Tuesday 10 September 2024

Port Makan-Makan : KL City Walk (KLCW)

Assalamualaikum..sambung port makan-makan dekat Jalan Perak, yang selalu kitaorang pergi time makan tengahari. Kali ni port makan-makan yang panjang, dari susur Jalan Pinang hingga ke Jalan P. Ramlee, dari selatan ke utara..KL Citywalk namanya..

KL Citywalk ni dah lama ada, dah lebih 10 tahun lamanya. Pernah buat entry pada tahun 2014 - Bukit Bintang : Berjalan Kaki

Ada banyak entrance ke sini..yang paling dekat dan mudah ialah entrance dekat Menara Bank Islam.

entrance dekat Menara Bank Islam
terus ke bahagian tengah KLCW
 
Disebabkan ia panjang, cuma beberapa bahagian je yang berpenghuni. Banyak outlet yang kosong. Bahagian yang paling meriah ialah di bahagian tengah.  Kalau lunch time, memang ramai di bahagian ni. 

Bahagian tengah
 
Di bahagian tengah ni ada outlet jual masak lemak salai, nasi arab, pasta, nasi ayam gepuk/penyet dan nasi campur Thai dan juga outlet jual minuman
 
warung jual nasi ayam geprek, ayam penyet
selalu beratur panjang di sini
 
outlet jual nasi arab & coffee hipster
 
tudia..nasi arab yambing pun ada
 
 
nasi mendi ayam..enak..
 
nasi daging bakar danok...pun sedap
 
gerai nasi campur thai
 
nasi campur Thai
 
Thai tea yang enak..limau ais pun sedap..
 
ok juga pasta disini..ada jual nasi goreng juga
 
outlet salai-salai
 
Best juga makan di sini, sebabnya terdengar jelas kuliah zohor di surau Menara Bank Islam...dapat juga santapan rohani..
 
entrance di bahagian selatan, dekat susur Jalan Pinang ke Jalan Perak
 
jual cendol, durian dan buah2an  
 
gerai cendol & buah2an 
 
durian street
 
bahagian selatan
 
ke bahagian utara - the Boardwalk
 
entrance di bahagian utara dari Jalan P. Ramlee
 
di sini pun jual buah durian juga
 
dan buah-buah lain juga
 
di bahagian utara, ada outlet nasi arab dan warung Jakarta
 
Warung Jakarta
 
Bahagian tengah KLCW ni cuma buka sampai lunch time sahaja, petang dah tutup
waktu malam cuma yang hujung-hujung je yang buka, dua-dua jual buah durian
 
Check it out kalau berada di kawasan ni..ibarat bersaei kalau berjalan dari hujung ke hujung..letih juga lah berjalan..
 

14 comments:

  1. BANYAK PILIHAN NK JAMU SELERA DI SINI LUAS KWSN NIAGA

    ReplyDelete
  2. Seronoknya siapa2 yg kerja dekat2 area ni sebab tak susah cari tempat makan & banyak pilihan pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, byk pilihan tempat makan...Alhamdulillah, ada yg murah jg..

      Delete
  3. Banyak pilihan makanan tu semuanya nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba semua sbb malas nak beratur...tapi nampak sedap semuanya..

      Delete
  4. Selamat menjamu selera
    Banyak pilihan juadah sesedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...byk pilihan, taklah rasa jemu, boleh pilih2 tempat makan..

      Delete
  5. Menarik juga ya di sini. Pertama kali juga saya jumpa menu yambing

    ReplyDelete
  6. banyaknya tempat makan, sesuai untuk orang muda yang masih gagah berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...panjang kwsn nya..mmg kena byk berjalan..

      Delete
  7. Banyak pilihan makanan yang ada. Siapa rindu daging bakar danok tu bolehlah cuba kat sini. Pasta panas tu mac & cheese dia sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 ada...pasta panas tu mmg sedap pastanya..pernah beli sekali...daging bakar danok pun sedap..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!