa di Xi'an nampak depa jual isi durian yg dah di pack..



      Delete
  13. uwuuuu..tumpang excited! hahahah..macam mana lahhh rasa nasi goreng durian tu ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cannot go lah, makan isi durian dgn nasi..kalau tempoyak, boleh diterima..

      Delete
  14. lama tak makan durian, rindu pulak

    ReplyDelete
  15. uihhh mcm2 dgn durian ni..yg shida pernah mkn..bubur durian dgn cucur durian..lain2 blm pernah cuba heheee..

    ReplyDelete
  16. Kawan saya pun makan durian dengan nasi..
    bila durian menguasai dunia.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempoyak boleh lg, kalau buah durian yg manis tu..mmg tak lalu..
      org China depa tahan, omputih je tak tahan bau durian..

      Delete
  17. Hehe.. pelik tu, durian dalam nasi goreng.
    Pernah makan durian dengan nasi putih. Sedap, macam tempoyak la jugak. Campur isi durian dengan budu dan cili api. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian bakar bubuh dlm nasi goreng..
      tempoyak boleh lg, tapi isi durian yg manis tu, tak pernah lg makan dgn nasi putih..

      Delete
  18. tetiba teringat peserta masterchef buat nasi goreng durian utk episod durian...teruk jugak ah kena hentam lol. kesian juri kena makan benda pelik2

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!