Thursday 16 May 2024

Yogyakarta : Kampung Alun-Alun

 Selesai ziarah Masjid Gede, kami keluar untuk sesi melawat kampung pula

Kampung Alun-Alun namanya

sebelum tu singgah gerai ni, minum pop ice

segerr..
 
ada minuman wedang ronde juga
 
sebab mau air dingin, kita skip minuman ni
 
dah minum, jom gerak, masa untuk melawat kawasan. Mula-mula ingatkan Kampung Purbayan ni sebab ditulis kampung wisata
 

Rupanya bukan, kena jalan ke depan lagi, 
menyusuri Jalan Masjid Besar di Kampung Alun-Alun

Jalan Masjid Besar
 
sampai jumpa pintu gerbang ini

 
masuk di sini - Between Two Gates
Diantara dua gerbang
 
info tentang Between Two Gates (Lawang Pethuk)
 
Di lorong ni, ada banyak rumah tradisional Jawa yang dipanggil Joglo. Joglo berasal dari kata Tajug Loro yang bermakna dua gunung merujuk kepada atapnya yang berbentuk dua gunung. 

rumah-rumah yang dikonservasi
 
joglo - yang ramai2 ni ialah ahli persatuan sejarah

rumah-rumah joglo
 
salah satu ciri rumah joglo ialah ada teras (teres) yang lebar

 pendopo - wakaf
 
'Between Two Gates' ialah muzium hidup (Living Museum) di Kotagede. Rumah-rumah tradisional Jawa dipelihara keasliannya hingga ke hari ini. Sesuatu yang menarik bagi mereka yang minat senibina Jawa kuno.

Bersambung di next entry..jalan-jalan di Kotagede..
nak cari Toko Natan..

10 comments:

  1. Biru sungguh langitnya, terima kasih bawa saya jalan-jalan :)

    ReplyDelete
  2. cantik
    membiru langit membuat gambar bertambah cantik

    ReplyDelete
  3. bila pegi zaman sekolah dulu, tak terpikir nak jelajah sampai ke kampung2 camni heheh.. menarik... ok next entry pls

    ReplyDelete
  4. Air pop ice ni rupanya mmg glamer di sana ek... sbb kat sini pun ramai org jual depan rumah... budak pun pandai buat.. diorg dapat stok dr serikin

    ReplyDelete
  5. seronok juga kalau dapat melawat ramai2 cenggini.. (join ahli sejarah tu)

    ReplyDelete
  6. Best dapat melawat tempat macam ni kan

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!