Thursday, 20 September 2018

Apa motifnya

Setiap yang dilakar ada motifnya...semasa berjalan kaki dari tempat letak kereta bertingkat ke pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, lalu di lorong belakang deretan kedai-kedai ni..ada wall mural..

Mural street art di PJ Newtown

 lakaran wau bulan

Mari kita tengok apa motif lakaran wau bulan ni

Dewa Muda ni siapa pulak...tak pernah dengar...pendakwah Islam??

Riki-riki kat google, rupanya Dewa Muda ni cerita dalam tarian Mak Yong. Ada kaitan di antara Dewa Muda dengan asal-usul nama 'wau' dalam sejarah Kelantan. Mungkin mitos, cerita-cerita kayangan, dewa-dewi. Boleh baca di sini..mitos wau..

Hitam putih Awan Larat
Apa pula motifnya?

ajaran kesufian - merendah diri

Wallahua'lam...teman tak tahu kebenarannya,..takpe, pengetahuan am nih..

Sunday, 16 September 2018

Sarapan Pagi di tepi Bendang

Assalamualaikum...

Cerita masa cuti 4 hari weekend lepas. Hari Ahadnya, teman ke Alor Setar. Pergi pagi, balik malam. Pergi ambik emak balik KL dan juga jumpa adik yang baru balik dari Mekah. Adik bongsu sekeluarga dah ada di Alor Setar sejak pagi Sabtu, drive dari Shah Alam.

Adik ambik di airport. Keluar airport, di kiri kanan bendang (sawah padi). Terbentang luas. Yelahhh, Kedah kan negeri jelapang padi Malaysia. 

Adik bawa pi sarapan di Restoran Pokok Pisang, Jalan Suka Menanti. Di tepi bendang juga..hehe..pemandangan biasa di Kedah. Sekolah, pejabat kerajaan, taman perumahan, banyak gak ditepi bendang.

 
specialty - gulai semilang dan gulai temenung (ikan kembung)

Disebabkan masih awal, baru pukul 7.45 pagi, yang ada cuma pek nga nyok (lempeng kelapa) dengan gulai temenung. Nasi putih tengah masak. Pek nga pun pek nga lah, semuanya tengah lapar. 

tempat buat pek nga
tempat makan bersila

sawah padi terbentang luas

set pek nga dengan ikan sekoq (gulai temenung)

Pek nga dia rasa manis, gulai temenung cair sedap gak. Satu set ni harga RM3.00. Pek nga dia nipis je, memang tak kenyang. Orang utara cakap, tak kejap perut. 

Alhamdulillah, nasi putih dah masak. Makan nasi pulak, berasap-asap lagi nasinya. Ada ikan pekasam goreng, pajeri nenas dan ulam-ulam je, jadik lah. Adik bongsu tak makan nasi, order dua keping lagi pek nga.


sementara tunggu yang lain habis makan, jom pi ronda-ronda bendang.

bendang dipenuhi lalang

restoran pokok pisang

ada pokok teratai dalam bendang

ingatkan bunga plastik

cantik kaler pink

apalah 5 bersaudara ni buat..nk lompat masuk tali air
semua ada beg mekah bling-bling

okbai..selamat berhujung minggu..

Thursday, 13 September 2018

Konbini: Family Mart

Moshi-moshi...

Baru-baru ni teman ada pergi Family Mart, kedai serbaneka Jepun yang buka 24 jam tu. Dalam bahasa Jepun, kedai serbaneka dipanggil konbini.

Walaupun Family Mart ni dah lama ada di Lembah Kelang, sejak akhir tahun 2016, tapi baru ni je teman dapat pergi. Sebenarnya takdelah ambik port sangat tentang kedai serbaneka ni, sebab dah biasa dengan 7-11. Ingatkan sama je, rupanya ada kelainan.

Family Mart di tingkat 2, KLIA2

Teman pergi Family Mart di tingkat 2, KLIA2. Hari Sabtu lepas raya haji dan hari Ahad lepas, yang cuti 4 hari, teman pergi Alor Star, ada urusan keluarga. Dua-dua hari tu, tidur di airport sebab flight awal pagi.

Dekat KL Sentral pun ada outlet Family Mart, nampak masa on the way dari monorail ke tempat ambik bas airport. Malas nak singgah. Dah sampai KLIA2, nak kill time, naik lif ke tingkat 2, nak ronda-ronda kedai, keluar lif, terus nampak Family Mart, jom le singgah..survey kedai...masa ni jadi solo traveller...



Dah asal dari Jepun, banyaklah produk Jepun yang dijual. Rambang mata, banyaknya produk matcha (teh hijau). Harga, memang sedikit tinggi..

 sandwich manis - choco banana


matcha swiss roll

matcha and tiramisu parfait

ingatkan bedak talkum, rupanya teh susu dan latte


matcha candy

snek beras

 sofuto - soft icecream, ada 2 perisa - matcha dan hokkaido melon
ada juga jual kopi panas/sejuk - americano, latte, mocha


beli hokkaido melon...sedap, nyum, nyum


pukul 4.00 pagi, makan oden, terus segaq bijik mata


Oden ialah signature dish kat Family Mart, ala-ala steamboat, kuah tomyam. Ada banyak pilihan - seafood tofu fish cake, crab fish cake, king crab chunk, fish ball, jagung rebus.

Balik dari Alor Star, sebelum ambik bas ke KL Sentral, singgah lagi di Family Mart, nak makan oden. Tunggu oden masak, pekena matcha swiss roll. Swiss roll ni masa kat Jepun dulu dah teringin, tapi tak beli.


just nice, tak manis


 pelbagai jenis fish cake, crab chunk

Kali ketiga ke Family Mart di KLIA2 pada hari Sabtu malam 8/9/18. Flight awal pagi ke Alor Setar. Sebelum pergi beradu di surau, pekena matcha ais krim.
 
tak manis sangat

Di KLIA2, ada dua outlet Family Mart, di tingkat 2 dan 3. Overall, menarik juga Family Mart ni. Barang-barang lain pun ada juga dijual di sini. Dah ada pilihan selain 7-11 dan myNEWS.com.