Assalamualaikum...banyak gi open house? Alhamdulillah, almost every weekend..bukan saja open house, open kedai, open hall, open office, macam-macam venue ada. Selagi belum habis bulan Syawal, selagi tu kita beraya kan, bersilaturahim, makan-makan, sembang-sembang.
Corat-coret jamuan Aidilfitri di sana-sini. Lupakan hal-hal politik, ini jamuan hari raya PAS Kawasan Batu pada malam 1 Ogos di Dewan Dato' Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar.
Tak sempat hadir jamuan hari raya PKR Cabang Batu yang dibuat di sebelah petang di hari yang sama di Sekolah Tahfiz Al-Furqan, Kpg Padang Balang.
Tak sempat hadir jamuan hari raya PKR Cabang Batu yang dibuat di sebelah petang di hari yang sama di Sekolah Tahfiz Al-Furqan, Kpg Padang Balang.
Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua sudi hadir. Sungguh segak berbaju Melayu merah tua, bersongkok lagi. YB Tian Chua ni memang sporting orangnya dan fasih berbahasa Melayu.
Gambar-gambar dari whatsApp group
Menu hidangan - nasi putih/beriani, kari kambing, ayam masak merah, lemang & rendang, nasi impit & kuah kacang, bihun sup, bihun goreng, nuggets/sosej & buah tembikai. Alhamdulillah..
-----------------------------------------------------------
Ini pula 'open restaurant'..jamuan hari raya Restoran Dapur Sarawak di Jalan Sarikei, bukan di Sarawak, tapi di kotaraya KL. Lokasinya berhadapan dengan Hospital KPJ Tawakal, berhampiran dengan Restoran Haslam.
Makanan yang dihidangkan - mee kolok, mee bandung/mee belacan, nasi kaler hijau (hujan panas kot), rendang ayam & daging, mee/kueyteow goreng, cucur udang, rojak, nasi impit & kuah kacang dan ABC.
panas2 - memasak cucur udang & kueyteow/mee goreng
Alhamdulillah..syukran kepada tuanpunya restoran, semoga bertambah maju dan bertambah rezeki. Pernah sekali makan di sini selepas balik dari Kuching tahun lepas, mencari nasi arok ikan terubuk masin (kes kempunan..tak sempat makan nasi ni semasa di Kuching)..tapi takde dijual..huhu..
-----------------------------------------------------
Ni pula jamuan Hari Raya di pejabat pada hari Isnin 10 Ogos..decoration simple je tahun ni..masing-masing sibuk..
deko deko..lemang mesti ada..
a pot on the stove...kuah lodeh...panas-panas
food galore
Hujung minggu ni, hari Sabtu dan Ahad, ada lagi jemputan open house..penutup bulan Syawal..In shaa Allah, gantung periuk lagi..Alhamdulillah...