Masih lagi di hari kedua di Kota Bharu.
Selepas solat dan makan tengahari di bilik hotel, kami keluar jalan-jalan di sekitar bandar Kota Bharu. Tempat pertama yang dituju ialah Dataran Kota Sultan Ismail Petra, yang ada pintu gerbang rehal.
Jalan kaki dari hotel. Lalu depan bahagian jual buah-buahan Pasar Besar Siti Khadijah. Singgah beli buah dulu.
menarik pulak buah anggur bergantungan begini
Lalu depan Bazar Buluh Kubu dan deretan kedai jual barang kemas.
deretan kedai emas
dataran rehal
Menarik bangunan-bangunan lama yang ada di sini.
Bank Pitis
bilik kebal yang menyimpan wang dan dokumen penting
semasa pemerintahan Sultan Muhammad III
yang dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan
Gerbang masuk dari jalan utama
Berjalan ke arah Sungai Kelantan.
Masjid Muhammadi, masjid negeri Kelantan
bahagian belakang masjid
disebelahnya Muzium Islam
Muzium Islam
Berjalan lagi, menuju ke Muzium Perang (Bank Kerapu).
Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu memandangkan fungsi asalnya adalah sebagai sebuah bank perdagangan iaitu the Merchantile Bank of India Ltd. Digelar 'kerapu' kerana dindingnya tidak licin dan menggerutu. Semasa zaman Jepun, bangunan ini dijadikan sebagai ibupejabat kempetai (polis rahsia) Jepun.
Muzium kisah pendaratan Jepun di Kota Bharu dan perang dunia pertama
dan kedua. Menarik juga muziumnya
masa zaman darurat tahun 1948
Muzium ni dua tingkat, dekat belakang pun ada pameran kenderaan perang. Tapi malas nak explore semua, ala kadar je..hihi. Sambung jalan lagi ke arah sungai.
Ok sampai sini saja, tak larat dah nak jalan. Cuaca panas terik.
Ambik grab balik hotel.
Tambang grab ke hotel RM5.00. Singgah pasar, nak beli dinner.
ambik perisa sarsi. Not bad, gas dia tak berapa kuat
Hasrat hati nak try laksa penang di Kelantan tapi gerai Rose Laksa dah tutup. Jumpa gerai jual laksa Siam. Teringin nak cuba.
Hasrat hati nak try laksa penang di Kelantan tapi gerai Rose Laksa dah tutup. Jumpa gerai jual laksa Siam. Teringin nak cuba.
Balik hotel, singgah window shopping di kedai tudung. Singgah juga di Da Froyo, kedai yogurt di tingkat bawah hotel.
harga RM12.00
Balik, lepak dalam bilik hotel, makan laksa siam.
Malamnya, jalan-jalan di pasar malam. beli nasi kerabu. Sedap nasi kerabunya. Lauk ayam goreng, sambal kelapanya sedap..
Sekian saja untuk hari kedua di Kota Bharu.
Aduhai...tengok anggur bergugus macam tu teringat masa kecik2 dulu orang jual anggur gantung macam tu..menarik je...seronoknya NA jenjalan Kota Bharu...x abis explore lagi kat sini...
ReplyDeleteitulah menarik perhatian buah anggur digantung mcm tu...ha'ah, belum habis explore..hihi..
DeleteKecurlah tengok anggur macam tu, selalu beli yg pek dalam kotak jer. Laksa Thai pun nampak sedap, manis tu memang biasalah, kan.. tumpah dr tukang masaklah kot.
ReplyDeletebetul, selalu jual dlm pek atau longgok2 dalam bekas je...laksa thai sedap, pekat & berlemak kuahnya...sedia maklum, kalau rasanya manis...hehe..
Deletebanyak kali ke Kota Bharu, straight pergi kampung abang ipar so tak pernah playing tourist di sini. memang kena cuba lah ziarah Bank Kerapu tu sebab saya suka sejarah
ReplyDeleteseronok lawat Bank Kerapu, tengok sejarah negara di zaman jepun..tapi sebab letih, takde mood nak tengok semua...huhu..
Deletemesti penat tapi seronok lepas balik dari jalan2.
ReplyDeleteya, betul...
DeleteTeringat dulu-dulu suka beli air gas dalam botol kaca.
ReplyDeleteAnggur yang bergantungan tu memang menarik betul!
ha'ah..dulu2 air gas jual dlm botol, coke, sarsi....menarik perhatian jual buah anggur mcm tu...hehe..
DeleteSekarang susah dah nak jumpa air gas dalam botol kaca. Dulu penutup tin dia ambil buat main hehe
ReplyDeletebetul.,.dah jarang jumpa..yg ada maybe air coca-cola..
DeleteMenarik anggur digantung gitu. Menggamit kita nak membeli.
ReplyDeleteKB tempat pertama Jepun mendarat di Tanah Melayu. Memang menarik untuk kita tahu sejarahnya dari tempat asal.
betul, muzium yg menarik..ketahui sejarah pendaratan jepun di malaya..
Deleteair botol tu dlu2 50 sen je..kt kl ada jual rm2 tk silap ke rm 3 gtula
ReplyDeleteoo...ada jual kt KL...dulu murah harganya..
DeleteBorong emas le tuuuuu
ReplyDeletetak..ambik gambo kedai je...
Deleteseronoknya bercuti kat KB negeri sekebun bunga
ReplyDeleteseronok kak..
Deletewah bagusnya.. mama boleh refer sini nanti bila ke kb
ReplyDeletesilakan...
DeleteApabila tengok gambar- gambar rindu pula dengan Kota Bharu.
ReplyDeleteboleh gi jalan2 ke KB..
Deletemakanan klate kalau tak ada manis tu tak sah.. tak pernah sampai KB lg
ReplyDeletebolehlah..pelan2 makan sbb dah beli..hehe..nak repeat tu, idok le..
DeleteTu dia.. bergantungan buah anggurnya.. Syok o tengok.. Kalau Sha, memang tergoda nak membeli.. sotong mesin ye.. first time..
ReplyDeletemenarik perhatian gantung buah anggur mcm tu...sotong mesin ni ada jual kalau gi Pangkor, dah siap buh dlm plastik...yg ni depa mesin on the spot..
Delete