Friday, 17 October 2014

Japan: Day 5 - Kyoto : Kyoto Imperial Palace

Selepas melawat Nijo Castle, dari Nijojo-mae station, naik subway ke Karasuma-Oike station, turun di sini, ambil pula subway Karasuma line ke Imadegawa station..nak pergi satu lagi tempat bersejarah di Kyoto iaitu Kyoto Imperial Palace (Kyoto Gosho). Kyoto Gosho ni pernah jadi tempat tinggal Maharaja Jepun dari tahun 1331 hingga ibu negara Jepun dipindahkan ke Tokyo pada tahun 1869. Hari ni sesi melawat istana lama..

register di No. 7 (source: KyotoImperialPalace)
Keluar exit 6, melintas jalan Karasuma-dori dan berjalan ke kanan menuju ke entrance yang dipanggil Inui-gomon Gate.

Inui-gomon Gate
Nak melawat istana ni, kena register di Imperial Household Agency Office dan kena ikut guided tour yang disediakan oleh pihak istana. Masuk adalah percuma. Imperial Palace tidak dibuka untuk awam tapi kawasan taman yang luas diluarnya untuk kegunaan orang awam beriadah, bersiar-siar.

Masa untuk English guided tour ialah pukul 10.00 pagi dan 2.00 petang.  Japanese tour pukul 3.00 petang.  Masa kami sampai di pejabat, pukul 12 lebih, office tutup untuk makan tengahari dan dibuka semula pukul 1.00 petang.Sebenarnya boleh juga register online dalam website Imperial Palace, lagi mudah sebenarnya.

Takde apa nak buat, jalan-jalan snap gambar park yang luas yang dipenuhi dengan pokok-pokok besar.
kawasan taman
the Office
Sedang duduk-duduk depan pejabat ni, datang dua orang perempuan, muka Nusantara, dari negara seberang, Indonesia. Mereka sudah register secara online dan dah dapat pun permission confirmation.

Menghampiri pukul 1.00 petang, semakin ramai pelancong asing datang berkumpul depan pejabat. Kami pun siap-siap beratur depan pintu. Risau juga kalau quota dah penuh..huhu..masa check dalam website, macam ada quota untuk guided tour ni....harap-harap dapat masuklah..
kena isi borang ni. masa di kaunter mereka akan minta nak tengok passport
Alhamdulillah, dah dapat..pastikan ada cop mohor
Dah dapat permission, jom bergerak ke istana, kita tunggu depan pintu gate pula...

Seishomon Gate - the main entrance
di luar istana
Seperti biasa, keadaan tanah yang berpasir dan berbatu kerikil. Sakit kaki mau jalan, pakai pula kasut nipis..

Tepat pukul 1.45, kami dibenarkan masuk. Security memang ketat, masa nak masuk guard tu tanya berapa orang dan siap kira guna stop-watch. Sebelum tour dimulakan, semua kena berkumpul di waiting room, menonton dokumentari mengenai Imperial Palace dan ada sikit taklimat dari tour guide. 

Ramai juga ahli tour kali ni, tak cukup seat dalam waiting room. Mereka inform hari ni mereka terima je pelancong-pelancong yang datang register, no quota..dalam ramai-ramai tu, kami berdua dan tiga orang lagi perempuan Melayu, satu keluarga Chinese dari Penang, dua orang perempuan Indonesia tadi, yang lain semua pelancong mat Salleh dan yang iras-iras Amerika Latin..

Jom ikut tour guide ni, lupa pulak nama dia ni..

tour guide
Inilah first time ikut guided tour...best rupanya, very informative, interesting and fun..menambah pengetahuan am tentang old Edo arkiteksur..


Kalau di Nijo Castle boleh masuk dalam bangunan, tapi di sini cuma lihat bangunan dari luar saja..

tour path
Okurumayose - pintu masuk utk urusan rasmi di istana
Shodaibunoma - balai menunggu utk tetamu

Setiap kali bergerak dari satu bangunan ke bangunan yang lain, akan ada dua tiga guard pengiring yang berpakaian biasa, mengetik stop-watch, kira jumlah ahli tour, cukup ke tak, kot-kot ada yang menyorok belakang bangunan...hehe....sebenarnya dalam bangunan tertentu, ada disimpan barang-barang diraja seperti pedang, cop mohor, etc. sebab tu kawalan keselamatan sangat ketat..

Jom, bergerak..seperti biasa, dalam kawasan istana, ada outer gate, ada inner gate lagi..ini ialah Jomeimon Gate..inner gate yang paling penting..sebabnya dari gate ni terus ke Shishinden..

Jomeimon Gate
Shishinden - simbol Kyoto Imperial Palace
Shishinden ialah bangunan yang paling penting di sini, dibina semula pada tahun 1855. Tempat pertabalan beberapa Maharaja Jepun seperti Maharaja Taisho dan Showa.  Dalam bangunan ni ada disimpan Takamikura dan Michodai...apakah bendanya itu? the 'Imperial thrones'..tempat duduk (takhta) yang digunakan semasa pertabalan Maharaja Jepun..

Yang tak bestnya tak boleh masuk dalam kawasan Shishinden, cuma boleh snap photo dari Jomeimon Gate, di wikipedia pun gambar macam ni juga..

Outer Gate utama yang direct dengan Shishinden ialah Kenreimon Gate. Menarik ukiran-ukiran di gate ni..ada lambang bunga crysantheum..the Imperial crest..
 


Kenshunmon Gate
Bila boring dengar tour guide tu cakap, mulalah tak fokus..snap sana-sini, trying hard ambil gambar takde gambar ahli-ahli jemaah yang ramai-ramai tu..

Seiryoden
Seiryoden ni senibinanya lebih kurang sama dengan Shishinden. Tempat tinggal Maharaja sebelum Otsunegoten dibina.

Ogakumonjo
Kogosho
Di antara Kogosho dan Ogakumonjo tu yang kawasan lapang, tempat putera-putera raja bermain 'kemarinoniwa' - sejenis permainan menimang bola dengan kaki, jangan sampai jatuh ke tanah.

ahli tour bergerak ke Ogakumonjo
OK, dah penat tengok bangunan, jom kita layan taman-taman pula, Japanese garden, ada dua taman - Oikeniwa Garden dan Gonaitei Garden. Dua-dua cantik..

Oikeniwa Garden - ada Jambatan Keyakibashi
anak sungai

Gonaitei Garden
 

Disebelah Gonaitei Garden ni, terletaknya Otsunegoten, tempat tinggal Maharaja sebelum ibunegara Jepun dipindahkan ke Tokyo pada tahun 1869.  Bangunan ni paling besar, mempunyai 15 bilik dan dibina mengikut 'shoin' style.
Otsunegoten
wall painting
binaan atap - tidak menggunakan paku untuk survive dalam gempa bumi
Otsunegoten

Tamat sudah guided tour selama sejam..interesting. Highly-recommended - sejarah, arkitekur dan view yang menarik...lagipun percuma, takde bayaran masuk.
landskap yang menarik..dengan pokok Japanese cypress yang macam bonsai
Hari dah pukul 3.00 petang, perut dah lama berkeroncong..breakfast pagi tadi pun ala kadar saja..mari cari makan dulu..sudah tentu di Rose Cafe, sebelah istana ni je tapi nak jalan dah tak larat, nak merentasi kawasan taman yang  luas, last-last naik teksi. Bersambung..

Wednesday, 15 October 2014

Japan : Day 5 - Kyoto : Nijo Castle

Assalamualaikum...

Perjalanan di Kyoto diteruskan lagi dengan menaiki Tozai subway dari stesen Higashiyama ke Nijojo-mae dengan satu tujuan..ke Nijo-jo (Nijo Castle), a UNESCO World Heritage Site.

Nijo-jo mula dibina dalam tahun 1603 untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi kepada Shogun Tokugawa yang pertama. Tapi ianya telah disiapkan oleh Shogun Tokugawa yang ketiga, pada tahun 1626. Ada binaan di sini diambil dari Fushimi Castle yang dibina semasa zaman Momoyama (1573-1614). Nijo Castle merupakan salah satu contoh terbaik untuk culture Edo dan Momoyama di Jepun.

Bayaran masuk ialah 600yen. Jom kita tengok bangunan yang dah berusia 400 tahun ni.


banyak rombongan sekolah
Masuk melalui main gate, Higashiote-mon 

Kawasan Nijo Castle dibahagi pada empat bahagian: 1) Ninomaru Palace, 2) Ninomaru Garden, 3) Honmaru Palace dan 4) Seiryu-en Garden. Tapi masa kami pergi, Honmaru Palace dan Ninomaru Garden ditutup untuk orang ramai.

site layout of Nijo Castle
Masuk je main gate tu, dah terasa keadaan tanah yang berpasir, berbatu kerikil. Tak best betul, bila berjalan, akan menghasilkan bunyi berdesir. Satu strategi ni, untuk keselamatan.

Kemudian, lalu pula inner gate, Kara-mon, yang gah ni, banyak betul ukirannya..

cute je budak kecik dua orang tu

Nun di depan sana, tersergam indah Ninomaru Palace. 
 
Ninomaru Palace
"The Ninomaru Palace is characterized by the elegant, yet simple shoin-zukuri architectural style, which was favoured by the warrior class. It consists of many linked sections. It has 33 rooms and over 800 tatami mats."
Pelan bangunan Ninomaru Palace
Nak masuk ke palace ni, kena buka kasut dan dilarang ambil gambar di dalam bangunan. Maka, berjalanlah kita di koridor istana mengikut arah anak panah seperti dalam pamphlet.

Memang cantik siling-siling dan wall paintings dalam istana kayu ni, tapi sayang tak boleh ambil gambar. Bila pijak je lantai, ada keluar bunyi, macam rumah-rumah kayu lama. Dalam pamphlet tu sebut lantai ni dipanggil 'Nightingale floor', memang sengaja dibina sebegitu..untuk keselamatan juga kot..maklumlah rumah untuk shogun..

Di dalam the Grand Room (Ohirama Ichi-no-ma), ada ditunjukkan peristiwa dimana Shogun Tokugawa yang ke-15 menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Emperor dan sekaligus menamatkan kuasa tentera (shogun) yang dah memerintah Jepun selama 270 tahun.

peristiwa penyerahan kuasa Shogun. Kelihatan siling dan wall painting yang cantik
Sebab tu dalam website ada ditulis, Nijo Castle ni bukan saja menyaksikan jatuh dan bangunnya Tokugawa clan, tetapi juga menyaksikan satu sejarah penting bagi negara Jepun.

Dah habis berjalan mengelilingi bangunan ni, boleh ke bahagian utara, ke Seiry-en Garden atau ke 400th Anniversary Gallery untuk melihat wall painting yang original. Nak masuk gallery, kena bayar separate entrance fee.

Memandangkan kami tak pergi kedua-dua tempat tu, kita snap-snap gambar sajalah.

Ninomaru Palace yang bercantum-cantum





Bergerak balik ke Nijojo-mae station, untuk ke satu lagi tempat bersejarah di Kyoto. Tak jauh dari Nijo Castle. Bersambung..

Tuesday, 14 October 2014

Japan : Day 5 - Kyoto : Fushimi Inari & Kiyomizu-Gojo

Day 5 :  Rabu, 17 September 2014

Hari ni check-out hotel untuk meneruskan perjalanan ke Kyoto. Teruja sebab Kyoto ialah satu destinasi yang menarik. Pernah jadi ibunegara Jepun dan tempat tinggal Maharaja Jepun dari tahun 794 hingga 1868, ada historical value pada bandar ni...

Dari Shin-Osaka, naik shinkansen pukul 7.26 pagi dan pukul 7.40 pagi dah sampai di Kyoto stationKeluar dari exit shinkansen, nampak Hachijo exit, Alhamdulillah, nak ke hostel kami pun ikut exit ni juga, so simpan beg di locker yang ada di luar Central Exit.

Dah settle semua, masuk balik ke Kyoto station untuk ke destinasi pertama kami di Kyoto iaitu Fushimi Inari-taisha.  Untuk pengembaraan di Kyoto hari ni, kami bermula dari selatan bergerak ke utara.
Kyoto station
Untuk ke Fushimi Inari, ambil local train Nara line, yang mana covered by JR pass. Turun di Inari station, satu exit saja, dari jauh dah nampak. Dekat bebenor dengan stesen.  Masuk adalah percuma.

the entrance
Tujuan utama ke sini nak lihat tori gates yang famous, yang beribu-ribu..


Fushimi Inari-taisha Shrine ialah rumah ibadat untuk mereka yang beragama Shinto, agama rasmi negara Jepun. Temples pula untuk agama Buddha.



Kena lalu tepi bangunan shrines ni untuk ke tori gates di kawasan berbukit di bahagian belakang.
di permulaan
di akhir garisan
Kami berjalan sampai di sini saja di permulaan Senbon Torii (beribu-ribu torii gates).
di permulaan Senbon Torii
Alhamdulillah, masa kami di sini, tak berapa ramai lagi pelancong yang ada.

  
Snap gambar sepuas hati, lepas tu bergerak balik ke stesen. Sampai saja di stesen, menderu-deru pelancong yang datang. Memang famous tempat ni.

Inari station
Dari Inari station, naik train yang menuju ke Kyoto station, tetapi kami turun di stesen Tofukuji, satu stesen saja dari stesen Inari. Dari sini, naik train Keihan Main Line ke stesen Kiyomizu-Gojo. Naik train ni boleh guna ICOCA card. Destinasi kedua hari ni ialah kawasan Kiyomizu-zaka/Gojo-zaka.

Sampai di stesen Kiyomizu-Gojo, keluar Exit 3 yang ada tulis Kiyomizu-dera, sampai  je di atas, ada bas stop di tepi jalan besar. Nak ambil bas di sini ke Gojo-zaka bus stop. Tunggu punya tunggu, bas tak muncul-muncul. Makcik di bas stop tu suruh kami jalan kaki saja..jauh juga nak berjalan..tapi jalanlah juga perlahan-lahan sambil kepala asyik toleh ke belakang, tengok bas ada ke tidak.

laluan pejalan kaki dan penunggang basikal
Gojo Guesthouse
penunjuk arah
Akhirnya, sampai juga di simpang Gojo-dori dan Gojo-zaka, landmarknya, kedai batu nisan ni..

kedai batu nisan dan binaan kubur Jepun
Melintas jalan depan kedai ni, dah sampai di Gojo-zaka. Destinasi seterusnya, nak ke Kiyomizu-dera temple..di Gojo-zaka, ada satu simpang ke kanan, namanya Chawan-zaka..dalam map, nampak dekat kalau nak ke Kiyomizu-dera, kami pun ikut Chawan-zaka..perghh..kena mendaki..

dah separuh perjalanan di Chawan-zaka
Di sepanjang Chawan-zaka, ada banyak kedai-kedai souvenirs, cafe-cafe...banyak juga rombongan budak-budak sekolah yang sama-sama mendaki..

yakult delivery. Kiyomizu-dera dah nampak di hujung sana
Dah sampai di hujung Chawan-zaka, tengok-tengok nak ke Kiyomizu-dera, kena mendaki lagi..malas pulak nak pergi, terus cancel..berpatah-balik..memang exercise betul pagi ni..

berjalan menuruni bukit
Sampai di hujung Chawan-zaka, pusing kanan, mendaki pula Gojo-zaka. Mencabar betul pagi ni.

simpang Gojo-zaka dan Kiyomizu-zaka. Nampak di hujungnya Kiyomizu-dera
Sampai di simpang Gojo-zaka dan Kiyomizu-zaka, singgah dulu kedai ais-krim, beli ais-krim green tea..treat untuk diri sendiri..haha. Kelihatan ramai pelancong dan rombongan kanak-kanak sekolah di simpang ni..


Another view
kedai-kedai di sepanjang Kiyomizu-zaka

Berehat sebentar, dah habis makan ais-krim, meneruskan perjalanan ke utara melalui Sannen-zaka. Kali ni turun bukit pula, lega..

di permulaan Sannen-zaka
kedai-kedai di sepanjang Sannen-zaka

 Bersambung pula dengan Ninen-zaka..


ke Ninen-zaka
kedai-kedai di sepanjang Ninen-zaka
di hujung Ninen-zaka
laluan ke Yasaka Shrine
Ada banyak shrines dan temples di kawasan Higashiyama ni..Kodaiji Temple, Yasaka Shrine, Choin temple dan juga Maruyama Park.

teksi sudah menunggu
Decided tak nak pergi semua tu, naik teksi yang dah sedia menunggu seperti dalam gambar di atas, ke Higashiyama station untuk ambil Tozai subway ke Nijojo-mae station dan destinasi seterusnya ialah Nijo Castle.