Assalamualaikum semua..Isnin terakhir di tahun 2025..
Sambungan kisah makan kenduri rumah sepupu di Felda Gunung Besout 1 di Sungkai, Perak..
Balik dari kenduri, singgah di Pangkin Aki Mohd di Tanjung Malim..book satu malam di sini..
Kawasan di tepi sungai, off jalan besar Tanjung Malim..sebelum ke sini, singgah dulu di pasaraya TF, beli air minuman, telur ayam, timun, jajan2. Pagi tadi, mak dah masak sambal ikan bilis untuk nasi lemak buat sarapan pagi esok. Petang ni makan laksa penang, kakak bawa kuah laksa..
Kami cuma dapat book satu chalet saja, sebab dah penuh. Kakak dan adik booked dua gazebo di tepi sungai.
dua buah chalet yang basic
ada katil dan bilik air, ada air-cond
tangga yang dikanan tu ialah tangga ke tandas
ada disediakan sinki untuk basuh pinggan mangkuk
periuk kuah laksa & rebus telur
kalau ikutkan perancangan, nak buat BBQ di malam hari
tapi semua dah kekenyangan, tak jadi BBQ
--------------------------------------------
--------------------------------------------
Pagi esoknya, aktiviti BBQ dimulakan, cuma ayam & sosej..
makan nasi lemak diatas gazebo
Pukul 12 tengahari, check out..



















Wah, best betul ni, healing satu family, dapat mandi sungai. Seronoknya!
ReplyDeleteSeronok, dah macam aktiviti camping cuma tak perlu nak pacak khemah 😅 lamanya tak mandi-manda dekat sungai.
ReplyDeleteBestnya aktiviti macam ni. Berkelah tepi sungai. Syok ramai2.
ReplyDelete