Monday, 23 April 2018

Jalan-Jalan di Tong Shin

Assalamualaikum semua...

Kisah jalan-jalan cari pasal di kawasan Tong Shin.  

Jalan Tong Shin dan Tengkat Tong Shin.

Bukan di negara China tapi di kawasan Bukit Bintang. Dekat Jalan Pudu juga.

Datang sini pun sebab ada kerja, kalau tak, rasanya memang tak masuk, takde mende nak cari. Kawasan ni majoriti kaum Cina dan juga pelancong asing. Tahun 2011 pernah datang sini, pun sebab kerja juga, di tempat yang sama. 

Salah satu skop kerja ialah melawat kawasan. Disebabkan bos baru ni dia begitu detail, semua nak kena tulis dalam laporan, so jom kita ronda habis-habisan.    

 Rumah pangsa di Jalan Sahabat, disebelah Tengkat Tong Shin

Bila tengok bangunan flat ni macam menarik pulak. Old school. Rasanya design 70'an. Tanya kat orang-orang kat situ, apa nama bangunan ni? sapa pun tak tau...takpelah, kita ronda-ronda bangunan klasik ni..

 tingkap kaca yang vintage

tempat jemuran

 legend betul gril pintu ni

 loceng pintu

Bergerak lagi, dari Jalan Sahabat, menyusuri Tengkat Tong Shin menuju ke Jalan Tong Shin.

 banyak restoran dan budget hotel/rumah tumpangan
 
Spa reflexology

 kedai runcit

French restaurant

Number 8ight guesthouse

 Restoran Muar - kat papan tanda ada tulis 'carlsberg'
tengok ramai yang bertudung makan di bahagian dalam restoran

Dah sampai di Jalan Tong Shin. Berdiri di persimpangan dua jalan, nampak bangunan usang ini..



 cantik juga tingkap dan gril

masih kukuh

di tingkat satu 

Sayangnya bangunan ni tiada berpenghuni, nampak comot, tak terurus. Kalau tidak, mesti elok terjaga.

Berjalan ke arah utara, terjumpa tangga ni, depan Blue Boy Mansion..laluan ke Hospital Tong Shin kot.

  tangga misteri

Dipermulaan Jalan Tong Shin 

 Bangunan Persatuan Thoy Shan Selangor

 pandangan sisi

Bergerak ke Jalan Alor pula...

Thursday, 19 April 2018

Tempua bersarang tinggi

Subhanallah!
 What a sight!! bergayutan sarang-sarang burung tempua

Balik kampung bulan lepas, sempat menjenguk rumah sewa di kebun kecil kami di Kpg Sungai Siput. Dari jauh dah nampak pemandangan yang indah ini

 burung-burung tempua berjemaah buat sarang di pokok ni
Allah swt beri ilham kepada burung tempua membuat bentuk sarang yang unik

close-up sikit, gambar tak berapa sharp...

 birds of the same feather flock together

Adakah ini anak burung tempua?

 jinak sungguh

baru belajar terbang

sian dia, menjerit minta dilepaskan

Peribahasa Melayu ada berkata 'jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah'..maksudnya: tentu ada maksud tersembunyi, seseorang bertindak secara luar biasa. Mesti ada sebab kenapa burung tempua bersarang rendah. 

Yang tak bestnya, sarang burung tempua ni pun ada orang jual. Check kat internet, ada yang iklankan. Yang nak beli mesti manusia juga kan, takkan burung..hihi.. ada yang buat terendak lampu, buat hiasan gerai. 

Sian burung tempua..manusia itu rakus. Macamanalah burung tak 'angry'..langsung jadi 'angry birds'...hihi...haha..tengah stress!!..huhu..

Tuesday, 17 April 2018

KAH 2018 : Teringin pula untuk kali kedua

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, hari Sabtu lepas, selesai Kursus Asas Haji (KAH) di Masjid As-Syakirin Gombak. Sebenarnya menemani mak. Kami cuma sempat dua kali berkursus di sini, sebelum ni mak mengikuti kursus di masjid di pekan Kuala Kangsar. 

Untuk yang terakhir ni, ada amali ibadat haji..ramai jemaah berpakaian putih. Replika kaabah pun ada.


Pengkhursus - Tuan Hj Nazri, bagus penerangannya
masa ni penerangan cara-cara mengambil wuduk dengan sebotol air
dan juga bertayammum dengan debu tanah

Persoalannya: Bolehkah kita bertayammum dengan menepuk dinding kapal terbang untuk mengambil debu? Mazhab Syafie tidak dibenarkan, Mazhab Hanafi boleh

suasana di ruang masjid


OK, nak mula amali tawaf. Jemaah lelaki sudah memakai pakaian ihram. Jemaah dibahagi kepada 3 kumpulan mengikut jenis haji - haji tamattu', haji ifrad dan haji qiran.

Apakah beza haji-haji tersebut? 

Haji Tamattu' - mengerjakan umrah dahulu di musim-musim haji sebelum mengerjakan haji. Kebanyakan jemaah haji muasasah Tabung Haji yang pergi penerbangan awal, mengerjakan haji tamattu'. Dikenakan dam sebab mengerjakan umrah di musim-musim haji.

Haji Ifrad - terus niat haji. Haji yang terbaik. Jemaah yang pergi hampir dengan waktu wukuf di Arafah selalunya mengerjakan haji ni. Tidak dikenakan dam.

Haji Qiran - niat haji dan umrah serentak. Dikenakan dam.

mula bertawaf haji

jemaah muslimat 

pelik pulak fesyen ni, dari sehelai kain pelikat, nampak betis


Lepas snap2 gambar, teman pun join sama bertawaf. Tetiba rasa teringin pulak nak pergi sekali lagi. Alhamdulillah, dah menunaikan haji 17 tahun yang lalu.

Dulu mudah je nak buat haji ikut muasasah Tabung Haji, daftar tahun 1997, tahun 2001, dah dapat panggilan. Sekarang ni tak taulah bila dapat giliran kalau baru nak mendaftar melainkan pergi ikut pakej. Lagipun harga untuk buat haji kali kedua ikut muasasah Tabung Haji dah dekat nak hampir sama dengan harga pakej.

Ok, sambung balik, lepas habis tawaf, pengkursus suruh pergi sa'ie, habis semua jemaah pergi saie....tiba-tiba, pengkursus panggil kumpulan Haji Ifrad dan Haji Qiran. Hangpa jangan pergi sa'ie haji sekali lagi sebab dah buat sa'ie haji selepas tawaf qudum. Cuma yang buat haji tamattu' saja yang buat sa'ei haji lepas tawaf haji. Tapi ada juga yang buat haji ifrad dan haji qiran yang belum buat sa'éi haji selepas tawaf qudum.

Yang buat haji ifrad dan haji qiran, lepas tawaf qudum (tawaf selamat datang), mereka dah boleh buat sa'ie haji sebab mereka dah berniat haji.

Sambung wukuf di Arafah. Pengkursus baca khutbah. Kemudian dia panggil sorang jemaah untuk melaungkan azan dan iqamat. Lelaki yang berbaju kain pelikat tadi bangun untuk melaungkan azan. Sedap suaranya. Pengkursus kemudian baca khutbah kedua pula.

 amali wukuf di Arafah

amali melontar di tiga jamrah - Sughro, Wusta, Kubro
pihak masjid siap sediakan batu-batu untuk melontar


Alhamdulillah, selesai penutup Kursus Asas Haji selama 17 siri

Sangat berharap kawan-kawan dan pembaca semua supaya mendoakan mak saya dapat mengerjakan haji tahun ni bersama adik dan suaminya. Adik dah dapat tawaran dari Tabung Haji. Mak dah buat rayuan, masih menunggu surat jawapan.

Bagi yang belum, semoga dipanggil menjadi tetamu Allah satu hari nanti..

Labbaikallaahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, innal hamda wanni'mata laka wal mulka, laa syariika laka

"Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat hanyalah milik-Mu, juga semua kerajaan, tidak ada sekutu bagi-Mu"