Friday, 1 December 2017

Burger kerbau

Assalamualaikum..

Haritu teringin nak makan burger, sampai di rumah, jalan kaki ke gerai burger. Mula-mula order empat burger ayam, belanja anak-anak saudara datang rumah. Bila tengok menu, ada tulis 'buffalo'..

buffalo = kerbau

Wah, first time ni...teringin pulak nak rasa. Order satu kerbau, lain kali, kita cuba pula burger rusa dan burung unta. Harga burger kerbau RM3.50.

 burger kerbau in the making

 sedia untuk dimakan

Oklah, sedap juga. Mungkin dah diproses jadi daging burger, ditambah pula dengan sos cili dan mayonis, tak terasa sangat ke'kerbau'an nya, mcm daging lembu rasanya. Kali kedua ni makan daging kerbau, pertama kali, kenduri di Pahang.

Bagus juga mengkomersilkan daging kerbau macam ni. Dapatlah makan daging kerbau, kalau tak, susah nak jumpa daging ni. Keluaran Ramly Burger.  

Jom support keluaran Bumiputera, halalan toyyiban.

Wednesday, 29 November 2017

Pelaburan Patuh Syariah

Assalamualaikum....

Hari Sabtu lepas sempat berkunjung ke Kuala Lumpur Convention Centre, jalan-jalan cari ilmu pelaburan di Syariah Investing Fair, dengan tema 'Live Responsibly, Invest Responsibly, Invest Syariah'.
 

Pelaburan sebagai 'side income' untuk mendapat 'capital gains'  daripada kenaikan harga saham/hartanah/komoditi/emas dan juga pendapatan pasif bulanan/tahunan dalam bentuk sewaan hartanah, bonus dan dividen. 

Ada juga yang menjadikan pelaburan sebagai pendapatan utama mereka dan sudah tentu mereka mempunyai portfolio pelaburan yang pelbagai untuk menjana pendapatan.

Ilmu tentang pelaburan sentiasa menggembirakan minda. Diantara blog yang banyak saya pelajari mengenai ilmu pelaburan ialah 1-million-dollar blog. Rasanya semua jenis pelaburan di dalam dan di luar negara ada ditulis di dalam blog ni.

Boleh dirumuskan pelaburan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia ialah unit amanah dan saham ekuiti di Bursa Malaysia.  

Ada pelbagai jenis pelaburan lain seperti pelaburan emas/perak, sukuk/bond, skim persaraan swasta, derivatives/futures, unit amanah hartanah (REITS), pembelian hartanah dan skim insuran (investment-linked insurance).  Yang lain, yang tidak kurang popular juga ialah simpanan tunai di Tabung Haji, simpanan tetap dan simpanan bank (akaun simpanan/semasa).

Yang baru saya tahu ialah Exchange Traded Fund (ETF) atau Dana Dagangan Bursa. Lebih kurang macam unit amanah tapi didagangkan di bursa saham.


Sebagai seorang Muslim, memilih pelaburan patuh syariah merupakan salah satu cabang ibadah kerana mencari sumber rezeki yang halal adalah wajib bagi umat Islam. Dengan memilih pelaburan patuh syariah, kita boleh mengelak daripada terlibat dengan unsur-unsur riba, gharar (tidak jelas/penipuan) dan al-maisir (perjudian).

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
mengawalselia perkara berkaitan sekuriti dalam melindungi pelabur

Ada forum dan ceramah pelaburan tapi semua tak pi dengar, sebab dah lama bermula..cuma sempat dengar forumer tu sebut sistem Ponzi..

 
Game time
  

Apa yang saya dapat di Syariah Investing Fair: 
 
  • Jawab questionaires Securities Commission: dapat beg, note pad, pelekat kereta, buku2 kecik ni..ada banyak pamphlet, tapi malas nak ambik. 

 
 cara-cara membeli saham melalui ilustrasi kartun
 
  • Dapat ejen baru untuk unit amanah Pelaburan MARA..dah lama beli, tak ingat ada ejen ke tak, ke dah meninggal, teman pun tak tau...ejen baru  tanya, untung ke tak? entahlah, tak ambik kisah, semua dividen re-invest...ejen tu cakap boleh tukar-tukar fund, nak aggressive, balance, conservative, global.. 
  • Dapat tau yang Bank Islam pun ada unit amanah...huhu..suratkhabar the Edge bertimbun atas meja, dalam tu ada Lipper Fund Table sampai 3 mukasurat, ada senarai semua jenis unit amanah, siap ada ranking sekali, tapi tak pernah nak baca...sorang ejen datang promote, entahlah..dah malas nak beli unit amanah.. 

Rasanya itu saja yang perolehi, tak produktif sangat. Ada banyak booth tapi macam malas nak bertegur-sapa, beramah-mesra...last-last suh beli produk depa...     
             
Sebenarnya banyak produk pelaburan patuh syariah yang berada di pasaran. Keputusan dan tindakan di tangan anda...'live responsibly, invest responsibly'..kita di akhirat adalah hasil dari hidup kita di dunia... 

Saturday, 25 November 2017

Ingatkan lemang..

Rupanya bukan...

Masa jalan-jalan di 'pasar terapung' Lat Mayom di Bangkok, terjumpa masakan dalam buloh ni..


Namanya Khao lam..sejenis kuih pulut hitam yang dimasak dalam buluh.

campuran pulut, gula, kacang merah & santan

hmmm...aroi mak-mak!!