Tuesday, 13 May 2025

Majlis Ukhuwah di Putrajaya

Assalamualaikum semua..selamat kembali bekerja..
 
Kisah hari Sabtu 10.5.25. Pakcik teman yg bongsu, buat majlis makan-makan sempena persaraan beliau merangkap majlis jamuan raya juga. So, ni majlis terakhir di rumahnya di quarters kerajaan di Presint 17 Putrajaya sebelum berpindah keluar.
 
Mak teman nak pergi awal, nak tolong apa yang patut. Kami sampai dalam pukul 12 tengahari. Ada beberapa kerja yang masih belum selesai. Banyak menu disediakan oleh tuan rumah..
 
Menu masak dan prepare sendiri - nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, sambal belacan, telur masin, ada ulam-ulaman juga, laksa utara, mihun soto, rojak buah, rojak mamak, spageti goreng (untuk kanak-kanak), ubi rebus cicah sambal tumis, buah tembikai dan honey dew. Yang diorder - nasi ayam, bubur kacang, pelbagai jenis kek dan kuih-muih..
 
Adik makcik yang masak asam pedas..air tangan orang Melaka. selain adik makcik, anak saudara makcik juga tolong masak dari awal. Jiran-jiran pun ada datang menolong.. 

bahan-bahan untuk rojak mamak (pasembor)
 
bahan-bahan untuk rojak buah
makcik saya ni terer masak kuah rojak buah
 
ada ubi rebus, sambal bilis, mee goreng (sarapan)
 
siat ayam jadi ayam suir untuk menu soto
 
menggoreng pegedil untuk menu soto
 
menggoreng cucur untuk rojak mamak
disebelahnya memanaskan kuah rojak mamak
makcik dah buat awal-awal
 
Meja hidangan di luar rumah. rumah pakcik corner unit, so manfaatkan
ruang kosong depan lif dan depan laluan ke tangga 

dari kiri - telur masin & ulam2an untuk nasi putih lauk asam pedas ikan
yang atas rojak buah, yang dibawah - telur rebus 
dan timun untuk rojak mamak
 
timun & sengkuang untuk rojak mamak
ulam2an untuk laksa utara dan dihujung sekali ialah nasi ayam
 
dessert table - ada soto, ubi rebus + sambal
brownies, buah2an, kek2

 Selepas solat Zohor, tetamu mula datang. Kita pun makan dulu
sebelum tetamu ramai 
 
rojak buah
 
Keluarga adik-beradik, sepupu2, makcik2, mula datang
 
anak2 saudara, sepupu, makcik, tetamu yang lain
 
Saya yang bawa mak kena tunggu sampai pukul 6 lebih
bagi peluang mak bersembang dengan adik-adik dia
dengan tetamu dari kampung arwah nenek 
 
Dah selesai majlis, nasi ayam banyak lebih, bungkus sikit
bawa balik ke homestay..malam ni tidur di homestay
book satu malam di Dwiputra Residences di Presint 15 
 
Besar apartmentnya..1200sf..

dapur yang luas dan lengkap
 
menarik betul kolam renangnya
malas nak turun, bersantai-santai je di apartment
 
 Hari Ahad, check out...back to KL..

12 comments:

  1. Seronok kan spend masa dengan adik beradik saudara mara. Oh Dwiputra begitu view nya ya. Selalu lalu tepi jalan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dpt berjumpa dgn sepupu2, makcik2...first time booking di sini..

      Delete
  2. Replies
    1. sedappp...homecooked..yg nasi ayam tu dah terkenal kesedapannya..

      Delete
  3. Banyaknya hidangan... sediakan sendiri pula tu. Sedapnya, rojak mamak aka pasembor. :D

    ReplyDelete
  4. Suka la dapur yang tersusun macam tu... kemas!

    ReplyDelete
  5. Meriahnya menu, mcm nmpak ada kotak butter cheese cake Mita je kat atas meja td

    ReplyDelete
  6. Dwiputra nie macam Apt yang membe sewa pula..besar juga..puas hati

    ReplyDelete
  7. waduh ada ubi rebus tu. Tak tahan tenguk juadah yang macam-macam. Masa kita orang marhaban raya tahun lepas sajikan ubi rebus dengan sambal tumis. Dapat pujian sampaikan nak tapau. Apa lagi kalau dapat ubinya empuk memang sedap.

    ReplyDelete
  8. Bila adik beradik membesar dan duduk berjauhan mmg dah susah nak berjumpa.. once dah berjumpa meriah lain macam gitu huhu.. :D

    ReplyDelete
  9. Sesekali berkumpul macam ni memang best...dh lama SA X buat gathering macam.ni

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!