Tuesday, 13 March 2018

Ais kepal milo viral @ Kuala Kangsar

Assalamualaikum semua..

Teman sekarang bercuti di kampung. Kuala Kangsar. Sekarang ni viral ais kepal milo sejak masuk program Majalah 3 hari Isnin lepas.


So, teman pun join the crowd, mencuba ais kepal ni, nak tau juga, sedap bebeno ke? Petang Ahad, pergi riki-riki, tengok ramainya orang beratur..tak jadi beli.

Petang tadi (hari Isnin) pergi lagi..beratur juga tapi takde le panjang macam hari Ahad..


Gerai ni di tepi jalan dalam pekan kuale, dari jauh dah nampak lambang milo ni.


Waktu operasi sampai pukul 10 malam. Ade ke orang nak makan ais malam-malam. Ade le kot gamaknya. Tutup hari Selasa.

Ais dikisar dan dimasukkan dalam plastik bertali. Bukan dikepal-kepal. Mudah macam ni. Ingatkan ais kepal old school, nostalgia zaman kanak-kanak dulu.

Kendian dimasukkan bancuhan milo yang pekat.

Tudia...pekat betul..

Macam ni rupanya..ais kepal milo..
makan dengan sudu. dah cair boleh sedut guna straw

Rasanya..memula tu pahit sikit sebab pekat milonya. Bila dah bersatu dengan ais kisar..rasanya memang sedap ala-ala ice-blended. Harga RM4.00

Bolehlah cuba jika ke Kuala Kangsar..

Wednesday, 7 March 2018

Penang : Jalan-Jalan di Tanjong (finale)

Holaa..

Terakhir di Penang, masih lagi ronda-ronda di kawasan Tanjong.

Dalam entri lepas, kita dah sampai di Jalan Sultan Ahmad Shah. Kali ni berpatah balik ke Jalan Leith. Depan the Blue Mansion, ada butik hotel yang menarik - The Edison Hotel.

Edison Hotel 

Cantik laa haii hotel ni, jatuh cinta lagi bila tengok gambar dalam website.

 

Di sebelah Edison Hotel ialah Waldorf Hotel. Unik bangunannya, terasa macam kat negara china, no frill, simple building

retro & cool hotel

Di hujung Jalan Leith, menghampiri Jalan Sultan Ahmad Shah 
 
Equator College

Memasuki Lebuh Light menuju ke Lebuh Farquhar

Convent School di remang-remang senja


Starbucks Coffee outlet di bangunan warisan


 Menuju ke Lebuh Farquhar, di sini banyak bangunan-bangunan lama dijadikan pejabat-pejabat kerajaan..
 
 
 Bangunan Mahkamah Tinggi

bahagian depan Mahkamah Tinggi di Lebuh Light

di depannya Mahkamah Sesyen & Sivil, ada pulak tugu peringatan ni

 

Tugu peringatan untuk James Richardson Logan, seorang peguam, a Scottish, datang ke Penang pada tahun 1839.

"As a lawyer, Logan was known for supporting the rights of natives. He represented an Indian sireh (betel leaf) farmer in a complaint against the East India Company, and defended the rights of the Chinese in Penang to organise and conduct their traditional festivals"

Menuju ke Esplanade..


 Bangunan City Hall dan Town Hall (di hujung sana) 


senibina gothic


macam berada di Eropah

                                  Bergerak pulang, menuju Jambatan Pulau Pinang


Jubilee Clock Tower

"The Jubilee Clock Tower is a Moorish-style Jubilee clocktower at the junction of Light Street and Beach Street. Built to commemorate Queen Victoria's 1897 Diamond Jubilee, the tower is sixty feet tall, one foot for each year of Victoria's reign.  The clock tower is slightly tilted, a result of bombing during the Second World War"


last shot @ George Town


it's a wrap up - bye-bye Penang

Monday, 5 March 2018

Penang : Jalan-jalan di Tanjong

Assalamualaikum..

Sambung citer Penang. Jom ikut cek ronda-ronda Tanjong.

Tanjong mana? Tanjong Tokong? Tanjong Bungah?

George Town. 

Dulu sebelum British sampai, George Town dipanggil Tanjong. Butterworth dikenali sebagai Bagan. British dah merubah segalanya, nampaknya kekal sampai sekarang, walaupun ada ura-ura nak tukar balik dua nama ni.

"Nama Tanjong ditukar kepada George Town oleh pengasas penempatan British di Pulau Pinang, Kapten Francis Light pada 1786 dan nama Bagan ditukar kepada Butterworth oleh gabenor pertama Pulau Pinang, Sir George Alexander William Leith"
 
Nama George Town berasal dari nama raja British, King George III. Nama Butterworth dari nama gabenor pertama Negeri-Negeri Selat iaitu William John Butterworth, yang bertugas dari 1843 hingga 1855.

OK je kan, kalau nak tukar ke nama Tanjung, Bagan, semula. Ke tak best? takde commercial value? tak international? Di Myanmar, ada tempat nama Bagan. Popular juga...
---------------------------

Letakkan ketepi isu kontroversi ni, jom, kita start ukur jalan. Dulu masa pergi tahun 2012, dah ronda-ronda, tapi kali ni ikut jalan lain pulak. 

Mula dari Jalan Penang. Keluar hotel, pusing kiri, cepatt jalan. Jumpa mural penarik beca.

 sedang bersantai menunggu pelanggan

 Masjid Benggali

 tempat wajib singgah di Penang
Jeruk Madu Pak Ali

Masuk Lebuh Campbell. Ni laluan ke Upside Down Museum.

 mural buah berangan

Jalan ni dinamakan sempena aktiviti membuat tali
apakah nama jalan ini? cer teka, cer teka..

Jalan Pintal Tali..pandai adik-adik

Jom kita jalan lagi. Cari mural-mural besi yang menceritakan sejarah lorong-lorong yang ada di sini. 

 dim sum di Lorong Cintra

Amazing race - mencari Camera Museum di Lebuh Muntri.

The Southern Hotel

jubin lantai yang cantik

Lebuh Muntri mengambil nama dari Orang Kaya Menteri of Larut, Perak
iaitu Ngah Ibrahim. Pedagang bijih timah berniaga dengan Ngah Ibrahim
sebab Larut merupakan pengeluar bijih timah terbesar masa tu

Dah sampai depan Camera Museum, tutuplah pulak. Takde rezeki. Jom lah balik. Ingatkan nak masuk Love Lane, dah tak larat. Berpatah balik, masuk Jalan Leith menuju ke Jalan Sultan Ahmad Shah. 

Di Lebuh Muntri juga, tempat pereka kasut antarabangsa,
Jimmy Choo mula apprenticeship buat kasut

menarik bangunan ni

Jalan-jalan lagi, menyusuri Jalan Sultan Ahmad Shah sampai jumpa Friendship Park, ada tulisan

I love Penang

 Bersambung..entry terakhir Penang.