Thursday, 13 September 2018

Konbini: Family Mart

Moshi-moshi...

Baru-baru ni teman ada pergi Family Mart, kedai serbaneka Jepun yang buka 24 jam tu. Dalam bahasa Jepun, kedai serbaneka dipanggil konbini.

Walaupun Family Mart ni dah lama ada di Lembah Kelang, sejak akhir tahun 2016, tapi baru ni je teman dapat pergi. Sebenarnya takdelah ambik port sangat tentang kedai serbaneka ni, sebab dah biasa dengan 7-11. Ingatkan sama je, rupanya ada kelainan.

Family Mart di tingkat 2, KLIA2

Teman pergi Family Mart di tingkat 2, KLIA2. Hari Sabtu lepas raya haji dan hari Ahad lepas, yang cuti 4 hari, teman pergi Alor Star, ada urusan keluarga. Dua-dua hari tu, tidur di airport sebab flight awal pagi.

Dekat KL Sentral pun ada outlet Family Mart, nampak masa on the way dari monorail ke tempat ambik bas airport. Malas nak singgah. Dah sampai KLIA2, nak kill time, naik lif ke tingkat 2, nak ronda-ronda kedai, keluar lif, terus nampak Family Mart, jom le singgah..survey kedai...masa ni jadi solo traveller...



Dah asal dari Jepun, banyaklah produk Jepun yang dijual. Rambang mata, banyaknya produk matcha (teh hijau). Harga, memang sedikit tinggi..

 sandwich manis - choco banana


matcha swiss roll

matcha and tiramisu parfait

ingatkan bedak talkum, rupanya teh susu dan latte


matcha candy

snek beras

 sofuto - soft icecream, ada 2 perisa - matcha dan hokkaido melon
ada juga jual kopi panas/sejuk - americano, latte, mocha


beli hokkaido melon...sedap, nyum, nyum


pukul 4.00 pagi, makan oden, terus segaq bijik mata


Oden ialah signature dish kat Family Mart, ala-ala steamboat, kuah tomyam. Ada banyak pilihan - seafood tofu fish cake, crab fish cake, king crab chunk, fish ball, jagung rebus.

Balik dari Alor Star, sebelum ambik bas ke KL Sentral, singgah lagi di Family Mart, nak makan oden. Tunggu oden masak, pekena matcha swiss roll. Swiss roll ni masa kat Jepun dulu dah teringin, tapi tak beli.


just nice, tak manis


 pelbagai jenis fish cake, crab chunk

Kali ketiga ke Family Mart di KLIA2 pada hari Sabtu malam 8/9/18. Flight awal pagi ke Alor Setar. Sebelum pergi beradu di surau, pekena matcha ais krim.
 
tak manis sangat

Di KLIA2, ada dua outlet Family Mart, di tingkat 2 dan 3. Overall, menarik juga Family Mart ni. Barang-barang lain pun ada juga dijual di sini. Dah ada pilihan selain 7-11 dan myNEWS.com.

Tuesday, 11 September 2018

Salam Ma'al Hijrah 1440

Assalamualaikum...


Semoga tahun baru ini dan tahun-tahun yang akan datang menjadikan kita sentiasa berhijrah ke sikap yang lebih baik. Hijrah dari pemikiran negatif kepada yang lebih positif. Hijrah dari niat kerana manusia kepada niat kerana Allah semata-mata.

Daripada www.ilmudanulamak.blogspot.com:

Kelebihan berpuasa dalam bulan Muharram secara umum ada disebut oleh Baginda Rasulullah SAW;
 
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Soheh Muslim; 1163/202). 

Menurut ulamak; berdasarkan hadis ini, kita digalakkan banyak berpuasa dalam bulan Muharram. Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari ‘Asyura (10 Muharram).
 
Abi Qatadah RA menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab;
 يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Soheh Muslim; 1161/197).

Umat Islam disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi SAW telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9. 

Tujuan berpuasa pada hari ke 9 ialah untuk berbeza dengan amalan orang-orang Yahudi dan Nasara yang hanya berpuasa pada hari ke 10. Menurut ulamak; boleh juga hari ke 9 itu diganti dengan hari ke 11 (yakni berpuasa pada 10 Muharram dan 11 Muharram), berdalilkan hadis Nabi SAW;

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، وَصُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَبُو بَعْدَهُ يَوْمًا
"Berpuasalah pada 'Asyura, akan tetapi hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Yahudi, iaitu dengan kamu turut berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya" (Riwayat Imam Ahmad dalam Fadhail as-Sihabah; 1951. Musnad al-Bazzar; 5238. Dari Ibnu 'Abbas RA).

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1440.

Friday, 7 September 2018

Bunga 1.0

Salam Jumaat..semoga sihat dan ceria hari ni...

Tak sabo nak cuti panjang weekend ni...sebelum bercuti, terimalah koleksi bunga-bungaan...ada bunga liar, ada yang ditanam, dijaga...Subhanallah, ciptaan Allah swt yang indah...
 
#1 Bunga kebangsaan

 #2 Semalu & Serangga

 #3 Cempaka

 #4 bunga liar

 #5 bunga liar

#6 bunga liar

Bunga bukan saja cantik untuk hiasan tapi penting untuk proses pembiakan pokok, proses persenyawaan untuk menghasilkan buah yang dinamakan proses debunga wangi (percantuman gamet jantan dan gamet betina)..Subhanallah..
 
Ku cari ku mencari
Pada daratan yang penuh debunga wangi
 
 Tilll then, happy holiday...jaga diri, hiasi peribadi..