Thursday, 19 March 2009

Dah tua pun, nak juga bertattoo..

Hai entahlah apa nak jadi dengan perempuan ni, dah tua pun nak juga bertattoo. Baju seksi, letak pula tattoo kupu-kupu di perut...ada 40 tattoo pelbagai jenis, memang merbahaya, membawa budaya kurang sopan betul. Budaya kuning. Umur dah 50 tahun, ni mesti ada 'midlife crisis'. Totally stylin' konon. Entah kenapa ramai sangat kanak-kanak perempuan suka sangat kat dia ni, yelah, dah tua pun, kulit masih tegang, muka masih comel, badan masih ramping..tapi itu semuanya plastik..plastik semata-mata, Barbie, Barbie..apakah ada agenda tersembunyi?? Kebebasan untuk mengekspresi diri...ahhh alasan.
  
Yang mana satu pilihan kalbu?



Bukankah lebih baik berpakaian sopan seperti Fulla, a girl's dream doll. Nama pun indah, dipetik dari species bunga jasmin yang hanya boleh ditemui di negara kelahiranmu, Syria. Anggun bertudung, menutup aurat dan menunjukkan nilai-nilai anak gadis Muslim yang baik, sopan dan manis.


"Fulla bukan seorang anak gadis yang seksi tetapi dia seorang yang jujur, pengasih dan mengambil berat serta menghormati kedua-dua orang tua, iaitu sifat-sifat yang semua ibu bapa mahukan terhadap anak-anak mereka."

Rupa-rupanya ada lagi saudara-maramu di negara-negara Islam yang berpendirian sepertimu, menjunjung agama, mendaulatkan syariat.

Moroccan Barbie - Maghribi
Razanne - US & UK
Dara & Sara - Iran




Walaupun alat permainan kanak-kanak sangat penting untuk proses pendidikan anak-anak dan perkembangan mental, terdapat juga pro & cons dan 'the hoo-hahs' mengenai kesan sampingannya. Seperti kata-kata ibarat 'cantik seperti anak patung', kanak-kanak dikuatiri berimaginasi terlampau untuk memiliki kesempurnaan fizikal seperti anak patung kesayangan mereka. Tenggelam dalam dunia kecantikan. Fulla atau Barbie, dua-duanya sama saja..Ahh..memang sukar untuk memenuhi kehendak semua orang...

Atau kokeshi dolls, any takers? Wow, artistic & aesthetic..

kokeshi doll

Friday, 13 March 2009

Di satu petang yang suram dan kelam....

Satu panggilan telefon pada pukul 11.30 pagi merubah perancangan saya petang itu. Perancangan awal nak siapkan report setelah annual leave + weekend + public holiday + medical leave. Last minute, the manager called for a compulsory attendance at a shareholders meeting scheduled at 3.00pm. Shareholders meeting??

Pertama kali menghadiri ‘shareholders meeting’ sebagai one of the consultants to the manager of the fund merupakan satu pengalaman menarik. Pelbagai ragam manusia yang datang, ada yang pakai well-tailored suit, ada yang sempoi pakai baju T dan kasut ‘crocs’…

Mesyuarat nampaknya tidak berapa rancak. Presentation dari the adviser menambah kesuraman, melihat graf yang semakin menurun, pie chart yang semakin menguncup, angka-angka yang semakin mengecil, profit yang semakin kabur. ..berselang-seli dengan financial jargons…FYE, LAD, NAV, VWAP..

In view of the current economic and financial crisis as well as the soft property market, bla..bla..bla..

Yeahh, blame it on the crisis, blame it on the crunch…

Suasana suram, sesuram cuaca di luar bangunan yang semakin kelam…

One outspoken shareholder agreed the fund to be terminated and proposed the cash to be given first to the shareholders while finding buyers for the properties. His proposal was collectively agreed by other shareholders. Sebulat suara. Macam cerita Jerry Mcquire `show me the money’…

Melihat graf yang turun naik, terlintas di fikiran 'bagaimanakah graf keimanan kita? Adakah sentiasa naik atau ada pasang dan surutnya? Di mana di waktu pagi dia beriman, di waktu petang dia kembali kufur?

Renungkan sejenak e-mail berikut yang diterima dari seorang teman..

Kini, saban hari ramai yang bimbang, ekonomi meleset, harga barang naik, pendapatan merosot dan lain-lain. Kitakan hamba pada Allah yang Maha Kaya..وَاللّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ Kita susah, adukan pada Allah, kita hilang sesuatu, minta diganti kan olehNya, kita rugi, sabarlah, mungkin ada hikmahnya. Itulah ujian hidup. Allah uji kita semua. Ustaz Kariman begitu menghargai kata-kata gurunya yang didapati ketika kuliah suboh, dan diingati hingga ke saat ini. Katanya, ianya bukan hadis cuma kata-kata ulama dulu-dulu…"bapa-bapa dan ibu-ibu sekelian, apa tidak benar kata-kata ulama dulu bila berkata “jika kita hanya takut kepada Allah, Allah akan jadikan sekalian makhluk takut dan hormat pada kita. Tapi jika pada Allah kita tak takut, Allah akan jadikan kita takut pada semua selain Allah.” Takut pada miskin. Takut pada sakit. Takut pada fitnah orang.

Surah Al-Baqarah 2:155 "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"

Jangan takut dan bimbang. Usaha bersungguh selagi berdaya.

"The burden is on us to perform, not the economy" said Datuk Dr Ang Bon Beng,
Executive Director of Tan Chong.

So be positive and brave, just the values we need to instil amongst the Muslims. Semakin gawat, semakin kuat usaha, di samping semakin bersyukor dengan apa yang ada. Ramai orang sekarang tak tau berterima kasih, apa lagi nak bersyukor dengan Allah. Kita masih ada bumbong, ketika malam tiba nak tidur. Masih ada air bersih nak minum dan bersihkan diri. Ada kerja dan sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan. Fikirkan sejenak saudara kita di Palestine, Iraq…Cuba amal kan, rajin-rajin lah bersyukor dan lihat bagaimana Allah membalasnya…Allah pasti akan menambah nikmat…

Surah Ibrahim 14:7 "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"


Lagi gawat, lagi kita bersedekah. Tak pernah orang jatuh miskin apabila banyak bersedekah. Kebanyakan orang jatuh miskin sebab kedekut. Lagi pun bukan semua, kita di suruh infaq cuma sebahagian dari apa yang kita punyai. Hakikat nya, apa yang kita sedekah itulah yang kita dapat di akhirat kelak. Yang kita tinggalkan di dunia adalah untuk waris kita.

Surah Al-Munafiqun 63:10 "Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

Sedari awal, kita sudah diingatkan yang kita pasti memohon pada Allah untuk ditangguhkan saat ajal untuk kita bersedekah. Kalau sudah diingatkan, tapi kita cuai, bukankah Allah Maha Adil dalam memberi balasan yang setimpal? Kita hambaNya sentiasa layak diuji…..

Thursday, 26 February 2009

Hijrahku, Hijrahmu

Bercuti, mengembara, berehlah ke luar negara memanglah menyeronokkan. Tetapi, berhijrah dan menukar kewarganegaraan ke negara lain, adakah ada dalam agenda hidup anda? Tak pernah terfikir pun, rasanya Malaysia ni dah OK… Tugasan kali ini ialah menilai harta-harta kepunyaan seorang professional ini yang memohon untuk berhijrah dan menukar kewarganegaraan. Hartanya yang hendak dinilai termasuklah tiga kondominium and satu rumah kedai. Bukan sahaja hartanah, nilai kekayaan individu (personal net worth) merangkumi wang ringgit, simpanan, saham,dll. Yelah, mana ada negara nak orang luar yang miskin jadi rakyatnya, kan...melainkan pendatang haram & pelarian sahaja.. Dan di satu pagi, saya ke kondominiumnya untuk sesi lawatperiksa. Dia sedang bersenam di atas ‘treadmill’ sambil menonton siaran Astro movie. Alangkah, seronoknya hidup… Sambil-sambil melihat-lihat dalam rumah, saya ber`small talk’ dengan klien ni: s: u nak migrate ke mana? j: Australia s: kenapa nak migrate? j: I’m tired with this country, the politics, the mismanagement, many things happened lately in this country, I’m fed up lah. Furthermore, my children are studying there.. s: will you apply for the citizenship? j: yup. I have been thinking of this many, many years ago and now is the right time to realize it. s: don’t you feel sad leaving this country? j: hmmm…I can always come here, my relatives are still here..life has to go on..opportunity doesn’t know twice on your door..remember that.. s: ok, good luck to u j: thanks. pray for me.. Begitulah, alasannya. Sedang Malaysia berkempen MM2H (Malaysia My Second Home) program kepada warga asing, ada juga rakyatnya yang nak migrate. Brain drain. Malaysia ni tak cukup baguskah?? Mungkin rumput di seberang lautan lebih hijau, lebih mekar, lebih rimbun, lebat…. Kita juga semua mesti berhijrah, akhirnya ..dari alam fana’ ke alam akhirat, transit di alam barzakh (alam kubur)… 1) Bilakah masanya? Telah ditetapkan, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat. 2) Maklumat tempat berhijrah? Tercatat di dalam Al-Quran and Al-Hadis 3) Bekalan & persiapan? Amal soleh, kebajikan & taqwa 4) Destinasi mendarat? Tanah perkuburan 5) Pakaiannya? Minyak wanginya? Kain kapan, kapur barus, cendana 6) Siapakah pegawai imigresennya? Malaikat Munkar & Naqir 7) Kapal terbangnya? Keranda Bersediakah kita??? [89.27] Hai jiwa yang tenang. [89.28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. [89.29] Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, [89.30] dan masuklah ke dalam surga-Ku.