Saturday, 14 March 2015

Dah lama takde kenduri..

Assalamualaikum..selamat bercuti di hujung minggu..

Dah cuti sekolah, jemputan kenduri di sana-sini..start hari ni, dah ada jemputan, esok lagi, minggu depan lagi..Alhamdulillah..In shaa Allah, akan pergi, jika tiada aral melintang..


Ini my cousin's wedding pada bulan Oktober tahun lepas. Sebenarnya dah lama juga takde kenduri kahwin dalam family terdekat..terakhir adalah enam tahun yang lepas, kenduri my cousin juga, dia pun sekarang dah ada dua orang anak.



Yang kahwin ni, anak makcik saya sebelah mak. Maka berkumpullah saudara-mara, sepupu mak saya, kawan-kawan arwah tok sebelah mak saya, yang jauh dan dekat, kira macam jejak kasih pun ada..

Venue : Dewan Kristal, Menara Telekom, Bangsar


Entertainment dari Kumpulan Belo-Belo ni, best juga persembahan mereka.

 


Kanak-kanak yang sangat seronok..bergembira dengan cara mereka...

anak sepupu menari atas pentas

anak-anak saudara bergembira diatas carpet 'gebu'

sambutan hangat - 'chocolate fountain' table

- Sekian, happy weekend -

Wednesday, 11 March 2015

Dan pemenangnya ialah...

Assalamualaikum..

Tahun lepas, saya ada satu tulis entry Wow!!Menara DBKL2, mengenai pertandingan untuk pilih rekabentuk bangunan untuk ganti Bangunan DBKL 2 yang sediada, yang dah berusia 40 tahun. Ada undi awam, ada undi dari staff  DBKL, saya pun turut mengundi juga, saja menyibukkan diri.

Tapi keputusannya, seperti biasalah, dari juri professional.

Keputusannya dah diumumkan pada November 2014, tapi baru sekarang nak tulis entry.

Dan pemenangnya ialah rekaan ini...

dari firma arkitek Hijjas Kasturi Associates Sdn Bhd

Nampaknya undian saya tidak mengena..huhu..tapi saya still suka design E..sama macam forumer Yohja dlm www.skyscrapercity.com

"Shape is exquisite. Pokes nicely out of the skyline, has the IB Tower vibes as well with the solid white lines on dark glass"

Apa-apa pun, keputusan dah dibuat, tak sabar nak buat grand entrance di Menara DBKL 2 yang baru.

Saturday, 7 March 2015

CNY celebration

Assalamualaikum..

Hari Rabu, sehari sebelum Chap Goh Mei, ada acara makan-makan di office sempena Tahun Baru Cina. Setiap tahun macam ni lah, the Chinese bosses will pakat-pakat, kongsi-kongsi, buat jamuan..macam buat open house, joint-venture..

lai, lai..


Walaupun caterer datang lambat, pukul 6.30 petang baru muncul, tapi ramai staff masih setia menunggu..

the bosses delivering the speech...

deco, deco..I see red..

Meh tengok apa food yang ada

nasi goreng cina, sayur campur dan fish fillet masak sweet sour 
- semua sedap -

sate - yg belah sana pula, kuih-muih, puding dan pizza

fruits, karipap and pizza


sushi, sushi.


Ini plate saya, bersushi dulu..
Round One! Ting! kategori 'Lightweight'

Alhamdulillah, kenyang makan, thank you, xie xie.