Tuesday, 21 July 2026

Family Dinner di Restoran Arab Al-Khair

Salam..muncul kembali..

Bulan Jun lepas, adik bongsu belanja makan sempena birthday dia..belanja nasi Arab..cari port yang tenang², nak gi tempat yang viral macam Damascus, Halab Gate, memang tak lah kan. 9 orang ahli rombongan..kita santai² je...

Riki² di TikTok, terjumpalah kedai ni..Al-Khair. Lokasi, off Jalan Ampang, dekat dengan bangunan RISDA..

The venue

Ada tempat parking di halaman restoran, Alhamdulillah..orang pun tak ramai. adik belum sampai lagi, lepak² kat luar dulu.

 lepak sini dulu, cantik bahagian ni
 
dah cukup quorum, jom lah masuk..
 
order 2 talam nasi kabsah, satu lauk ayam, 
satu lagi kambing
roti & daging cicah, falafel, salad arab..
 
the foods
 
The verdict : biasa-biasa je rasanya

  Alhamdulillah, ada yang belanja..

26 comments:

  1. Biasa biasa je ya
    Ciknur suka nasi arab ni tp
    Xlah minat sgt
    Org belanja kita mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka nasi arab..sesekali bolehlah kan...betul, rasa biasa je, tak brp umphhh sangat..

      Delete
  2. Setakat ni kedai nasi Arab yang kena dengan selera saya - Restoran Saba’, Cyberjaya. Kalau ada urusan area sana, memang selalu singgah Cyberjaya sebab nak makan Nasi Mandy situ ๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah try lg nasi arab di sini...kalau ada kerja di cyberjaya, bolehlah nak try..

      Delete
  3. Dalam restoran nampak cantik dan mewah tapi rasa biasa-biasa je ye. Saya suka pergi ke Yahala kat Ampang. Tempat lawa, makanan pun not bad. Yang penting ada tempat parking ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, rasa biasa2 je...boleh try nanti nasi arab Yahala..

      Delete
  4. Nasi Arab original memang biasa² je rasa dia, dah la tawar kemudian takde pedas.. hehe, Cuba kalau kita order dgn kekawan, sedap macam masakan kampung ๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasinya mcm kurang rempah...tak pernah lg order dari kawan2, mcm tak jumpa kawan2 yg jual nasi arab...

      Delete
  5. Adoi, tengok sajian makanan Arab ni terus rasa terliur! Kombinasi kambing dan ayam bakar dengan nasi yang wangi tu memang tak pernah mengecewakan. Puas hati dapat jamu selera satu keluarga. Terima kasih berkongsi review tempat makan ni! ๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2...Alhamdulillah, ada yg belanja..

      Delete
  6. Uncle selalu lalu sini... tak pernah singgah je

    ReplyDelete
  7. Bagi Cie pun kalau ori arab tak berapa sedap dengan tekak melayu kita. Buat sendiri lagi cukup rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena olah sikit utk citarasa rakyat Malaysia...sambal kena banyak...hihi..

      Delete
  8. Alaaa.. mesti dia masak macam nasi berperisa Arab jer kan, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...nasi dia rasa tawar...kena perbanyakkan sambal arab..hihi..

      Delete
  9. Biasanya kalau kedai nampak mewah, mesti rasa sedap.. laaa tak okayy ek.. so far kalau di Jb ni, nak makan ara, Zaituna aja sedap.. walau tempatnya biasa ajaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni nasi dia biasa2 je...kurang rempah rasanya...itulah, takleh judge dari suasana kedai...hehe..

      Delete
  10. Makan2 dengan ahli keluarga memang seronok walaupun kadang food biasa2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, suasana bersamaan yg buat jd seronok...

      Delete
  11. Makanan orang belanja biasanya sedap kan....hehehe...

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak makan makanan 'Arab'. Kalau kebab tu kira arab ke? ke kira kebab melayu sebab beli kat pasar malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira makanan arab juga...dah meluas penjualannya...kat pasar malam pun dah ada..

      Delete
  13. baru ingat nak try tapi kalau rasa biasa2 malas la pula nak try hahhaa. Nanti boleh try nasi arab dekat bandar enstek, sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. bandar enstek...oo..ok, kalau ada jalan2 ke sana, boleh try..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!