Sunday 26 May 2024

Drama China : Derailment (2023)

Nihao...menonton drama China di Netflix..
bertajuk Derailment..
30 episod semuanya..genre sci-fi, time travel....

Drama mengisahkan male lead Qi Lian (QL) dan female lead Jiang Xiao Yuan (JXY) menyiasat apa yang terjadi dalam kehidupan mereka. QL menyiasat kehilangan sahabat dia 6 tahun yang lalu manakala JXY menyiasat kenapa dia time travel ke tahun 2018.

JXY ialah seorang gadis kaya di Chongqing City di tahun 2025, ada kawan baik bernama Feng Rui Xue dan teman lelaki bernama Huo Boyu. Huo Boyu kantoi  ada affair dengan Feng Rui Xue. XJY ugut nak tarik balik investment dalam business Rui Xue. Rui Xue tiba-tiba menghilangkan diri. JXY merasa sangat bersalah. 

Pada satu malam, dia ternampak Rui Xue dan Xiao Yuan kejar dengan kereta. Tetiba kereta JXY tercampak ke dalam sungai dan sistem Lighthouse bagi signal di telefon pemberian Mr Xu, PA kepada bapa JXY.

Kisah hero pula bermula di tahun 2012 di Luoshan City. Kawan baik dia, Xu Jingyang mengalami kecederaan dan masuk hospital. Semasa QL bawa Xu Jingyang berehat di bumbung hospital, tetiba Xu Jingyang hilang. QL tak dapat cari dimana Xu Jingyang dan masa berlalu selama 6 tahun dan timeline drama ni ialah di tahun 2018.

JXY yang tercampak ke dalam sungai di Chongqing City, tetiba tersedar di kawasan berbatu di tepi sungai. Dia berjalan ke stesen minyak dan budak lelaki di kaunter beritau JXY yang dia berada di Luoshan City. Dia ternampak kalender di belakang kaunter menunjukkan tahun 2018. Rupanya dia time travel, balik ke tahun 2018.

Apa yang menarik bila tengok kalender di stesen minyak tu, ada tulis 'Selasa' dan bulan Islam 'Safar', besar pulak tu tulisan nya..hihi..dari manalah team produksi dapat kalender tu ya, dari Malaysia kot...haha..

kalender Cina-Melayu-Islam

QL dan JXY bertemu di hospital. Sejak itu, QL sentiasa mengekori JXY dan secara diam², menjaga kebajikan JXY. JXY tiada tempat tinggal dan mula cari kerja. 

QL ingat JXY ialah kawan sekelas dan orang kampung dia sebab muka dan nama dia sama dengan kawan baik QL. Tapi JXY cakap dia time travel dari Chongging, dari tahun 2025. Dia tak kenal pun QL dan dia bukannya JXY kawan QL.

QL tak percaya. Dia marah JXY sebab tinggalkan dia tanpa berita selepas tamat sekolah. QL bawa JXY pergi ke salon milik Cheng Fang Zhou, kawan sekolah dia. Bila berjumpa Cheng, JXY baru tahu yang kisah QL dan JXY di masa lalu. 

JXY jadi intern hairdresser di salon Cheng dan kemudian jadi make-up artis. Muncul watak baru, trainer untuk MUA bernama Jiang Bo.

Hubungan JXY dan QL jadi rapat. QL berjanji akan cari jalan untuk JXY kembali ke tahun 2025 dan dengan itu, kawan sekolah QL dapat kembali semula. QL dan JXY mula menyiasat kaitan Mr Xu, Xu Yingyang dan telefon bimbit. Tapi ada dalang yang sentiasa menghalang dan menggagalkan siasatan mereka. 

weird-looking handphone, charger takde..Type A ke Type C tu?
 

Bila teman lelaki JXY di tahun 2025, Huo Boyu muncul di Luoshan City, JXY jadi keliru. JXY percaya yang Huo Boyu time travel juga. Bila Huo Boyu mati terjun bangunan sebab percaya boleh kembali ke tahun 2025, QL dan JXY dapat maklumat mengenai Lighthouse System.

Disinilah bermulanya plot twist terhebat...haha...time travel lah sangat...rasa nak dush², tumbuk² screen..tipah tertipu...mind game tahap gaban...

Generally, so-so je drama ni, pacing sedikit slow, banyak kali juga fast forward sebab boring...bolehlah nak layan..

Happy weekend..

16 comments:

  1. Drama China memang best2 jugak. Tapi punya la banyak episod, berpuluh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekdg fast forward scene² yg boring..atau pace 2x..bg cepat hbs..haha...

      Delete
  2. ulasan menarik time travel puas juga nk setting situasi tahun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahh..susah nk setting thn 2018...

      Delete
  3. Bila cari kat Netflix, cari yang takde bersiri sebab nanti kena sambung tengok sampai habis. Drama cina ni dulu2 selalu tengok tapi lately jarang tengok dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk drama berpuluh-puluh episod ni kena tabah...hehe..kekdg ambik masa berbulan-bulan..

      Delete
  4. Hehe... sakit hati bila tengok cerita tipu penonton. Tapi bagus juga, sebab tak expect macam tu.
    Saya sedikit berat nak tengok drama bersiri puluh-puluh di netflix. Kalau yang limited series, boleh la gagah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan..penonton dah excited..tetiba lain pulak plotnya...hehe..selalunya bila byk epi ni tekan pace 2x..bg cepat hbs..

      Delete
  5. Pelik pulak poster dia... apa yg masuk hidung dia tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mcm dunia khayalan mengelilingi mrka..

      Delete
  6. Suka juga tengok drama bersiri. Tapi kat Viu. Sekarang tengah layan thai movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu subscribe jg Viu..sekrg dah terminate..cuma ada netflix & iqiyi..

      Delete
  7. Bnayaknya episode dia sampai 30..kalau SA sure x sabar..SA tgh layan korea as well

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama cina mmg selalu byk episod..kekdg plot cerita drag..ntah apa²..drama korea std 16 epi..

      Delete
  8. citer time travel ni kadang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan time travel..rupanya bukan..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!