Monday, 24 September 2018

2T - Taiyaki and Takoyaki

Jumpa kiosk ni di Sogo Kuala Lumpur 
*update:kiosk Gindaco sudah tidak beroperasi di Sogo KL*
 

jual taiyaki dan takoyaki

 main foods - takoyaki & taiyaki

Taiyaki- kek bentuk ikan. Di Jepun, dipanggil taiyaki, kat Korea, namanya bungeo-ppang. street food yang femes
  
Macam-macam jenis intinya - ada coklat, keledek ungu, vanila custard, ham and cheese. 
Masa beli haritu, inti adzuki bean, harga RM7.05 seketul

Sekarang dah ada inti-inti pedas, macam pai..inti ayam dan keju

takoyaki. sedap..untuk lapan biji, harga RM13++

Haritu, masa di KLIA2, terjumpa kedai jual taiyaki, sebelah Family Mart


orang Melayu pun ada gak kuih bentuk ikan - kuih bahulu 
 
sumber : bahuluklasik

Femes kuih bahulu ni, selalunya untuk hantaran bertunang atau kahwin.

Thursday, 20 September 2018

Apa motifnya

Setiap yang dilakar ada motifnya...semasa berjalan kaki dari tempat letak kereta bertingkat ke pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, lalu di lorong belakang deretan kedai-kedai ni..ada wall mural..

Mural street art di PJ Newtown

 lakaran wau bulan

Mari kita tengok apa motif lakaran wau bulan ni

Dewa Muda ni siapa pulak...tak pernah dengar...pendakwah Islam??

Riki-riki kat google, rupanya Dewa Muda ni cerita dalam tarian Mak Yong. Ada kaitan di antara Dewa Muda dengan asal-usul nama 'wau' dalam sejarah Kelantan. Mungkin mitos, cerita-cerita kayangan, dewa-dewi. Boleh baca di sini..mitos wau..

Hitam putih Awan Larat
Apa pula motifnya?

ajaran kesufian - merendah diri

Wallahua'lam...teman tak tahu kebenarannya,..takpe, pengetahuan am nih..

Sunday, 16 September 2018

Sarapan Pagi di tepi Bendang

Assalamualaikum...

Cerita masa cuti 4 hari weekend lepas. Hari Ahadnya, teman ke Alor Setar. Pergi pagi, balik malam. Pergi ambik emak balik KL dan juga jumpa adik yang baru balik dari Mekah. Adik bongsu sekeluarga dah ada di Alor Setar sejak pagi Sabtu, drive dari Shah Alam.

Adik ambik di airport. Keluar airport, di kiri kanan bendang (sawah padi). Terbentang luas. Yelahhh, Kedah kan negeri jelapang padi Malaysia. 

Adik bawa pi sarapan di Restoran Pokok Pisang, Jalan Suka Menanti. Di tepi bendang juga..hehe..pemandangan biasa di Kedah. Sekolah, pejabat kerajaan, taman perumahan, banyak gak ditepi bendang.

 
specialty - gulai semilang dan gulai temenung (ikan kembung)

Disebabkan masih awal, baru pukul 7.45 pagi, yang ada cuma pek nga nyok (lempeng kelapa) dengan gulai temenung. Nasi putih tengah masak. Pek nga pun pek nga lah, semuanya tengah lapar. 

tempat buat pek nga
tempat makan bersila

sawah padi terbentang luas

set pek nga dengan ikan sekoq (gulai temenung)

Pek nga dia rasa manis, gulai temenung cair sedap gak. Satu set ni harga RM3.00. Pek nga dia nipis je, memang tak kenyang. Orang utara cakap, tak kejap perut. 

Alhamdulillah, nasi putih dah masak. Makan nasi pulak, berasap-asap lagi nasinya. Ada ikan pekasam goreng, pajeri nenas dan ulam-ulam je, jadik lah. Adik bongsu tak makan nasi, order dua keping lagi pek nga.


sementara tunggu yang lain habis makan, jom pi ronda-ronda bendang.

bendang dipenuhi lalang

restoran pokok pisang

ada pokok teratai dalam bendang

ingatkan bunga plastik

cantik kaler pink

apalah 5 bersaudara ni buat..nk lompat masuk tali air
semua ada beg mekah bling-bling

okbai..selamat berhujung minggu..