Meneruskan aktiviti di hari ketiga di Jogja..
berjalan-jalan, muter-muter di kampung wisata di sebelah Taman Sari
Kampung Taman namanya. Di papan kenyataan ditulis Kampoeng Cyber
Founder facebook @ meta, Mark Zuckerberg pernah melawat kampung ni
orang2 terkenal dan kenamaan yang pernah melawat Kampung Taman
Jom muter-muter kampung cyber
ramai pelawat tempatan..kami je foreigners
outlet menjual bakpia - kuih khas Jogja
menarik silingnya
Berjalan lagi..ikut flow..
suasana kampung..bersih sekali
ada kuih wingko dan kuih bakpia
beli campur kuih bakpia & kuih wingko
Kuih wingko tu rasanya macam kuih dangai, campuran pulut hancur, kelapa parut dan gula. Bila digigit, liat-liat rasanya..bakpia tahukan rupanya..
Sambung berjalan mengikut kaki melangkah..no expectation..
tetiba sampai di Pasar Ngasem..
Pasar Ngasem ni enaknya pergi di waktu pagi, banyak jualan kuih-muih tradisional Indonesia. Kami sampai di sini hampir pukul 12.00 tengahari. Masih ada yang berjualan tapi kami tak singgah
Mencari jalan untuk kembali ke Taman Sari, mau pergi ke tempat parkingnya beca. Pasar Ngasem ini berada di tepi jalan besar. Kerna ngak mau sesat jalan, kami berpatah balik ikut jalan masuk tadi, bertembung dengan rombongan pelawat yang baru masuk ke kampung..
Alhamdulillah sampai di west gate dan keluar menuju ke kawasan perumahan di bahagian timur Taman Sari
lorong menuju ke tempat parking beca
lorong menuju ke Taman Sari
Di hujung lorong, bapak beca sudah menunggu..lokasi seterusnya ke Masjid Gedhe Kauman di utara alun-alun keraton.
Masjid Gedhe Kauman ialah masjid agung Kesultanan Yogyakarta. Ianya didirikan oleh Hamengkubuwono I bersama Kyai Faqih Ibrahim Diponingrat (penghulu pertama Kraton) dan Kyai Wiryokusumo sebagai arkitek. Masjid ni dibina pada hari Ahad, 29 Mei 1773
main entrance ke kawasan masjid Masjid Gedhe Kauman
Masjid Agung Kauman dibina dalam seni bina agama Jawa tipikal dengan bumbung tiga tingkat, kekurangan menara dan serambi. Serambi (beranda utama berbumbung) merupakan ciri asas dalam seni bina Jawa.
Melangkah masuk ke ruang solat utama, kemasan kayu
Keluar semula ke kawasan serambi, nampak ramai orang perempuan berpakaian putih, macam ada majlis nikah. Tepat sangkaan ku..ada upacara pernikahan..yo! best ni..kami pun tunggu sehingga mempelai hadir..
wedding planner menunggu pengantin lelaki
terkejut ada yang berbaju melayu
yang lelaki pula bersampin tapi baju bukan cekak musang
tak menunggu sampai acara akad nikah
Keluar dari perkarangan masjid, cari bapak beca, minta dia hantar ke hotel. Nego harga, mahal pula bayarannya, tak jadi naik beca. Kami pun bayar bapa beca seperti yang dipersetujui - Rp30,000.
Sebelum pulang ke hotel, kami makan dulu di gerai-gerai di tepi jalan utama, di seberang jalan ialah alun-alun keraton.
gerai-gerai depan alun-alun keraton
gado-gado..enakkk
sebaik sahaja lepas makan, hujan turun dengan lebatnya berteduh dalam gerai
bila hujan dah berenti, kami order grab untuk pulang ke hotel..
tamat sudah sesi lawatan ke keraton Yogyakarta