Assalamualaikum...kisah jalan-jalan, meronda Bandar Kuala Terengganu.
Pagi Sabtu, kami tak sarapan di hotel, keluar gi Restoran Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), depan Paya Bunga mall, nak makan nasi dagang dengan air ombak rindu..teh tarik yang berbuih-buih dan keropok lekor..Alhamdulillah..
Kemudian order keropok lekor jenis vacuum untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Seorang order 10 peket, satu peket ada 5 batang...huh, giler kuasa...hahaha..
Laksa kuah putih di Nasi Dagang Atas Tol
teringin! makan di pagi Ahad, semasa tunggu
keropok lekor vacuum yang dipesan
Pasar Payang
Lepas sarapan, ambik grab ke Pasar Payang yang baru. Sekarang ni ada 2 bangunan, satu jual batik, barang kemas dan satu lagi jual makanan kering, keropok2..
Bangunan utama yang ada jual batik
Jalan-jalan beli kain batik, T-shirt, keropok baby, keropok kering. Keropok lekor tak beli sebab dah booking kat Nasi Dagang Atas Tol.
Dah penat berjalan, singgah di foodcourt, makan colek buah dan mee rebus Terengganu
KTCC Mall
Malam Sabtu keluar meronda ke mall yang happening, KTCC Mall. Dinner di Mi Tarik Warisan Asli dan beli bun di Harold's bakery. Dari dalam mall, nampak ada yang berjualan di luar dekat pintu masuk utara...ooo..depa jual roti roujimo yang viral di Bukit Bintang..
Beli satu roti daging, untuk makan-makan supper di hotel
order grab, tengok ada tiga ekor Si Oyen, suka tengok gelagat si Oyen
Mayang Mall
Hari Ahad ada site inspection Mayang Mall. Masa ni belum buka lagi. Haruslah tayang gambar drone...hehe..tapi bukan teman yang ambik, branch office yang ambik. Kami tak bawa drone, kena bawa topi keras siap2 dari KL, SOP untuk masuk bangunan yang belum siap internal renovation...
Mayang Mall di tepi sungai
Lepas site inspection, singgah di branch office sekejap, then balik hotel, ambik beg and shoot to airport. Dapat message yang flight delay...lunch kat airport saja..
Sekian, work trip ke Kuala Terengganu..3 hari 2 malam..
Dah 15 tahun tinggalkan ganu, mcm2 ada dah
ReplyDeleteBest jalan2 Terengganu. Tahun lepas baru je pi kursus sana tapi tak sempat jalan2 sangat. Nanti nak pi bercuti la. Abang Cie ada duk sana.
ReplyDeleteselamat datang ke Terengganu, kami sentiasa mengalu alukan org dtg sini :D :D :D
ReplyDelete