Friday 23 April 2021

Melayan Ramadhan

Assalamualaikum, salam Jumaat..

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-11 bulan Ramadhan. Dah 11 hari kita berpuasa. Bagaimanakah kita melayan Ramadhan?

Artikel dibawah ni ditulis oleh saudara Hilal Asyraf. Saya baca entry ni dalam blog beliau, Langit Ilahi. Tak ingat tahun bila, rasanya tahun 2010-2011. Sebab artikel ni menarik, saya copy dan simpan dalam word untuk bacaan di masa depan.

Siapakah Hilal Asyraf? beliau ialah penulis terkenal. Masa dia tulis entry ni, beliau masih lagi pelajar di Universiti Yarmouk, Jordan.

Sudah 10 tahun dalam simpanan, hari ni saya terbitkan semula, harap dihalalkan. 

Semoga bermanfaat.

---------------------------------------------

Ramadhan sudah mula masuk ke belasan.

Rasa sekejap waktu berpapasan.

Atas kepantasan waktu ini saya teringat akan satu ucapan. Ucapan Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari, pakar bidang Hadith di Yarmouk yang menjadi khatib pada hari ke-7 Ramadhan tahun lepas.

Saya masih ingat bagaimana bulu roma saya menegak ketika itu memikirkan ucapannya.

Seakan-akan bicaranya adalah jarum-jarum yang ditembak menusuk jiwa.

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

 

 Apakah yang telah kamu lakukan dengan harta?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi ketika itu:

“Allah telah memberikan kamu harta. Harta kamu adalah milik Allah SWT. Bukan kepunyaan kamu, bukan kepunyaan bapa kamu atau datuk kamu. Maka wahai hamba Allah, apakah yang kamu telah lakukan terhadap harta kamu dalam Ramadhan kamu ini?”

Apakah yang telah kita lakukan dengannya?

Biasanya kesenangan membuatkan kita lupa. Wang hanya kita lihat sebagai untuk menyeronokkan diri kita sahaja. Menyedekahkannya kelihatan satu kerugian, memberikannya kepada yang memerlukan dilihat seakan satu kekurangan.

Sedang bulan Ramadhan yang mulia ini Allah janjikan pelbagai ganjaran bagi mereka yang beramal. Dan salah satu amal yang boleh diusahakan adalah sedekah.

Apakah kita telah bersedekah sepanjang 11 hari yang telah berlalu ini?

 

Apakah yang telah kamu lakukan terhadap makanan?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi ketika itu:

“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu makanan. Kamu makan. Tapi adakah kamu berkongsikan makanan kamu itu dengan orang lain? Apakah yang telah kamu lakukan dengan makanan kamu pada bulan ini?”

Sepanjang dua tahun saya belajar di Jordan, saya tidak pernah dapat menikmati bazar Ramadhan. Terbiasa dengan keadaan itu, Ramadhan di Malaysia kali ini, tidak pernah sekali saya menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Bukan kerana membenci, tetapi takut saya zalim terhadap makanan dan terkeluar pula saya daripada tujuan sebenar Ramadhan.

Kita beli itu ini, berdasarkan kelaparan yang menguji, tetapi tidak habis makanan-makanan yang kita beli. Atau jika habis pun, makanan-makanan itu tidak menjana kekuatan untuk bangkit berdiri solat beramal ibadat. Bahkan melemahkan.

Jangan cerita berkenaan memberikannya kepada orang lain.

Jauh sekali.

Apa yang telah kita lakukan terhadap makanan-makanan kita di bulan Ramadhan ini?

 

Apakah yang telah kamu lakukan terhadap masa?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:

“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu masa, dan masa itu sentiasa berlalu. Apakah yang telah kamu lakukan dengan masa kamu dalam bulan ini?”

Kita kelaparan, keletihan, dan merasakan kita sudah mati akal hendak melakukan apa lagi. Lantas kita memilih untuk menghabiskan masa dengan tidur. Lebih teruk lagi, ada kalangan kita mengisi masa dengan bermaksiat walaupun di tengah Ramadhan.

Masa habis dengan bersembang, masa habis di hadapan permainan komputer/video, masa habis menonton drama dan movie, dan begitulah masa-masa berlalu.

Sedangkan Ramadhan ini rahmat Allah mencurah-curah setiap saat.

Apakah yang telah kita lakukan terhadap masa kita di bulan Ramadhan ini sepanjang 11 hari ini?

Apakah kita mengisinya dengan baik?

 

Apakah yang telah kamu lakukan dengan amal ibadat?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari berkata lagi:

“Wahai hamba Allah, Allah telah memfardhukan kamu solat, maka apakah yang telah kamu lakukan terhadap solat-solat fardhu kamu? Ketahuilah bahawa Tarawih itu sunnah, sedang Isya’ dan Fajar itu adalah wajib. Apakah pantas untuk kamu mendirikan tarawih tetapi melewatkan isya’ dan mengakhirkan fajar? Ketahuilah bahawa Isya’ dan Fajr itu datang dahulu sebelum tarawih”

Kadangkala, ada sebahagian kita terlalu teruja melaksanakan ibadah sunat di bulan Ramadhan hingga mengenepikan kualiti ibadah fardhu. Kita tersilap kerana memandang Ramadhan sebagai adat. Sebagaimana orang yang berhenti merokok di waktu siang tetapi merokok pula di waktu malam. Sedang rokok adalah haram 24 jam.

Kita nampak, kalau tak tarawih, maka sama macam tak puasa. Sedangkan kalau meninggalkan solat fardhu dengan sengaja, kita merasa tidak mengapa.

Inilah dia celupan yang silap dan kefahaman yang bengkok.

11 hari telah berlalu, apakah kita menjaga dan mempercantikkan amalan kita?

 

Apakah yang telah kamu lakukan terhadap Al-Quran?

Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari menyeru lagi:

“Ramadhan adalah bulan Al-Quran wahai hamba Allah. Wahai hamba Allah, maka apakah yang telah kamu lakukan kepada kitab RABB kamu ini? Adakah kamu mempercantikkan bacaan kamu? Adakah kamu menghayati isinya dalam kehidupan kamu?”

Bagaimana 11 hari yang lepas ini? Bagaimana kita melayan Al-Quran? Adakah sekadar berusaha mengkhatamkannya, tetapi tidak memperdulikan tajwidnya?

Sedang menghabiskan bacaan 30 juzu’ Al-Quran di dalam bulan Ramadhan hanyalah sunat, manakala membacanya dengan bertajwid adalah wajib. Yang manakah kita dahulukan?

Persoalan yang lebih menarik, apakah kita menyentuh Al-Quran sepanjang Ramadhan ini telah berjalan? Atau kita langsung tidak pernah membacanya?

Adakah kita sekadar hendak membacanya hingga habis, tetapi tidak mahu mengambil pengajaran darinya walau secebis?

Perhatikan, perhatikan.

Apakah yang telah kita lakukan terhadap Al-Quran?

 

Penutup: Apakah kita bermuhasabah untuk melayani Ramadhan kita?

MasyaAllah.

Bagaimanakah kita melayan Ramadhan?

Sambil lewa?

Jika benar teliti, maka kita akan bermuhasabah akannya. Melihat kembali layanan kita kepadanya. Dan berusaha agar esok lebih baik daripada hari ini.

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamba Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

Aaaah… masih terngiang-ngiang.

Moga Allah membenarkan kita melayani Ramadhan sebaiknya.

38 comments:

  1. Peringatan untuk diri sendiri...terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  2. thanx for sharing is caring tuuh... 😅

    ReplyDelete
  3. Memang kena batang hidung. Fikirkan kualiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita tingkatkan ibadah di bulan Ramadan..

      Delete
  4. Replies
    1. jom masih ada masa lg..separuh masa kedua bulan Ramadan..15 hari terakhir..

      Delete
  5. Sekiranya kita menganggap Ramadan adalah biasa², Allah SWT juga memandang kita biasa² saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, benar..bulan Ramadhan bulan utk meraih byk pahala yg ditawarkan Allah...bulan penuh keberkatan..

      Delete
  6. Marilah layani Ramadan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  7. raikan tiap detik Ramadan dgn amal ibadah terbaik

    ReplyDelete
  8. satu info yang sangat menarik

    ReplyDelete
  9. Semoga ramadhan kita diberkati

    ReplyDelete
  10. abe kie diuji dgn demam panas berpanjangan semasa Ramadhan ini. dah seminggu sakit kepala n panas badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syafakallah Abe Kie..semoga kembali sihat spt biasa..

      Delete
  11. bestnya bacaaaa. saya suka penulisan Hilal Asyraf, byk ilmu dan perkongsian yg sgt bermanfaat.

    suka part sedekah tu. Sebenarnya Allah yg bagi macam2 yg kita ada, tapi kita kdg2 rasa berat hati nak lepaskan sbb kita rasa tu hak kita. Kita selalu rasa lagi byk kita bagi, lagi kurang apa yg kita ada, tapi kalau kita fikir dari segi pahala, sebenarnya lagi byk kita bagi, lagi byk jugak kita dapat. benda tu tally je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..tulisan Hilal Asyraf sentiasa sarat dengan ilmu..

      fadilat sedekah tu sgt besar, kdg2 di dunia lg kita dpt merasa kesannya - terlepas dari bala, rezeki yg tidak putus2..mungkin dari fadilat sedekah, itu janji Allah swt..

      Delete
  12. semoga amalan kita di sepanjang bulan ramadhan ini diterima, inshaaAllah

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kerana mengingatkan, nohas. Insya-Allah, kita cuba. :)

    ReplyDelete
  14. Semoga Ramadan kita terisi dengan ibadah dan amal yang baik dan semoga Allah terima segala amalan kita. Bulan Ramadan juga melatih kita untuk beramal luar dari biasa dan lebih fokus untuk beribadah. InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..betul, merebut pahala berganda di bulan Ramadan, setahun cuma sekali..

      Delete
  15. Allahu bulu roma Mrs. A meremang baca.
    Terima kasih Nohas atas perkongsian yang sangat menarik. Pernah singgah jugak kat blog Hilal Asyraf.
    Paling terkesan bab berbuka puasa tu kat Mesia tahun ini dah mula semula buffet kat hotel-hotel dengan harga yang ntahlah sendiri boleh nilaikan. Ada terbaca jugak kat mana tak ingat, tujuan puasa dah lari dengan pesta makan-makan sewaktu berbuka Allahu sedih. #ingatanuntukdirisendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat, utk renungan bersama di bulan Ramadhan..sayangnya blog Langit Ilahi dah takde..suka baca entry yg penuh ilmu..

      dah jadi tradisi di Malaysia, hotel buat jamuan buffet berbuka puasa, sambutan ramai..walaupun harga mencecah RM100..huhu..

      Delete
  16. Terima kasih untuk perkongsian ini, kak. Peringatan untuk diri kita agar amal ibadat sepanjang Ramadan ini dapat kita laksanakan dengan lebih sempurna.

    ReplyDelete
  17. Bagus utk perkongsian ni. Peringatan bersama2. Semoga dpt amalkan dlm kehidupan seharian

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita istiqamah selepas bulan Ramadan jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!