Kisah dua orang pekerja yang stay back kat office and craving for sup panas di malam yang dingin. Dua² dah boring makan fast food, dah dua malam order fast food delivery.
Lepas habis kerja, lebih kurang pukul 10 malam, bergerak ke Jalan Doraisamy, nak pekena sup Pak Abu yang femes tu.
sudah ramai pengunjung
gerai Sup Haji Abu
isi sup je lain-lain, kuahnya sama
bahan-bahan yg sudah dipotong - kambing, daging
dibawah langit malam disirami cahaya neon kotaraya
nasi lemak panas
pekena nasi lemak dulu, pedas giler sambalnya
sup kambing dan sup perut lembu ada dijual roti untuk cicah dengan sup
Pied-à-terre, bukan bahasa Hindustan ya, tapi bahasa Perancis, yang bermaksud "a foot on the ground" - jejak kaki di atas tanah..
Menurut wikipedia- 'Pied-à-terre' is a small living unit usually located in a large city some distance away from an individual's primary residence. It may be an apartment or condominium. The term pied-à-terre implies usage as a temporary second
residence (but not a vacation home), either for part of the year or part
of the work week, by a reasonably wealthy person.
Maksudnya lebih kurang - tempat tinggal sementara di pusat bandar dan digunakan semasa waktu bekerja (weekdays) kerana rumah utama lokasinya jauh dari tempat kerja.
Memang sedia maklum, sekarang ni rumah bertanah - rumah teres, berkembar dansesebuah (banglo) memang mahal harganya di dalam kawasan bandar. Majoriti diluar kemampuan bagi kebanyakan golongan marhaen.
Bagi mereka yang suka tinggal di rumah bertanah (memang suka!), tiada pilihan lain melainkan membeli rumah di kawasan pinggir-pinggir bandaratau di luar bandar. Kalau di Lembah Kelang, ramai yang beli rumah di Bangi, Klang, Hulu Langat, Semenyih, Puncak Alam, ada juga yang beli rumah di Seremban.
Bila rumah utamajauh dari tempat kerja (bagi mereka yang bekerja di bandaraya Kuala Lumpur), ada yang malas nak travel hari-hari, nak mengharungi kesesakan lalu-lintas. Keluar gelap, balik pun gelap. Sampai rumah dah malam, esok dah nak keluar semula awal pagi. Maka, wujudlah 'pied-à-terre', rumah persinggahan semasa hari-hari bekerja.
Mereka yang bujang bolehlah nak dudukpied-à-terre, kalau yang dah berkeluarga, anak-anak bersekolah, susah sikitlah kan. Tapi sekarang, sudah ada pengangkutan awam -MRT, KTM komuter, perjalanan ke bandaraya Kuala Lumpur semakin mudah.
Cuti-cuti hari ni, sarapan apa pagi tadi? roti? roti canai? roti bakar?
Roti memang sangat sinonim dengan kehidupan kita. Dari kecik lagi kita dah kenal roti, lahir2 je, dah ada roti. Kadang-kadang, masa baby pun dah makan roti cicah susu.
Roti yang selalu kita makan, kebiasaannya lembut, gebu, sedap dimakan begitu saja. Tapi ada juga roti yang tak gebu kan macam roti canai, capati..walaupun tak gebu, makan dengan kari, memangருசியான (suvaiyanathu) - sedap!!
Roti yang lembut gebu disebabkan yis yang diadun...tapi ini kisah roti tak sempat naik menggebu, dah dirembat, dibawa pergi...
Kisah yangberlaku di zaman Nabi Musa a.s. menurut cerita orang Yahudi. KisahsemasaNabi Musa dan pengikutnya dari kaum Bani Israeldiperintahkan oleh Allah swt supaya melarikan diri dari negara Mesir kerana mereka akan dikejar oleh Firaun dan tentera-tenteranya.
Kisah Nabi Musa dan Firaun banyak disebut dalam Al-Quran. Paling banyakdalam surah ke-26, Surah Asy-Syu'araa' (Para Penyair), dari ayat 10 hingga ke ayat 66. Kemudian banyak juga disebut dalam surah ke27 - Surah Al-Naml(Semut) dan surah ke28 - Surah Al-Qashash (Cerita-Cerita).
Kisah Nabi Musa as dalam Surah Asy-Syu'araa':
"(Allah berfirman): Dan
Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu
(kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh
Firaun dan tenteranya)" (Ayat 52)
Menurut riwayat, ketika kaum Bani Israeldiperintahkan untuk melarikan diri, roti yang sedang dimasak pada ketika itu, tak sempat naik, terus dibawa sekali sebagai bekalan. Mengikut kebiasaan, roti dimasak di malam hari dan dibiarkan semalaman untuk dibakar di waktu pagi.
Tentera Firaun mengejar mereka pada waktu hampir siang (subuh).
"Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit" (ayat 60)
Ketika sampai di pinggir Laut Merah, kaum Bani Israel menjangkakan mereka akan ditawan, Dan Allah SWT wahyukan kepada Nabi Musa untuk mengetuk laut tersebut dengan tongkatnya, maka terbelahlah Laut Merah, mewujudkan beberapa lorong.
"Lalu Kami wahyukan kepada
Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka
terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air
tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang
besar" (ayat 63).
Nabi Musa dan pengikutnya terselamat dari Firaun, manakala tentera-tentera Firaun tenggelam dalam Laut Merah. Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram.
--------------------------------
Orang-orang Yahudi mengingati peristiwa ini dengan berpuasa pada hari Asyura.Orang Islam digalakkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram untuk tidak menyamai orang Yahudi. Banyak peristiwa besar berlaku pada 10 Muharram.
OrangYahudi mengenang peristiwa ini di hari Pesach (Passover) dengan memakan roti leper (unleavened bread) yang dipanggil matzah dan membakar semua roti-roti yang gebu.
Pembikinan roti matzah ni ada dalam episod 1 dokumentari Food Odyssey 2014 oleh syarikat tv Korea Selatan, KBS World.
roti matzah
kilang buat matzah
sama seperti ketika nenek moyang mereka lari dari Mesir
Sangat menarik dokumentari ni, very informative. Episod 1 menceritakan asal-usul roti dan yis dan juga kisah-kisah roti di beberapa negara. Ada tujuh episod semuanya, menceritakan asal-usul berkaitan makanan - roti, herba, kulit kayu manis dan penggunaan api untuk memasak.
Food Odyssey Episod 1
roti sebagai lambang suku kaum etnik di benua Afrika