Thursday 3 August 2023

Lunch di Cili Kampung @ Hartamas

Alhamdulillah, sebelum hari raya haji haritu, bos belanja makan tengahari di Restoran Cili Kampung @ Hartamas.

tengah google cari lokasi restoran
 
banyak blok di sini
 
restoran cili kampung ditepi jalan besar
 
Terlewat sampai, mereka bagi 2 jam saja, slot 12 tengahari - 2 petang
 
dekorasi cantik
 
 
Jom tengok menu-menu yang dipilih untuk dimamam

asam pedas ikan tenggiri, daging salai masak lemak, telur dadar, sambal petai udang, bendi goreng belacan
 
setiap hidangan dihias dengan sebiji cili padi
trademark restoran cili kampung
 
asam podeh & masak lomak daging salai
 
asam pedas ikan tenggiri
 
masak lemak itik salai dan terung goreng belacan
 
starter..hehe..
 
 
Tersandar nak menghabiskan semua ni, kami berlima je, ratah2 bagi perabih
 
Dah pukul 2 petang, tapi Alhamdulillah, takde pula disuruh keluar,  so kita order pencuci mulut
 
Masih ada ruang untuk dessert...
 
onde-onde
 
aiskrim kelapa
 
cendol hipster
 
Overall, memang sedaplah masakan di sini. Terbaik.
harga tu very the high side, sesekali bolehlah
 

 Cili Kampung akan buka cawangan di Suria KLCC
bolehlah kita bersantap di sana pula
yuuhuu

44 comments:

  1. Alhamdulillah.. Baiknya bos..

    ReplyDelete
  2. seronok tengok menu masakan kampung dekat restoran cili kampung ni. Deko puncantik, berbaloi lah bayar mahal sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, food sedap..ambience menarik...

      Delete
  3. Untung nya... Bos punya belanja 5 org makan gitu bnyk, mesti dia dh tau cane anak buah dia makn mcm mana.. Lauk semua nampak meriaj dgn trademark sebiji cili tu comey hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak rasa semua...hihi..cantik presentation nya..

      Delete
  4. Mula2 baca dh rasa harga dia ni special ni sekali betul akak kata sekali sekala boleh la hahahaa.. Ni annivesary boleh la spend kt sini huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg harga mahal byk...sambal udang tu harga RM60...

      Delete
  5. bos kalau belanja anak buah bukan alang-alang...kalau saya belanja diri sendiri belum lepas..apa-apapun bersykur selallu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kalau nak gi sendiri, rasanya tak gi kot..hehe..

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki boss belanja makan sedap2

    ReplyDelete
  7. wahhhhh bestnya boss belanja makannnnnnnnn :)

    ReplyDelete
  8. kedai cantik. makanan pun banyak betul tu. memang tersandar nak habis kan

    ReplyDelete
  9. CANTIK DEKORASI MENU TERBAIK REZEKI NOHAS ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  10. salam kenal..dr blog Abam Kie..
    emm...cantik nya cafe & foods pun nampak menarik semua nya..
    tambah sedap sbb bos yg belanja..kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq singgah di sini...ya betul, tambah sedap sbb free...hihi..

      Delete
  11. Amboi sempat juga masuk pencuci mulut. Kata macam jenuh habiskan lauk itu kira kenyang sangat.
    Hehe orang belanja patut cuba semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..boss tanya...sib baik kecik je portion dessert semua...

      Delete
  12. wow! Sedapnya makanan kat situ...sesekali makan yg sedap2 apa salahnya kan?
    BTW, sila ke blog abam kie sebab ada berita baik menanti Nohas ye... cepat2 tengok ye...ada kejutan!

    ReplyDelete
  13. waduh2. food nya tuuu.. sedap2 wei..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya makan2 gini..syok tengok

    ReplyDelete
  15. Nampak dekorasi kat sini sangat menarik. Hidangan pun nampak sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...restoran cantik, makanan sedap..

      Delete
  16. Woaahh sedap nampak semua. Cendol Hipster tu, yumm terasa2 je dalam mulut ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2 semua lauk-pauk...cendol hipster tak brp manis..just nice!

      Delete
  17. Terliur plak tengok asam podeh tu ha..pekat likat...sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik asam pedas di sini...secukup rasa..

      Delete
  18. sblum puasa aritu pn dh smp sini...tp entry masih dlm draf sbb byk sgt gmbr haha...meriah btul tu byk menu utk 5 org mkn...siap dessert lg...mmg tersandar la tu..rezeki bos blanja tu..tp tula xbrp syok bila tmpt mkn ada limited time ni....kami aritu nasibaik yg sesi ke2 time lunch

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos yg pilih menu semua, kita ikut je..hihi...kami nasib baik x disuruh keluar, mungkin meja kosong byk lg...

      Delete
  19. Nampak sedap-sedap belaka. Baiknya bos, belanja makan. Wow, cendol hipster.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bos selalu belanja sebelum raya, haritu seblm raya posa..

      Delete
  20. Asam pedas tenggiri tu nampak mengancam.. Pergh!!
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!