Friday, 16 May 2025

Nasi Kerabu Lemak Bakar | Klate | Kak Zah Nasi Berlauk

Salam Jumaat..

Orang nak bakar lemak, kita makan lemak bakar....hehe..makan nasi kerabu di dua outlet berbeza, ada lauk lemak, satu lemak bakar, satu lemak goreng kunyit kot...rare nih, jarang jumpa..so kita pun try..

Klate @ Taman Koperasi Polis Fasa 2

restoran baru juga ni
 
putih warna pilihan
 
pilih lauk di sini
 
banyak pilihan lauk-pauk
 
lemak goreng kunyit
 
lauk daging
 
besar portion nya, banyak sambal kelapa, taugeh, keropok
harga RM8.00
 
Sedap giler nasi kerabunya, sambal kelapa begitu terasa
lauk lemak pun enak banget..
 
Kak Zah Nasi Berlauk @ Kampung Batu Muda
 
bersambung dengan dewan orang ramai
 
 ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, nasi putih
nasi minyak dihujung minggu sahaja
 ada bihun sup, mi kari juga
 
nampak jeruk bawang putih
 
dalam periuk besar tu gulai nasi dagang
 
kuih-muih - beli boko ubikayu yang tinggal satu
sedap - tak keras, tak lembut, sedang2 saja
 
nasi kerabu lemak bakar - RM10.00
lemak dihiris nipis 
 
the verdict - bagi saya, biasa je rasanya..
lemak bakar tu tak berapa menyerlah rasanya
 
boleh repeat kedai nih, cuba menu yang lain pula

18 comments:

  1. Rare tu belum pernah cuba lagi lemak bakar.

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan lauk ni la yang rambang mata tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah byk pilihan...tapi kalau makan nasi kerabu, suka lauk ikan celup tepung, daging goreng..

      Delete
  3. Salam Jumaat kak..
    Banyak pilihan lauk nasi kerabu, no wonder hampir habis semua lauk sebab sedap. Harga pun consider murah.. Lemak bakar LZ masih belum pernah rasa.. Bila ada peluang nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat LZ...dua2 kedai lauk-pauk hampir habis...jarang jumpa yg jual lemak bakar, bila dah jumpa..teringin nak rasa...

      Delete
  4. Nasi Kerabu Klate tu nampak sedap. Belum pernah makan NK dengan lemak bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang jumpa..selalu lauk biasa2 je..

      Delete
  5. nampak sedap semua menu banyak bekas lauk dh kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi dah lambat..waktu pagi ramai pelanggan..

      Delete
  6. Tak pernah lagi makan lemak bakar ni, dengan nasi kerabu. Besor sungguh portion nasinya, di kedua-dua kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang org jual lemak bakar...baru pertama kali makan..yg first tu lemak goreng kunyit..ha'ah, besar portion nya...puas makan..

      Delete
  7. Pernah beberapa kali makan nasi kerabu.. Boleh makan, tapi tak berapa gemar..

    ReplyDelete
  8. Sesekali boleh la makan lemak bakar tu..kolesterol melambai- lambai tu kalau SA yang makan

    ReplyDelete
  9. Lemak bakar popular sekarang ni untuk nasi kerabu. Ramai dah jual lemak bakar. Nama Kak Zah ni macam popular je. nampak kak Dana ada up juga nasi dagang Kak Zah. Adakah owner yang sama cawangan berbeza. Harga murah, porsi besar. Sangat berbaloi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...dah ramai yg jual rupanya...mungkin jg owner yg sama...berbaloi..porsi besar, puas makan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!