Moshi-moshi...
Baru-baru
ni teman ada pergi Family Mart, kedai serbaneka Jepun yang buka 24 jam
tu. Dalam bahasa Jepun, kedai serbaneka dipanggil konbini.
Walaupun
Family Mart ni
dah lama ada di Lembah Kelang, sejak akhir tahun 2016, tapi baru ni je teman dapat pergi.
Sebenarnya takdelah ambik port sangat tentang kedai serbaneka ni, sebab
dah biasa dengan 7-11. Ingatkan sama je, rupanya ada kelainan.

Family Mart di tingkat 2, KLIA2
Teman pergi Family Mart di tingkat 2, KLIA2. Hari Sabtu lepas raya haji dan hari Ahad lepas, yang cuti 4 hari, teman pergi Alor Star, ada urusan keluarga. Dua-dua hari tu, tidur di airport sebab flight awal pagi.
Dekat KL Sentral pun ada outlet Family Mart, nampak masa on the way dari monorail ke tempat ambik bas airport. Malas nak singgah. Dah sampai KLIA2, nak kill time, naik lif ke tingkat 2, nak ronda-ronda kedai, keluar lif, terus nampak Family Mart, jom le singgah..survey kedai...masa ni jadi solo traveller...
Dah asal dari Jepun, banyaklah produk Jepun yang dijual. Rambang mata, banyaknya produk matcha (teh hijau). Harga, memang sedikit tinggi..
sandwich manis - choco banana
matcha swiss roll
matcha and tiramisu parfait
ingatkan bedak talkum, rupanya teh susu dan latte
matcha candy
snek beras
sofuto - soft icecream, ada 2 perisa - matcha dan hokkaido melon
ada juga jual kopi panas/sejuk - americano, latte, mocha
beli hokkaido melon...sedap, nyum, nyum
pukul 4.00 pagi, makan oden, terus segaq bijik mata
Oden ialah signature dish kat Family Mart, ala-ala steamboat, kuah tomyam. Ada banyak pilihan - seafood tofu fish cake, crab fish cake, king crab chunk, fish ball, jagung rebus.
Balik dari Alor Star, sebelum ambik bas ke KL Sentral, singgah lagi di Family Mart, nak makan oden. Tunggu oden masak, pekena matcha swiss roll. Swiss roll ni masa kat Jepun dulu dah teringin, tapi tak beli.
just nice, tak manis
pelbagai jenis fish cake, crab chunk
Kali ketiga ke Family Mart di KLIA2 pada hari Sabtu malam 8/9/18. Flight awal pagi ke Alor Setar. Sebelum pergi beradu di surau, pekena matcha ais krim.
tak manis sangat
Di KLIA2, ada dua outlet Family Mart, di tingkat 2 dan 3. Overall, menarik juga Family Mart ni. Barang-barang lain pun ada juga dijual di sini. Dah ada pilihan selain 7-11 dan myNEWS.com.