Dari Keraton, kami menaiki beca motor ke Taman Sari. Kami mau aja terus ke Taman Sari tapi bapak beca beritau mau bawa keliling² dulu. Pergi ke tempat² wisata untuk belanja cenderahati..nak tak nak, ikut je lah..
keluar dari kawasan Keraton
Laju je naik beca motor, angin berhembus. Melihat kawasan perumahan disepanjang jalan utama..cantikk..
Bapak beca stop di Batik Pramugari. Cantik tempatnya
Kami dibawa melawat di tempat mencanting batik di bahagian luar bangunan
terma-terma tu tak tau apa maknanya, teka ikut gambar je
Jom masuk ke dalam bangunan pula
Semasa kami masuk, ada satu keluarga dari Malaysia sedang membeli batik. Cantik² batiknya, jenis kain sejuk..kami beli 2 pasang kain batik..
Selesai membeli batik, bapak beca bawa ke butik kaos pula, yang menjual T-shirt khas Jogja. Entah tak berkenan pula, design tak menarik, tak beli sehelai pun. Meneruskan perjalanan ke Taman Sari.
Taman Sari dahulunya ialah taman diraja dan dibina pada kurun ke 18. Asalnya ada 4 bahagian Taman Sari tapi sekarang cuma tinggal kompleks permandian utama (central bathing complex). Lokasinya 2km ke selatan Keraton Istana.
Ada entrance fee..tak ingat berapa..
east gate - Gedhong Gapura Panggung
entrance yang lawa
jumpa Umbul Pasiraman - kawasan kolam mandi ni
cantik untuk OOTD..
bergerak keluar, sampai di kawasan ni
the western gate - Gedhong Gapura Hageng
masuk juga pintu tu, tapi takde apa dalam nya
so, lawatan Taman Sari tamat di sini saja
Beli air kelapa, hari panas lit-lit..tiba-tiba, petugas Taman Sari panggil masuk ke penjuru belah utara, ada satu opening. Ramai local yang masuk, kita pun ikut je..rupanya aktiviti berjalan-jalan di kawasan kampung wisata dipanggil Kampung Taman..menarik kampungnya..
Bersambung..berjalan-jalan di Kampung Taman..
tengok ibu2 tu canting batik pun nampak cantik coraknya...mahal x sis harga batik kat sini...
ReplyDeleteCantiknya Taman Sari, umpama namanya, hehehehe. Batik pramugari tu, mula² ingatkan dia jual batik khas pakaian pramugari.
ReplyDeletecantiknya batik batik contengannya...
ReplyDeletenampak cantik batik contengannya
ReplyDeleteCantik batik...Boleh tengok sikit..corak apa yang dipilih tu.. ? Hehee.. Teringin pulak pergi sana 🤩
ReplyDeletecantiknya binaan keraton lama
ReplyDeleteAmboi.. Siap ada menara khas utk intai gundik mandi yer.. :)
ReplyDeleteDah aktif blog balik rupanya..
Cantik seni bina bangunan disana .
ReplyDeleteKalau pergi tempat proses batik, memang akan ralit je tengok.
ReplyDeleteNama butik ni Batik Pramugari sebab dieorg design batik utk pramugari Garuda Airlines ke? Sekarang ni batik dah makin popular kan.
ReplyDeleteEeeiiii gatalnya.. ada tempat tgk gundik gundik bermandi manda hahaha... Untung bila dpt bapak beca mau bawa jalan pusing2 bgi mmbli cenderahati..
ReplyDelete