Sunday, 23 May 2021

6 Chinese Historical Drama yang awesome

Nihao, nihao.. 

Selamat berhujung minggu..cuti-cuti ni, asyik melayan drama.

Sekarang ni banyak layan historical drama dari Mainland China. Genre kesukaan teman, cerita zaman dulu-dulu. Tapi bukan genre wuxia, xianxia (yang jenis martial arts, terbang2, guna kuasa sakti), bukan juga genre cerita-cerita kayangan - god, demon, heaven realms..

Drama kesukaan saya kebanyakannya cerita istana, cerita putera raja, cerita keluarga pembesar negeri, komplot jahat, berebut takhta, cerita perang. Paling suka drama yang heroin dia jenis badass, kuat dan bijak, bukan jenis bodoh-bodoh alang, damsel in distress. 

Selalunya drama epik ni banyak episod, lebih dari 40 episod. Rasa macam banyak, tapi kalau plot best, memang addictive. Historical drama selalunya very grand - plot cerita yang solid, pakaian yang cantik, setting drama yang menarik, gerombolan perang, pecutan kuda, cinematografi yang cantik..memang puas hati lah menonton.

Jom tengok enam historical drama cina yang awesome. Semua ni dah tengok dan ada yang belum habis ditonton.

1. The Rise of Phoenixes (2018)

Venue : Netflix
Jumlah episod: 70 
 

Sukanya drama ni. Sedih, cinta tak semestinya bersatu.

Drama ni berkisar tentang Putera ke-6 Dinasti Tiansheng, Ning Yi yang dipanggil balik ke istana selepas 8 tahun tinggal di sebuah kuil. Selama berada di kuil, dia belajar menenun kain. Putera yang low-profile tapi bijak mengatur strategi.

Ning Yi berusaha bersihkan nama abang dia (Putera ke-3) dan juga ibu dia yang dibunuh atas tuduhan nak menggulingkan King (high treason) dan jadi spy musuh.  Pada masa yang sama, Putera Mahkota (Putera 1) dan Putera 2 berebut takhta, nak jadi King.

Heroin, Feng Zhiwei ialah anak saudara kepada General Qiu. Seorang yang terpelajar sebab dia menyamar jadi lelaki (guna nama saudara kembar dia) untuk pergi sekolah. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk merubah nasib keluarga dia yang menumpang di rumah bapa saudara. Dia sebenarnya puteri raja Dinasti Dacheng, dinasti yang digulingkan oleh bapa Ning Yi.

King perintah General Qiu kahwinkan anak perempuan dia dengan Ning Yi. Tapi General Qiu tak nak, dia tipu, dia bagi kad kelahiran Zhiwei. Zhiwei tak nak kahwin, dia cari jalan untuk beritahu Ning Yi. Masa Ning Yi dan Zhiwei berjumpa, Ning Yi dapat rasa yang Zhiwei seorang yang sangat pandai dan dia nak Zhiwei berkerja dengan dia.

Hero dan heroin sangat best lakonan mereka. Pelakon Chen Kun yang bawa watak Ning Yi memang terbaik lah, berlakon jadi 'childish' depan bapa dia.

2. Nirvana in Fire (2015)

Venue : WeTV
Jumlah Episod : 45

Sama seperti the Rise of Phoenixes, drama ni genre balas dendam, menuntut bela dan membersihkan nama juga. Tapi drama ni purely tentang komplot untuk menjatuhkan Putera Mahkota dan Putera 2 yang berebut takhta dan komplot diantara gundik2 king (harem political scheme). Takde kisah percintaan.

Berkisar tentang Lin Su yang terselamat dalam perang 12 tahun yang lalu. Bapa dia, General Lin, Putera Mahkota dan tentera dia telah dibunuh atas tuduhan 'high treason' dalam perang tersebut. Selepas terselamat, fizikal dia berubah, sentiasa sakit dan tak boleh praktis martial art lagi.

Lin Shu kembali ke kota dengan nama Su Zhe dan jadi pakar strategik untuk Putera 2. Tapi sebenarnya dia sokong kawan baik dia, Putera 3 untuk merebut takhta sebab Putera Mahkota dan Putera 2 jahat dan korup.

Drama ni ada sequel - Nirvana in Fire 2..baca review, ramai yang kata best, tapi belum tengok lagi.

3. Joy of Life (2019)

Venue : iQiyi
Jumlah episod : 46

 
Drama ni mengisahkan hero, anak King yang diselamatkan semasa bayi, tapi akhirnya jadi anak kepada gundik seorang menteri. Membesar di kampung nenek sebelah ayah dia. Mak dia seorang yang berpengaruh tapi dah mati dibunuh. Dia ialah pewaris harta dan perniagaan mak dia yang dijaga oleh adik perempuan King.

Apabila dewasa, dia dipanggil tinggal di kota. Dari kecik sampailah dewasa, beberapa kali percubaan membunuh dia gagal. Drama ni berkisar pada penyiasatan siapa yang ingin membunuh hero. 
 
Menarik drama ni, ada tema 'time-travel'. Tightly-written plot, diakhir episod baru terjawab segala persoalan..menunggu Season 2.

4. The Untamed (2019)

Venue : Netflix, WeTV and Viu
Jumlah episod: 50

Drama genre wuxia, ada elemen kuasa sakti. Berkisar mengenai 3 clan baik melawan clan jahat. Yang ni takde heroin, semua hero belaka.
 

5. The Sword  and The Brocade (2021)

Venue : iQiyi dan WeTV
Jumlah episod : 45

Drama berkisar tentang keluarga Marquis Xu Yongping, keluarga mentua dia dan musuhnya keluarga Ou. Hero Marquis Yongping ada seorang isteri dan 3 orang gundik. Apabila isteri dia mati, adik ipar dia (heroin) ganti tempat kakak dia. Berganti tikar. Heroin ialah anak gundik dan sangat pandai buat sulaman.

Pada mulanya heroin tak kahwin dengan Marquis Yongping. Dia dan mak dia cuba melarikan diri. Tapi bila mak dia mati dibunuh di sebuah kuil, dia setuju berkahwin untuk menyiasat kes kematian mak dia. 

Setelah heroin jadi ahli keluarga Xu, gundik ke-3 buat macam-macam komplot jahat sebab dengki dengan heroin. Sebenarnya, semua gundik Marquis dengki dengan heroin sebab Marquis sangat sayang dengan heroin.

Best drama ni, macamana heroin berjaya tepis semua komplot dan berjaya jadi penyulam yang diiktiraf oleh Emperor.

6. The Long Ballad

Venue : Viu
Jumlah episod : 49

Drama mengenai heroin, Li Gang Ge, puteri kepada Putera Mahkota yang melarikan diri dari kota bila seluruh keluarga dia kena bunuh. Dia menyamar jadi lelaki dan akhirnya jadi military strategist kepada governor kota Suozhou, sebuah kota dibelah utara.

Kota Suozhou banyak kali diserang oleh kaum Ashina yang tinggal di grassland. Kaum Ashina ada 3 pasukan askar yang digelar pasukan Eagle, Wolf dan Bear. Hero ialah ketua pasukan Eagle, Ashina Sun, yang suka dengan Li Gang Ge.  

Mereka banyak kali berjumpa di kota-kota lain sebelum berjumpa di Suozhou. Ashina Sun banyak kali selamatkan Li Gang Ge dan dia tahu military strategist Suozhou ialah Li Gang Ge, seorang perempuan. Governor Suozhou akhirnya menyerah kalah dan heroin jadi tawanan pasukan Eagle.


Memang puas hatilah layan historical drama ni..lakonan dan plot yang mantap, heroin yang badass..

Selamat menonton ya.

19 comments:

  1. ada satu citer cina zaman sekolah mmg suka sgt tgk tp lupa tajuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 mostly citer cina hongkong..suka jg tengok, citer polis2..

      Delete
  2. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    ReplyDelete
  3. Selamat berhujung minggu gak. Hujung minggu layan minat memang syok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti2 duduk rumah, mmg best layan drama..

      Delete
  4. The untamed tuuuu best! Tapi jenuh jugak nak habiskan sebab banyak episode hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, best drama tu..50 episod mmg jenuh tapi citer best, oklah..

      Delete
  5. Wah! banyak sangat ni pilihan nak ditonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pilih kalau berkenan di hati..

      Delete
  6. Wah minat betul Nohas dengan episod panjang. Selamat menonton. Belum ada kekuatan untuk tengok siri China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok pelan2..hihi..drama China mmg selalu byk episod, tak kira drama zmn dulu2 atau drama modern..selalu puluh2 episod..bertabahlah kalau tengok..

      Delete
  7. dah lama xtengok drama histirical cdrama ni, bukan xde yg menarik tapi episode panjang sangat macam penat pula nak tengok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Episod yg panjang kdg2 buat org malas nk layan...kena bertabah tgk..hehe..

      Delete
  8. Wah.. nohas suka cerita berkisar macam tu rupanya. Dah lama la, kita tak layan drama cina. Dulu-dulu ada, long time ago. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..suka, selalunya drama historical mcm ni, jln cerita dia solid, good dialog..

      Delete
  9. No 4 je dah tengok.. hehehe.. Yang no 3 tu cadang juga nak tengok tapi bila tahu ada 2nd season terus macam give up.. hahaha.. Tapi drama yang last tu nampak menarik sebab akak cakap heroin dia badass.. hahaha.. nantilah try tengok.. Drama wuxia ini selain plot yang selalu buat tertarik nak tengok ialah costume dia.. hahaha.. Cantik ya amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. bukan drama wuxia je, historical, terbang-terbang pun costume diorang cantik.. drama cina lama tu lah yang paling syok nak layan.. tapi episod diorang banyak gila.. jenuh nak habiskan.. hehehe..

      Delete
    2. No.3 tu best..genre penyiasatan, ada komedi sikit2..ending dia tergantung sbb tu ada season 2..

      betul..costume drama2 lama ni sgt menarik..kalau yg pompuan tu sekali dgn hiasan kepala yg pelbagai design..cantik2..drama the Rise of Phoenixes..cantik2 costume depa..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!