Tuesday, 13 March 2018

Ais kepal milo viral @ Kuala Kangsar

Assalamualaikum semua..

Teman sekarang bercuti di kampung. Kuala Kangsar. Sekarang ni viral ais kepal milo sejak masuk program Majalah 3 hari Isnin lepas.


So, teman pun join the crowd, mencuba ais kepal ni, nak tau juga, sedap bebeno ke? Petang Ahad, pergi riki-riki, tengok ramainya orang beratur..tak jadi beli.

Petang tadi (hari Isnin) pergi lagi..beratur juga tapi takde le panjang macam hari Ahad..


Gerai ni di tepi jalan dalam pekan kuale, dari jauh dah nampak lambang milo ni.


Waktu operasi sampai pukul 10 malam. Ade ke orang nak makan ais malam-malam. Ade le kot gamaknya. Tutup hari Selasa.

Ais dikisar dan dimasukkan dalam plastik bertali. Bukan dikepal-kepal. Mudah macam ni. Ingatkan ais kepal old school, nostalgia zaman kanak-kanak dulu.

Kendian dimasukkan bancuhan milo yang pekat.

Tudia...pekat betul..

Macam ni rupanya..ais kepal milo..
makan dengan sudu. dah cair boleh sedut guna straw

Rasanya..memula tu pahit sikit sebab pekat milonya. Bila dah bersatu dengan ais kisar..rasanya memang sedap ala-ala ice-blended. Harga RM4.00

Bolehlah cuba jika ke Kuala Kangsar..

30 comments:

  1. SEDAPNYA AIS KEPAL MILO MINUM TENGAH PANAS KAN OHAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, kak...dah byk tempat kat kuale yg jual ais kepal ni..

      Delete
  2. Ais kepal milo pun dah makin popular di sekitar bangi kajang skang. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke..belum sempat gi area sana lg buat masa ni..

      Delete
    2. Bangi di mana?? Bagi alamat please

      Delete
    3. tiada jawapan...kena cari sendiri nampaknya, tapi Bangi tu besar..huhu..

      Delete
  3. Tudiaa, pekatnya Milo... hehee boleh try buat sendiri ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pekat milonya..boleh buat milo blended..

      Delete
  4. Simple je banding dengan ABC...

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple je tp harga lbh mahal dari ABC..

      Delete
  5. pekat tu
    kalau makan selalu mahu kena kencing manis
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukuplah sekali, nk merasa..manis bebeno..

      Delete
  6. Tulah, pekat weyh... Nnt potong kaki, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekat dan manis..bila ais cair, jd milo ais..cukuplah sekali, kena control..

      Delete
  7. SELAMAT BERCUTI DI KK NOHAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik, kak..cuti dua hari je - Isnin & Selasa..

      Delete
  8. Dah rasa juga.. sedap tapi manis nau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoii..manis giler..kena tunggu ais cair, baru ok sikit..

      Delete
  9. Satu inisiatif yang menarik... untuk penggemar milo jangan lepaskan peluang untuk mencuba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. milo memang kegemaran rakyat M'sia sejak dulu lagi, walaupun Nestle dah mngaku yg milo bukanlah minuman sihat tapi masih tetap jd kegemaran ramai..rasa coklat yg sedap..

      Delete
  10. Dekat area rumah Sha ini pun ada, tapi dia ada hiasan sampingan.. Cuma disebabkan asal lalu je penuh.. asal lalu je penuh.. maka mampu tengok jelah.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg viral ais kepal ni, baru perasan ptg tadi, kat area rumah pun dah ada, siap ada ais kepal horlick jg..huhu..

      Delete
  11. Wah..terserlah rupa bentuk coklatnya. Kalau kecik2 dulu boleh makan milo macam tu aje..kalau letak ais mesti lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekat milonya..yaa..dulu cedok milo dlm tin, mkn mcm je..nikmat betul..hihi..

      Delete
  12. masa ke kuala hujung bulan lepas mmg teringin nak rasa milo kepal ni..tapi nengok que yg agak panjang malaih teman waima bawak pulak mak n abah..mau cemuih depa..memandang jer la teman..hehehehehe..minggu lepas ke kuala juga tp beli yg kat tepi sungei tu..kurang ummmppp..milonye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend mmg panjang que..byk tmpt kt kuale dh jual milo kepal ni..yg ni jg yg sedap..

      Delete
  13. boleh la singgah kalau ke ipoh tp kenduri kwn bln 8 alamak 🤪🤪 kempunan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, boleh singgah kuale..otw ke Ipoh...sabaq2..

      Delete
  14. Kdai ni yg berhadapan phamrmacy epal jaya tilu kew

    ReplyDelete
    Replies
    1. farmasi epal jaya tu teman tk tahu...kalau dari jam beso nk ke supermarket/KFC,akan nmpk gerai ni di sebelah kanan..lepas Arked MARA..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...