Tuesday, 19 February 2019

Will You?

C to the A to the F and E...can figure out this?..huhu..senam otak.

WILL YOU? CAFE 

at Oasis Village, Oasis Square, Ara Damansara. Dari tahun lepas, sambung ke tahun ni, dah banyak kali ke Oasis Square. Semuanya hal kerja - site inspection, meeting, meeting, collect documents, presentation.

Jom kita reduce stress, lepak-lepak kat Will You? Cafe. Menarik juga cafe ni, banyak buku. Konsep library-cafe. Blogger Kasihku Amani mesti suka ni..hihi..

First, let me bring you all semua untuk virtual tour of Oasis Square. Integrated development, ada office tower, ada shop-office, ada serviced residences, ada retail mall and the best of all, ada F&B outlets fronting man-made lake, pools..the Oasis Piazza..cantik, ada cooling effect..

entrance ke Oasis Piazza

Tapi restoran kat Piazza ni, banyak yang non-halal, ada Korean BBQ, restoran Jepun Rakuzen, restoran cina, thai, yang boleh - Old Town White Coffee, Family Mart. 

Namun usah gundah-gulana, di bangunan shop-office, ada kedai mamak, cafe Ali Muthu & Ah Hock, Restoran Gamelan. Di Oasis Village, ada San Francisco Cafe and Will You? Cafe..banyak pilihan yang lain..

Oasis Piazza

Restoran cina - Shun de Palace

 restoran Jepun - Rakuzen

so freshing

restoran thai & Family Mart

cun utk wedding photoshoot 

nun di hujung sana Oasis Village

 Oasis Village & Oasis Suites

Jom masuk Oasis Village. Sebab nak masuk?? sebenarnya parking kereta di bawah bangunan ni. Kalau tidak, memang tak masuk le sebab Oasis Square ni, kawasan dia besar juga. Nak berjalan dari pejabat klien ke Oasis Village ni jauh juga. Ini first time parking di basement, selama ni, parking di open car park je. Basement parking terlampau luas, pusing-pusing, tersasul sampai ke bahagian ni. Nasiblah..

Oasis Village ni takdelah gempak sangat, lebih kepada neighbourhood mall, serving kawasan ni saja.

 ni lah Will You? Cafe, takde signboard
cuma conteng-conteng kat dinding kaca &
tulis kat notice board hitam tu

Intai-intai dari luar, pelik gak, banyak no bukunya, library untuk resident kat sini ke. Nampak ada yang makan, ada yang minum, cafe juga ni, jom masuk. Letih meronda kawasan dengan klien tadi, kita minum dulu.

 teh pukka

Dah order, jom ronda-ronda, tengok buku. Buku-buku ni bukan untuk free-reading.  Nak baca, kena sewa, RM3.00 - RM5.00 rasanya. Baca kat sini je kot. Konsepnya minum2 sambil baca buku, lepak lama-lama pun ok..

 rows & rows of books
mostly english books, tak pernah tau pun penulis-penulis ni

dari dalam melihat keluar

books everywhere

general fiction

literary fiction

buku kanak-kanak pun ada

nak tengok tv pun ok

jumpa buku yang menarik, nak pi cari kat luar

mcm menarik buku motivasi ni

How to talk to a widower
haha - ada gak buku macam ni, humor, domestic fiction

Novel Melayu pun ada juga. Well, foods dah ready, jom menjamu selera

iced caramel macchiatto and apple danish puff

harga : RM18.00

Kalau ada banyak masa, bolehlah lepak di sini, baca buku. Menarik konsep cafe ni dan juga Oasis Piazza. 

Check it out. *Revisited*

Tuesday, 12 February 2019

Hotel Tenera @ Bandar Baru Bangi

Hotel baru di Bandar Baru Bangi - Hotel Tenera. Tapi bukanlah baru sangat, dah setahun jugalah dibuka. Hotel patuh syariah oleh anak syarikat Felda.

Lokasi di Persiaran Kemajuan, Bandar Baru Bangi. Lepas toll Bangi, ambil kiri di bulatan pertama, akan nampak hotel ni dari jauh.

 Kompleks Hotel Tenera - hotel, apartment dan restoran makanan laut

Yang best di Hotel Tenera, ada pilihan samada nak duduk di hotel atau di apartment. Hotel - 302 bilik, Apartment - 200 unit. Semuanya dalam satu kawasan. 
 
Jom lihat-lihat hotel baru.

 bangunan hotel

Hotel lobby

Vanilla cafe & butik Siti Khadijah

butik Siti Khadijah

front office

ruang legar depan ballroom.
entrance berasingan untuk ballroom
sangat sesuai untuk resepsi kenduri kahwin, majlis-majlis keraian

grand ballroom

 VIP room disebelah grand ballroom

OK, jom melawat bilik hotel pula. Bilik hotel biasalah ada one-bedroom, double/twin sharing, family room, suites.

 laluan ke bilik hotel

solat kit

coffee/tea making facilities


Kemudahan lain yang ada di bangunan hotel ialah kolam renang di Level 4. Kolam renang ada dua - satu khas untuk wanita berhijab dan satu kolam renang biasa. Masa pergi haritu, Level 4 ni masih belum dibuka untuk orang ramai. Buat sementara waktu, boleh guna kolam renang di bangunan apartment.


All dining restaurant - Saffron Brasserie di Level 2 dan 10 bilik seminar di Level 3. Hotel yang bagus untuk berseminar, konference dan juga lain-lain event.
 
  pre-function area yang luas

Depan hotel ada restoran makanan laut - Selasih Garden Seafood Restaurant. Dibuka untuk makan malam sahaja. Boleh disewa untuk pelbagai majlis. 
 

OK, ke bangunan apartment pula. 
Gymnasium

Kolam renang di tingkat bawah

Apartment ada studio, 1-bedroom dan 2-bedroom apartment


Harga berpatutan, diantara RM220 - RM460 untuk bilik hotel dan RM220 - RM300 untuk apartment.  

Keseluruhannya, untuk majlis keramaian seperti kenduri kahwin, memang selesa buat di sini. Ruang legar yang luas, kawasan yang luas, parking pun banyak.

Dekat dengan pusat bandar Bangi, Bangi Sentral, Bangi Golf Resort dan Bangi Gateway. Hotel yang selesa untuk berehat di hujung minggu.

Check it out.

Saturday, 9 February 2019

Haus Boom : Patutlah Kebaboom!

Salam semua..

Sejak dua menjak ni, teman rasa hairan kenapa entry teman tentang INI begitu mendapat perhatian daripada netizen. Dalam masa sehari, pageview sampai beratus-ratus, kebaboom! 

Dapat pageview tinggi dalam masa sehari untuk blog picisan macam blog saya ni, memang fenomena luarbiasa...apakah? apakah sebabnya??

Rupa-rupanya ada isu peringkat tertinggi, peringkat nasional, tentang produk ni. Hot sungguh, panas-panas..too hot to handle..

Dengar khabar, pengasasnya dah delete komen di facebook beliau dan juga sudah minta maaf dengan YB SS. Syabas tuan!! Dah-dah lah tu kan, biduk berlalu, kiambang bertaut..

Saya ada baca luahan hati beliau dalam satu blog dan juga artikel balas oleh saudara Mat Rodi di blog yang sama. Saya bukanlah orang bisnes, memang tak tau perit-getir start-up company untuk memajukan perniagaan mereka. I am an end-user, pengguna jah..

Manusia ada kelemahannya, kadang-kadang berjanji tidak ditepati, dimungkiri, namun janji Allah itu pasti, jika sudah rezeki, tak kan salah alamat, membujur lalu melintang patah, tetap jadi rezeki kita.

Saya dah jumpa produk ni di outlet 7-11 di Jalan Raja Laut. Dulu memang tak pernah nampak di kawasan Lembah Kelang. Tahniah!!

 ada promosi, beli 1 percuma 1
sampai 28 Februari 2019, oohh harga dah turun RM3.50 sebotol


Anyway, saya suka iklan raya 2018 produk Hausboom nih, konsep post-PRU 14,
 sooo creative..dah-dah lah tu, inikan raya..


 Jom sokong produk Bumiputera. Semoga bertambah sukses!!