Thursday, 28 July 2022

'Stranger Things' di Chinatown KL

Kisah ronda-ronda di kawasan Chinatown KL, cari bidai buluh bercorak dalam entri Di KL pun ada juga. Kawasan rondaan merangkumi Jalan Panggong, Lorong Panggong, Jalan Balai Polis dan Jalan Petaling.

Semasa di Lorong Panggong, dekat kawasan Kwai Chai Hong, ternampak mural ni...diilhamkan dari drama Netflix 'Stranger Things'..

dilukis oleh artis Amir Andhar dari Melaka
kalau waktu malam, cantikk..bila lampu-lampu dinyalakan

Teman tak tengok citer 'Stranger Things' tu..blogger Nur (blog Kait dan Lari) ada buat entry tentang drama ni, katanya best..sekarang ni dah Season 4..genre misteri, seram, super-natural..

Dah terlanjur citer di kawasan Chinatown, meh lah tengok bangunan-bangunan antik lagi menarik di kawasan ni..kedai 3 sederet..teman suka gaya vintage dan klasik...

cafe Luckin' Kopi
beratur pelanggan nak masuk cafe ni

Kaffe16

Kedai coklat Beryls
 
 kaki lima
 
daun pintu yang klasik
 
bahagian belakang kedai Beryls
 
port gantung padlock 
 
Malaya Garden - kafe menarik untuk dicuba..
 
tengok dari luar macam dipenuhi rimbunan hijau
budak pompuan 2 orang tu tengah menunggu giliran 
untuk masuk dalam cafe ni
 
Bila lalu di sini, ternampak cafe Mary Jane, satu lagi cafe hipster yang menarik di Chinatown..
 
Entry lain di Chinatown:
Suasana Lorong Panggung di tahun 2014 : Jejak Warisan KL - Chinatown

28 comments:

  1. Kat luar nampak macam tak ramai orang tapi kena beratur tu dalam dah full houselah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai2 kat sini tk brp besar sangat...maybe dah penuh kt dalam...mungkin sbb SOP covid-19 jg..

      Delete
  2. Anak sy siap beli baju ST ni. KCH ni pun dia pergi, punyalah minat. Tapi sy mcm tak berapa boleh nak masuk, mgkin kena ambil mood lebih sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...die hard fan ni...ada jg tengok sikit ep1..samalah, tak brp nak masuk..

      Delete
  3. Belum pernah ke sini.
    Klasik bangunan dan dekorasi kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang banyak cafe hipster kat area sini..

      Delete
  4. bangunan klasik masih elok terjaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dijaga, dibaikpulih, nampak cantik..

      Delete
  5. ehh cantiknya muraL Stranger Things tu .. tapi jauh plak nak gi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ya ke..akk x tau, org snap, akk pun snap jg sbb nmpk pelik...haha..

      Delete
  6. Saya pun suka jalan-jalan di Chinatown sebab bangunan-bangunan sini klasik dan unik. Tak pernah lagi try di Malayan Garden, kali terakhir pergi sini sambut birthday Kak Retna di Mary Jane bulan 6 lepas, spaghetti masak lemaknya cili apinya sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada baca entry kt Mary Jane..cantik sgt cafe nya...best jalan-jalan di Chinatown..

      Delete
  7. Bangunan lama digunakan semula.
    Boleh tahan kafe hipster ada dan kedai coklat Beryl's.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak cantik dari luar...nak check out interior pulak..maybe one fine day..

      Delete
  8. Cantik lukisan mural tu. Bagus jugak kan banyak bangunan dan lorong buat mural. Ada daya tarikan. Bangunan lama di dekorasi nampak lebih menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg lorong2 di KL ni dah dibuat mural...nampak cantik, takdelah run down..

      Delete
  9. Cantik lukisannya. Persekitarannya pun nampak bersih. Santai-santai jew rasanya kalau berada di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..santai di lorong belakang ni...ramai tourist..

      Delete
  10. saya pun tak tengok drama tu. baru-baru ni terperasan Netflix tulis yang Downton Abbey akan diberhentikan siaran Ogos nanti. frust betul, drama favourite tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama2 yg tak dpt sambutan, depa terminate awal...drama Pride & Prejudice pun dah ditamatkan...suka drama tu..Downtown Abbey pun best, akk tengok season yg awal2..yg ada hero hensem..hehe.. yg jd husband Mary...x ingat nama..

      Delete
  11. Luckin Cafe tu memang idaman SA nak pergi tu..blom dapat singgah lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi hari Ahad, beratuq orang nak masuk...femes cafe ni..

      Delete
  12. Cantik utk bergambar
    seni❤️
    masa pegi thn lepas dkt2 dgn CM je
    sempat. Tp ank dara dah pegi dia ckp blkg2 ni lg byk yg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area ni byk tempat utk photoshoot...kena explore lagi..hehe..

      Delete
  13. Sebijik jam tu, sama. Pandai betul dia lukis mural, lawa...! Macam gitulah keadaannya cerita tu, masa season1.
    Cantik kedai-kedai lama, tapi diperbaharui. Menarik untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ni season 1 ya...ha'ah..bangunan lama, diberi nafas baru, nampak cantik..

      Delete
  14. dah lebih suku abad x pi Chinatown ni. Masa belajar di UM ada gak pi beli buah2an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..dulu2 femes petaling street ni tempat jual buah...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!