Sunday, 28 December 2025

Basuh kereta di waktu malam..

 
Assalamualaikum semua..happy weekend..
selalunya hari cuti ni memang selalu gi basuh kereta  
banyak tempat car wash di sekitar rumah dan di stesen minyak
 
berapa charge basuh kereta di sini? 
kalau basuh saja tanpa vacuum, harga antara RM8 - RM10 je
sekali dengan vacuum - RM12 keatas.. 
 
Ada satu malam tu, lepas balik kerja
teringat nak try cuci kereta di tempat baru, di blok sebelah
 
kereta sedang dibasuh - charge RM12 tanpa vacuum..
nampaknya sekali ni je lah datang sini..haha.. 
 
Bosan pula menunggu, jalan-jalan meninjau pokok-pokok di sekitar
oohh..Kebun Komuniti rupanya..
ada pokok sayur, ada pokok bunga juga 
 


Bagus projek macam ni..
selalunya projek sebegini dibawah seliaan Persatuan Penduduk 
atau Kawasan Rukun Tetangga (KRT)..
 
Apakah KRT? 

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. Skim ini memberi kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah dan kawasan sekitarnya melalui rondaan wajib untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat.

KRT di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan Negara
 
Jika diawal penubuhan KRT atas dasar keselamatan, sekarang KRT bertranformasi menjadi satu entiti pelaksanaan program dan aktiviti berlandaskan lima teras iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup
 
dekat tempat teman ni ada KRT tapi tak join, tak jadi ahli
ok juga kalau jadi ahli, dapat kenal2 dengan ahli masyarakat..
 
azam tahun baru 2026...hihi..tengoklah macamana..

14 comments:

  1. Kalau sekali vacuum berapa la pulak charge nya tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal jg, ada tmpt yg murah, lbh baik gi sana

      Delete
  2. Murah ya cuci kereta kat sana, nampak banyak tanaman..jimat tu wak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. consider murah jg, ada yg dpt RM8 tanpa vacuum...tanaman orang...ya, boleh jimat duit beli sayur..

      Delete
  3. join KRT ok ja bermasyarakat saling mengenali

    ReplyDelete
  4. Malam-malam basuh kereta, tak ramai orang kot ya. Bagus KRT dia orang, ada projek berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah lepas balik kerja...x ramai org...projek yg bagus, bagi manfaat pd peserta..

      Delete
  5. Di Kuantan ni macam mahal servis basuh kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..sini masih reasonable lg..rm8 - 10..

      Delete
  6. SA baru balik dari Kuantan semalam..kereta SA dah macam masuk sawah bendang...hujan masa kami ke Kemaman dan Beserah...

    ReplyDelete
  7. Kdg2 mmg malas nak kaur kereta saya pun cuci luar jer huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jg yg mcm tu..duduk dlm kereta sementara org cuci luar kereta..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!