Monday, 20 November 2017

MITEC @ KL Metropolis

Pertama kali ke KL Metropolis...terus rasa "wow" bila tengok senibina Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC). The future is now.


  MITEC

Di selatan KL Metropolis pula, sedang dibina Arte Mon't Kiara, satu lagi senibina futuristik yang artistik..French Retro design..

 Arte Mon't Kiara
sumber: numestro

KL Metropolis ialah sebuah projek pembangunan komersil seluas 75.5 ekar di kawasan Dutamas, bersebelahan dengan kompleks mahkamah Kuala Lumpur. Dibangunkan oleh NAZA TTDI, KL Metropolis dirancang sebagai pusat 'International Trade and Exhibition District'.

Satu lagi projek yang menarik yang akan mengubah landskap kawasan Jalan Duta (Jalan Tuanku Abdul Halim)...yang hanya mampu tengok je..

Friday, 17 November 2017

Ayam Golek 5 Bintang

Assalamualaikum..

Kisah ayam golek lima bintang di Pantai Dalam...katanya yang pertama jual ayam golek di Lembah Klang..

Ini kali kedua singgah di sini. Kali pertama, tahun lepas. Dua-dua sebab ada kerja di kawasan ni. Singgah untuk sarapan merangkap makan tengahari.

pintu masuk ke restoran Naraseafood

jantung di luar

Tempat yang jual ayam golek di sebelah restoran ni..

 pondok menjual ayam golek

teruja tengok rumah papan ni..so cool..

ayam digolek...harga RM25 seekor..

masuk suratkhabar..tahun 2006. Pengasasnya Mek Kalsom

ayam golek berkhasiat resepi tradisional Kelantan

MM pun ada

untuk pesanan

 ayam golek dan pencicah style sos cili Thai
nyum-nyum...juicy, memang sedap..5 bintang...

Boleh dimakan begitu saja atau bersama nasi putih.. 
Sekian, check it out.. 

Sunday, 29 October 2017

Masjid Muhammadiah (Masjid Cina)

Assalamualaikum...

Sesi ziarah masjid lagi. Kali ni Masjid Muhammadiah di Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid ni dikenali juga sebagai Masjid Cina.

 masjid berciri senibina cina



Jom masuk..suka pulak tengok masjid berwarna merah. Rasanya masjid-masjid di Xián dan Beijing pun takde yang warna merah macam ni. Warna merah dan budaya Cina berpisah tiada..

 ruang solat di luar

ruang solat utama
cantik..gabungan warna merah dan putih

 siling bercorak bunga

sejarah penubuhan

Masjid Muhammadiah telah dibina diatas sebidang tanah kurniaan Kerajan Negeri Perak diatas Lot 70406, Taman Tasek Jaya, Ipoh, berkeluasan 3776 meter persegi (40644.524 kaki persegi). 

Bagi menzahirkan imej sebuah Masjid Cina Muslim di Bandaraya Ipoh, masjid ini telah dibina dengan senibina Cina sepenuhnya. Atapnya diimport dari negara China, malah kerja-kerja pemasangan atap tersebut dipandu oleh seorang juruteknik dari negara Tanah Besar itu.

Tujuan utama penerapan seni bina tersebut adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat berbilang kaum negara ini bahawa Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum selama mana budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam, sebagaimana juga Islam tidak menghalang pemantapan bahasa ibunda dan kebudayaan masing-masing.

Jom melawat kawasan masjid yang indah...


 pintu masuk macam pintu kota

  bonsai


 taman bunga

 tempat wuduk

 panda...mural dalam bilik air

 pintu

 comel jer


 menara azan

Habis sesi ziarah masjid, kita ke kawasan kedai yang mengadap jalan besar, nak makan mee rebus Ramli yang femes tu..

 Restoran Mee Rebus Ramli di Taman Tasek Jaya

 Mee rebus special, ada udang
Ingatkan udang dalam kuah, rupanya udang goreng bersalut tepung
macam tak berapa nak masuk dgn mee rebus  
kalau cili hijau lagi best

Harga semangkuk mee rebus biasa ialah RM5.10; udang goreng tu RM3.70
The verdict: terbaik, memang sedap kuahnya. Cili merah tu kalau ganti dengan cili hijau lagi best, rangup je..

Tamat sudah sesi lawatan ke Taman Tasek Jaya, kalau ke utara jangan lupa singgah di sini..