Friday, 18 January 2019

Thank you SYM

Salam Jumaat..

Semoga sihat walafiat semuanya. Masuk tahun baru ni, aktitvi blogging terpaksa kena slow-down, kekangan kerja yang menghimpit jiwa.

Entri ni nak ucapkan terima kasih kepada blogger Siti Yang Menaip yang sudi mengirim hadiah untuk top commentators. Sudah selamat diterima, gracias.

 face mask, fridge magnet Aussie & nota SYM

To SYM - #staycutealways

Saturday, 12 January 2019

Restoran Nasi Kapau

Assalamualaikum,  happy weekend semua..

Di hari cuti, pekena nasi padang, memang best..

Masakan Minang terbaik di kotaraya ialah di Restoran Nasi Kapau, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

 lokasi depan WP Hotel, dekat Restoran Sederhana

jom menjamu selera

pilih-pilih

rambang mato den

keropok kulit lembu

Pertama kali makan di sini, untuk farewell lunch budak praktikal.

ramai pelanggan

pilih yang ni..ayam kampung goreng & masak lemak
pucuk paku masak lemak
ulam-ulaman & sambal ijo tak dilupa

ada dijual

Overall, memang sedap, harga pun berpatutan..untuk tiga orang makan = RM46, sekali dengan air limau ais.

Recommended jika berada di kotaraya.

Sunday, 6 January 2019

Merhaba 2019

Assalamualaikum, semua,

Selamat Tahun Baru 2019.
 

Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih baik dari segala segi - rohani, jasmani, kesihatan, rezeki, pekerjaan, relationship, dll.

Kepada sahabat-sahabat bloggers, silent readers (ada ke?) yang sudi berkunjung ke blog saya yang seadanya ni, juga untuk pengomen tegar, pengomen 'once awhile', siapapun anda diluar sana, yang pernah berkunjung ke sini, TERIMA KASIH diatas masa kalian. You make my day. My stress-reliever..gracias.

Happy weekend, uolls..weekend pertama di tahun baru...

Yeahh..yang pertama, yang pertama..edisi throwback, yang pertama kali di tahun 2018?

Naik KL MRT.

Orang lain dah muak naik turun MRT, teman baru pertama kali naik pada 17 Disember tahun lepas. Itu pun tersilap, haha...big mistake! Confident tahap gaban, Ada site visit di kawasan Jalan Conlay, tengok pelan yang klien bagi, nampak stesen Conlay. Teman pun dengan konfiden naik MRT, nak turun di stesen Conlay le konon. Tak check dulu, rupa-rupanya stesen Conlay ni sedang dibina, dalam laluan MRT Line 2..huhu..dalam train baru nak check laluan, menggelabah gak, turun di Bukit Bintang, jalan kaki ke Conlay.  Tu yang jumpa rumah Penghulu Abu Seman. Pengajaran, lain kali check dulu..huhu..

Naik dari stesen Pasar Seni



 "Is our MRT too big, too early?"
It's ok, Tun M, I like it, ada international  aura..world class..