Tuesday, 17 April 2018

KAH 2018 : Teringin pula untuk kali kedua

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, hari Sabtu lepas, selesai Kursus Asas Haji (KAH) di Masjid As-Syakirin Gombak. Sebenarnya menemani mak. Kami cuma sempat dua kali berkursus di sini, sebelum ni mak mengikuti kursus di masjid di pekan Kuala Kangsar. 

Untuk yang terakhir ni, ada amali ibadat haji..ramai jemaah berpakaian putih. Replika kaabah pun ada.


Pengkhursus - Tuan Hj Nazri, bagus penerangannya
masa ni penerangan cara-cara mengambil wuduk dengan sebotol air
dan juga bertayammum dengan debu tanah

Persoalannya: Bolehkah kita bertayammum dengan menepuk dinding kapal terbang untuk mengambil debu? Mazhab Syafie tidak dibenarkan, Mazhab Hanafi boleh

suasana di ruang masjid


OK, nak mula amali tawaf. Jemaah lelaki sudah memakai pakaian ihram. Jemaah dibahagi kepada 3 kumpulan mengikut jenis haji - haji tamattu', haji ifrad dan haji qiran.

Apakah beza haji-haji tersebut? 

Haji Tamattu' - mengerjakan umrah dahulu di musim-musim haji sebelum mengerjakan haji. Kebanyakan jemaah haji muasasah Tabung Haji yang pergi penerbangan awal, mengerjakan haji tamattu'. Dikenakan dam sebab mengerjakan umrah di musim-musim haji.

Haji Ifrad - terus niat haji. Haji yang terbaik. Jemaah yang pergi hampir dengan waktu wukuf di Arafah selalunya mengerjakan haji ni. Tidak dikenakan dam.

Haji Qiran - niat haji dan umrah serentak. Dikenakan dam.

mula bertawaf haji

jemaah muslimat 

pelik pulak fesyen ni, dari sehelai kain pelikat, nampak betis


Lepas snap2 gambar, teman pun join sama bertawaf. Tetiba rasa teringin pulak nak pergi sekali lagi. Alhamdulillah, dah menunaikan haji 17 tahun yang lalu.

Dulu mudah je nak buat haji ikut muasasah Tabung Haji, daftar tahun 1997, tahun 2001, dah dapat panggilan. Sekarang ni tak taulah bila dapat giliran kalau baru nak mendaftar melainkan pergi ikut pakej. Lagipun harga untuk buat haji kali kedua ikut muasasah Tabung Haji dah dekat nak hampir sama dengan harga pakej.

Ok, sambung balik, lepas habis tawaf, pengkursus suruh pergi sa'ie, habis semua jemaah pergi saie....tiba-tiba, pengkursus panggil kumpulan Haji Ifrad dan Haji Qiran. Hangpa jangan pergi sa'ie haji sekali lagi sebab dah buat sa'ie haji selepas tawaf qudum. Cuma yang buat haji tamattu' saja yang buat sa'ei haji lepas tawaf haji. Tapi ada juga yang buat haji ifrad dan haji qiran yang belum buat sa'éi haji selepas tawaf qudum.

Yang buat haji ifrad dan haji qiran, lepas tawaf qudum (tawaf selamat datang), mereka dah boleh buat sa'ie haji sebab mereka dah berniat haji.

Sambung wukuf di Arafah. Pengkursus baca khutbah. Kemudian dia panggil sorang jemaah untuk melaungkan azan dan iqamat. Lelaki yang berbaju kain pelikat tadi bangun untuk melaungkan azan. Sedap suaranya. Pengkursus kemudian baca khutbah kedua pula.

 amali wukuf di Arafah

amali melontar di tiga jamrah - Sughro, Wusta, Kubro
pihak masjid siap sediakan batu-batu untuk melontar


Alhamdulillah, selesai penutup Kursus Asas Haji selama 17 siri

Sangat berharap kawan-kawan dan pembaca semua supaya mendoakan mak saya dapat mengerjakan haji tahun ni bersama adik dan suaminya. Adik dah dapat tawaran dari Tabung Haji. Mak dah buat rayuan, masih menunggu surat jawapan.

Bagi yang belum, semoga dipanggil menjadi tetamu Allah satu hari nanti..

Labbaikallaahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, innal hamda wanni'mata laka wal mulka, laa syariika laka

"Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat hanyalah milik-Mu, juga semua kerajaan, tidak ada sekutu bagi-Mu"

Saturday, 14 April 2018

Di Tepi Sungai Perak @ Bukit Chandan

Assalamualaikum..

Cuaca masih panas, bertambah panas dengan bahang PRU14,  jom kita sejukkan minda di tepi Sungai Perak..

*citer balik kampung bulan lepas*

Sungai Perak di bahagian Bukit Chandan


air sungai mengalir lesu

pokok besor

pokok besor di tepi padang

 padang dan bumbung Istana Iskandariah, Bukit Chandan

Selamat berhujung minggu

Wednesday, 11 April 2018

APW - Art Printing Works

Assalamualaikum..

Jom bersantai, makan-makan, tengok pokok-pokok di APW, Jalan Riong, Bangsar.
 
APW..satu projek transformasi kegunaan..dari kilang percetakan ke hipster cafe dan restoran. Ada juga butik pakaian dan nurseri pokok-pokok...

 view dari Jalan Riong

Pernah tulis dalam entry - Black Knight: the inside story. Tak lama lepas tu, ada kerja di bangunan sebelahnya..so, terus je meninjau kawasan APW ni. Menarik juga, jom tengok apa yang ada di sana..

 di sebelah kanan, ada pelbagai pokok bunga dan pokok sayur

pokok labu

pokok bunga renek

Thai basil

pokok pegaga

Mula-mula tu rasa bestnya tempat ni, siap ada tanam pokok sayur. Rupa-rupanya ini ialah salah satu penyewa di APW - Plant Cartridge Sdn Bhd, yang menjual cartridge untuk tanam pokok-pokok bagi 'urban farmer wannabe'.

green house..rugi lak tak masuk


OK, jalan lagi, melawat kawasan, check apa yang ada. Sebenarnya nak makan tengahari di restoran Agak-Agak oleh Ili Sulaiman, rupanya dah tutup akhir tahun 2017. Ili Sulaiman ni hos rancangan masakan Lesung Pipit.

Ada 5 cafe di sini - Breakfast Thieves, Proof Pizza + Wines, Kaiju Company, Case Study dan PULP. 
 
masih mengekalkan bangunan kilang

van yang jual nacos

Restoran-restoran yang ada

butik pakaian

butik Khoon Hooi

cafe Breakfast Thieves yang femes tu

Ada taman kecil atau 'pocket park' di bahagian mengadap Jalan Tanduk.

sumber: the Malaymail online 

Tanya kat adik jaga parking, restoran mana yang halal, dia tunjuk yang ni

Pulp by Papa Palheta

suasana dalam cafe

masih ada lagi..old school suis utama dan air-cond suis

menu for all day dining

lemon brulee tart

Annyeong Rice Bowl
ada butter rice, spicy Korean chicken, kimchi, seaweed, brokoli
minuman - homemade lemonade
not bad, sedap juga

Bolehlah singgah di sini kalau berada di Bangsar, cuma parking tu payah sikit kalau waktu bekerja. Parking tepi jalan yang DBKL punya tu memang sentiasa penuh.

Valet parking pun ada, tapi charge dia 4 jam = RM12.00, macam tu lah yang saya nampak tertulis, kalau tak silap mata memandang. Tapi menurut maklumat, ada parking lot di seberang jalan di tanah kosong milik PHB. Ini sudah bagus, masa pergi haritu, tak perasaan pulak, sebab kita parking di bangunan sebelah, ada kerja di situ..

Check it out..